Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: Mengapa Protein / ESP Perlu Ketika Hamil

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

05 September 2013

Mengapa Protein / ESP Perlu Ketika Hamil

Mengapa protein sangat perlu ketika hamil?? Ini kerana protein merupakan nutrien yang paling diperlukan oleh bayi anda, asid-asid amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan. Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu, begitu juga untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat. Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan bayi terbantut, Daya tahan tubuh kurang, kerosakan pada hati dan sebagainya. 

Keperluan Protein Bagi Setiap Individu



  • Ibu yang hamil, menyusukan badan dan individu yang kerja lasak atau aktif memerlukan lebih protein
Kepentingan Protein untuk Wanita Hamil
  • Menyokong penghasilan darah tambahan.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan yang melindungi dari jangkitan.
  • Menggalakkan penambahan berat badan yang sesuai.
  • Melindungi dari sesetengah komplikasi kehamilan seperti pre-eklampsia.
Kepentingan Protein Untuk Bayi Dalam Kandungan
  •  Membina sel darah merah dan tisu otot yang baru.
  •  Membina uri yang menyalurkan khasiat dari ibu ke bayi.
  •  Menyokong perkembangan sempurna otak bayi, terutama sewaktu trimister ke 3.

 

Protein di Dalam Makanan
Makanan kaya-protein terdiri daripada sumber-sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Protein haiwan dipanggil protein lengkap atau protein kelas pertama kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu pada jumlah yang betul untuk membina protein. Sumber-sumber protein haiwan: daging, ikan, daging ayam itik, telur dan hasil tenusu.

Protein tumbuh-tumbuhan dianggap tidak lengkap atau protein kelas kedua kerana satu atau lebih asid amino mungkin tiada atau dijumpai dalam jumlah yang sedikit. Sumber-sumber protein tumbuh-tumbuhan: kekacang, biji-bijian, sayur-sayuran, kacang pis, kekacang dan biji benih. Adalah juga penting untuk menggabungkan protein tumbuh-tumbuhan bagi melengkapkan asid amino, sebagai contoh:

  • Roti + mentega kacang
  • Beras + kacang dal
  • Jagung + kentang


Shaklee Menawarkan Keperluan Protein Lengkap Anda 


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.











Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign