Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: Air Rahsia Awet Muda

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

09 February 2013

Air Rahsia Awet Muda

Tahukah Anda?? 



Semakin manusia tua, kandungan air dalam tubuh semakin berkurangan. Ketika bayi,kandungan air adalah sehingga 75% dan semakin dewasa kendungan air menurun kepada  57% daripada berat tubuh manusia. Bagi seseorang yang mengalami masalah berat badan, kandungan air berkurang sehingga 45%

Air adalah "Kunci" kepada kesihatan yang baik dan untuk awet muda.
Nabi Muhammad SAW bersabda "Sebaik-baik air dimuka bumi ini adalah air zam-zam, terdapat di dalamnya zat makanan dan penyembh segala penyakit". Maka jelaslah air terbaik untuk kesihatan adalah air zam-zam. Dari segi sains air zam-zam mengandungi kandungan mineral dengan nisbah tepat dan sangat baik untuk kesihatan. Dengan mengambil kira faktor ini, maka air yang baik untuk kesihatan adalah air mineral asli. Mineral dari sumber air adalah sumber terbaik seperti Kalsium, magnesium, kalium, natrium, zink dan sebagainya amat penting untuk tubuh manusia normal. 

Air bermineral adalah air paip yang ditapis kerana air paip mungkin tercemar dengan pelbagai ampaian, logam berat dan klorin yang berlebihan.

Minumlah air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan pilihlah air bermineral untuk kesihatan yang baik dan untuk awet muda, In Syaa Allah.Antara Kelebihan minum air kosong yang mencukupi setiap hari :-
  • Meningkat kan penghasilan sel darah merah dan sel otot
  • Memberi keseimbangan kepada jumlah cecair dalam badan dan membantu melawan jangkitan kuman
  • Menjadikan kulit kelihatan cantik dan bersinar dengan membuang toksin dalam badan melalui pembuangan air kecil dan melawaskan pembuangan air besar
  • Menurunkan berat badan kerana dapat meningkatkan kadar metabolisme sehingga 24% pada waktu pagi. (seeloknya minum air kosong selepas bangun pagi)
  • Minum air selepas bangun pagi dapat membantu penyerapan nutrisi apabila anda mula mengambil makanan.

Begitu juga jika kita mengambil makanan tambahan amatlah penting air yang mencukupi bagi mengangkut khasiat yang dibekalkan keseluruhan badan kita. Jadi..mulakan hari ini mesti mengambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau pun 3liter. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign