Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: Minyak ikan Baik Untuk Kesihatan Jantung

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

12 February 2013

Minyak ikan Baik Untuk Kesihatan Jantung

Minyak ikan didapati di dalam ikan yang mengandungi lemak ataupun supplement. Lemak pada ikan berbentuk cair. Sebab itu ia dikenali sebagai minyak ikan.
Penyelidikan menunjukkan banyak manfaat yang boleh didapati menerusi minyak ikan untuk kesihatan tubuh badan. Namun, bukti ilmiah menunjukkan minyak ikan paling bermanfaat untuk kesihatan jantung. Khasiat minyak ikan ialah :-
 - Untuk kesihatan jantung
 - Menurunkan kadar lemak darah trigliserida,
 - Melambatkan pembentukan plak pengerasan pembuluh darah
 - menurunkan tekanan darah,
 - Mencegah strok pada penghidap jantung



Disebabkan manfaat terbaik minyak ikan berasal dari kandungan anti-inflamasi dan omega-3, pakar kesihatan percaya minyak ikan juga efektif untuk mencegah penyakit akibat inflamasi seperti arthiristis, rematoid, osteoporosis dan sebagainya. Antara lain manfaat minyak ikan membantu :-
 - Memeliharan kesihatan mata.
 - Mengurangi depresi
 - Gangguan Konsentrasi.
 - Masalah schizoprenia atu gangguan bipoliar.

Tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega 3, oleh itu untuk mendapatkan jumlahyang diperlukan kita perlu mengambil makanan yang mengandungi Omega 3 atau supplement. Selain daripada ikan berlemak, Omega 3 juga banyak ditemui pada makanan seperti kacang walnut, minyak kanola, zaitun serta kacang soya.

Dibandingkan dengan sumber semula jadi dari tumbuhan, Omega 3 yang berasal dari haiwan tetap yang terbaik. ini kerana minyak ikan memiliki dua jenis asid essential iaitu eicossapentaenic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Sementara sumber tumbuhan hanya mengandungi asid lemak alphalinolenic acid(ALA). Melalui risalah-risalah kajian membuktikan manfaat EPA dan DHA jauh lebih besar berbanding ALA.

Sebaiknya, pilih ikan yang berukuran kecil seperti sardin kerana ia mengandungi toksin yang sedikit berbanding ikan lain yang berada di atas rantai makanan. Semakin besar ukuran ikan, semakin besar juga kemungkinan ia tercemar. Pastikan uolls membeli minyak ikan/ikan yang berkualiti tinggi. Omega Guard Shaklee adalah salah satu minyak ikan yang dihasilkan dari ikan kecil dan sumber omega 3 yang terbaik. boleh lihat carta perbandingan antara Omega Guard Shaklee dan Minyak ikan dari jenama lain.


OMEGA GUARD MENGANDUNGI SEPENUHNYA EPA DAN DHA

Sumber artikel : Mingguan Wanita



untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp :  012-610 2263





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign