Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: January 2013

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

31 January 2013

Testimoni Set D - Kecantikan Kulit


Testimoni dari Hani, gambar sebelum...kulit berminyak dan tidak sekata..Selepas tanpa rona kulit dan tidak berminyak.memang cantik kulit dia, saya ada terjumpa dekat HQ Shaklee baru-baru ni..tapi tak sempat nak tegur sibuk uruskan order dan penghantaran kebetulan hari tu ada meeting di HQ Shaklee Empire Subang, Hani pun datang...dia juga salah seorang testimoni Langsing tau...nanti entri akan datang saya selitkan ye...
So, tau tak Hani amik set yang mana? dia guna Set D (Vitamin C, Vitamin E, B Complex) + GLA dan ESP




The Best Testimoni of the Year..hehe..Cik ni juga mengamalkan Set D + ESP, Jerawat besar-besar dipipi mula hilang 3-4bulan penggunaan secara konsisten. teruja kan tengok testimoni orang lain. Untuk konsultansi percuma boleh hubungi saya. cadangan boleh diberi mengikut budget dan kondisi pengguna.



untuk info lanjut atau pesanan

pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp :  012-610 2263






Vitamin Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ni genapla sebulan kita di tahun 2013 kan, macam mana azam 2013 dah start ke belum? ada tak listing dalam 2013 untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cantik? taknak ada jerawat, nak hapuskan jerawat kat muka. saya ada cadangan untuk vitamin kulit cantik ni...memang menjadi pilihan pengguna Shaklee dan telah terbukti berkesan. 

Asasnya, kerosakan kulit adalah berpunca dari radikal bebas, untuk mengurangkan kesan radikal bebas ni kenalah kita dapat antioksidan. Nak dapatkan antioksidan ni...kita kena la selalu makan buah-buahan dan walnut(org putih kata)...kita ni makan kekacang je...jadi dalam setiap hari boleh ke kita konsisten makan buah, makan kacang...larat ke nak kupas 7biji buah oren?segugus buah anggur....rasanya belanja lagi mahal....tapi dengan Shaklee kita dah siapkan untuk uolls. Organic lagi, Antara fungsi Set cadangan ni...boleh tengok kat bawah ye...
BComplex 
Membantu mengekalkan tona kulit yang sihat. Vitamin B sangat berguna untuk mengawal stress. Salah satu punca jerawat adalah stress. So, jangan la stress selalu...senyum sokmo. nak marah pun senyum..baru la cas-cas positif akan datang kepada kita
Vitamin C
Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi munca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kerinf, kedut serta garis halus. Vit C adalah antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Bertindak melindungi dan membaiki kulit. Anda perlu tau Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
Vitamin E
Merupakan antioksodan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan ia bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.


Selain itu...dengan pengambilan ESP ini. dapat membantu untuk penyerapan vitamin lain. oleh sebab sel kita diperbuat daripada protein, ESP dapat membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, dengan menggantikan sel kulit yang yang sudah mati . Membaiki struktur kulit.

Sesuai untuk kulit bermasalah, jerawat, tona tidak sekata, kulit kering dan lain-lain.




untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp :  012-610 2263

28 January 2013

Zinc Complex



Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp :  012-610 2263

27 January 2013

Testimoni - Breastfeeding

set penyusuan shaklee

banyakkan susu badan shaklee

tingkatkan susu badan shaklee

Seronok tak tengok ibu-ibu dapat mengumpul stok EBM. Masa saya dalam pantang dulu tak pernah terfikir nak buat macam ni. bukan apa tak ada pendedahan mengenai breastfeeding. maklum la baru-baru lagi...kat rumah pun tak ada orang yang berpengalaman. lepas dah masuk kerja baru la pam skit-skit itu pun sebab breast bengkak sebab 8jam bekerja tak jumpa baby.Bila tengok orang kumpul macam ni teringin plak nak beranak lagi..hehe...Nak tau tak ibu-ibu ni amik produk ape dengan Shaklee ni? Mesti lah Set 3M Shaklee 
tips banyakkan susu badan



Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan


Nutrisi bagi ibu mengandung, pantang dan menyusu badan

Kehamilan
Kesihatan keseluruhan dan pemakanan seorang wanita sebelum, semasa dan selepas kehamilan, mempunyai kesan terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar.
set bersalin shaklee
Fasa kehamilan
Disebabkan perubahan yang mendadak wanita hamil akan mengalami ketidakselesaan dan kesihatan mudah terganggu.jadi amat penting wanita hamil mengambil makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi harian. Kepentingan itu termasuklah untuk kesihatan menyeluruh bakal ibu hamil sehingga melahirkan, memastikan perkembangan bayi dalam keadaan baik dan sihat, Kelahiran tanpa komplikasi memudahkan proses bersalin, mendapatkan proses pemulihan yang cepat selepas melahirkan iaitu di dalam pantang. 

Selepas Kelahiran bayi (dalam pantang)
Paras hormon dan saiz uterus kembali seperti biasa, 25% - 85% wanita akan mengalami keadaan sugul untuk beberapa hari. makanya nutrisi-nutrisi ini sangat penting semasa dalam pantang....
- untuk pemulihan
- Pengeluaran susu
- Mengurangkan penyakit kepada bayi
- Meningkatkan keadaan kesihatan (osteoporosis, bahu/sakit punggung)


set pantang shaklee
SHAKLEE MENAWARKAN NUTRISI PENTING BAGI IBU SEPANJANG TEMPOH  SEBELUM DAN SELEPAS KELAHIRAN BAYI

B Complex 
  • Sumber Asid Folic : 400mcg harian sebelum konsepsi dan semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehinggan 70%. 
  • Menyokong sistem saraf sihat 
  • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
  • Penghasilan tenaga
Vita-lea Iron Formula
  • Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga
  • Sumber Zat besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dalam wanita mengandung dan ibu menyusu
  • masa trimesrter terakhir fetus menyerap zat besi dari ibu
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang
  • Hemoglobin : mengangkut oksigen dalam darah (ibu dan bayi)
  • Kuantiti darah meningkat semasa kehamilan
Vitamin C
  • Sebagai sistem imum membantu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, pantang dan menyusu bayi)
  • Penghasilan kolagen - membina tulang rawan dan otot-otot dan tulang fetus
  • Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids , hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan vitamin C
ESP
  • Sumber protein yang mengandungi asid-asid amino lengkap termasuk 9 asid perlu
  • Bebas laktosa secara semulajadi
  • Bebas kolesterol secara semulajadi
  • soya tidak diubah suai secara genetik(GMO)
  • Membantu penghasilan susu ibu
  • Trimester ke 2 & 3 bayi sedang berkembang dengan pantas
  • blok-blok pembinaan asas ibu & bayi
Ostematrix
  • Kalsium untuk tulang kuat dan sihat(40% daripada susu ibi mengandungi kalsium)
  • Membantu mengasimilasikan kalsium kedalam tulang dan menguatkan
  • merangsang penyerapa kalsium
  • Bantu dalam metabolisme tulang
  • Mengaktifkan enzime yang menbantu dalam pembinaan kepadatan tulang
Omega Guard
  • EPA dan DHA memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif  dan visual bayi bagi ibu hamil
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi yang dikandung
  • Mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA. 
Alfafa Complex
  • Meningkat kesihatan semasa pantang
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Menghalang masalah sembelit
  • Mengurangkan retensi air
GLA Complex
  • Mengimbangi hormon ibu selepas bersalin

Tidak dapat dinafikan banyak jamu-jamu yang berada dipasaran, saya cuma nak nasihatkan agar memilih jamu yang betul jika ingin mengamalkan jamu. ini kerana sesetengah jamu boleh menyebabkan panas dan memberi kesan kepada bayi yang disusui..Dengan Shaklee ianya sudah terbukti selamat, berkesan dan pemulihan semulajadi bagi ibu-ibu dalam pantang dan selepas pantang. 

**Tepuk dada tanya selera...hehe



untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263


26 January 2013

Set Suami Sayang

Post panas..tapi memang tak dapat dinafikan para isteri memang patut jaga dan jangan ambil mudah akan tahap kesihatan serta bentuk badan selepas kawin dan melahirkan anak. Untuk suami kan, sape tak sayang suami ceq oi...suami pun tak kan tak sayang isteri kan...jom kita tengok macam mana esp ni dapat mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri..kalau isteri makin gebu...suami sayang tak? kalau atas bawah tegang suami sayang tak?hehe....


Protein sangat penting untuk menganjalkan otot-otot disekitar dada dan punggung. secara tak langsung dapat menegangkan payudara dan punggung...suka tak??suami mesti suka...kalau suka...hadiahkan lah untuk isteri tersayang. Lepastu kenala jaga pemakanan, pemakanan yang tidak teratur juga boleh menyebabkan payudara lembik dan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik


Alfafa bukan saja sebagai Milk Booster, tapi berfungsi seperti kacip fatimah.. ianya dapat mengetatkan vagina, mengatasi masalah keputihan, mengurangkan sembelit, mencuci usus bagi membuang toksik, memberi kelegaan semasa haid dan menghilangkan kelesuan dan tekanan...rumahtangga pun sejahtera. hebatkan ...Isteri sihat. keluarga bahagia..




untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263






23 January 2013

Apa Itu Healing Crisis

Assalamualaikum....selamat pagi..dah shake ESP pagi ni? saya sudah...bersemangat nak buat entri ni..hehe..so kali nak kongsi satu tajuk healing crisis atau krisis penyembuhan sebab ada beberapa customer yang bila saya follow up tanya khabar, ada yang kata jerawat makin banyak la, kuat berpeluh la, sakit kepala dan macam-macam lagi. yang sebenarnya itu adalah normal bagi proses penyembuhan. itu adalah salah satu proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan sepanjang hidup.Maksud 'healing crisis" ialah proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda dan simpton yang membuatkan rasa tidak selesa, dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa kata pakar nutrisi molekul ni (Prof.Yoshio Niwa)-bila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru. Krisis penyembuhan normal terjadi selepas mengambil makanan tambahan.

Apabila mengalami krisis penyembuhan ia merupakan satu petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil berkesan. ada yang memikirkan bahawa simptom mereka semakin teruk tetapi ia adalah proses penyembuhan semulajadi.

Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan. ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan dan ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan..lebih banyak toksin didalam badan, lebih teruk krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari atau berbulan lamanya.

Ramai yang bertambah baik, tak kurang juga yang tidak merasai sebarang perubahan, sepatutnya kalau kita ambil makan tambahan 1-2bulan. kita patut dah boleh rasa perubahan, sekurang-kurangnya makin bertenaga, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan mungkin ada yang tidak kena seperti tidak mengamalkannya dengan konsisten, tak ikut dos yang disyorkan, teru berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut, pemakanan yang tidak sempurna, gaya hidup yang tidak sihat, mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh, mengalami masalah emosi dan lain-lain.









Jom tengok apa Tanda - tanda & Penyebab Healing Crisis
Sakit kepala yang melampau - Tekanan darah tinggi, pentanda menyahtoksin
Demam,tidak cukup rehat imunisasi badan - Meningkatkan metabolisme, merangsang fungsi
Cirit birit, najis berbau, air kencing brebau - Petanda bagi menyahtoksin, membuang bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
Kembung perut - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir - Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Berkahak - Petanda bagi menyahtoksin
Peningkatan rasa sakit di bahagian badan bermasalah - Mempercepatkan krisis penyembuhan
Rasa sakit sendi dan otot - Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Pendarahan hidung - Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Kitaran haid tidak menentu, lendir yang banyak - Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
lapar, Pening - Tekanan darah rendah, anemia
Loya, Sembelit, tersedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Edema (membengkak) - malasah buah pinggang



untuk info lanjut atau pesanan
 pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263

22 January 2013

Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi
Last entri saya ada print screen testimoni set pantang shaklee kan...so arini leh la tengok ape yang ada dalam set pantang tu. kalau zaman dulu-dulu mesti kena ada jamu kalau nak bersalin. macam-macam produk dipasaran sampai pening nak pilih yang mana satu. kalau salah pilih boleh membawa kemudaratan pada baby tau. jadi hati-hati memilih...tubuh badan kita ni masa bersalin akan jadi sangat lemah sebab dah menggunakan tenaga yang banyak semasa proses kelahiran dan yang membuatkan orang yang bersalin lagi lemah sebab banyak pantang larang dari segi pengambilan makanan. macam mana nak dapat nutrisi yang lengkap untuk diet harian kan. Jom tengok apa yang Shaklee boleh bantu untuk tempoh berpantang bakal ibu sekalian.

Vitamin C - Membantu membaiki tisu sel dan penyembuhan luka.

Zinc Complex - Membantu luka dalaman cepat sembuh (selalu juga orang yang lepas bersalin dihidangkan ikan haruan atau mengambil pati ikan haruan..ini kerana ikan haruan mengandungi Zink) dengan adanya Zinc Complex lagi nak beli dan memaksa diri untuk makan ikan haruan.tiap-tiap hari dihidangkan ikan haruan bosan juga kan.

B-Complex - Dapat mengelakkan stress dan kemurungan, Menstabilkan hormon. seperti kita sedia maklum selepas bersalin hormon wanita sedang dalam proses untuk stabil.


Vita-Lea Iron Formula - Membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Iron sangat penting untuk tubuh selepas bersalin.


Bagi yang sedang memikirkan nutrien dalam pantang memang sesuai untuk mengamalkan set cadangan ini. ibu sihat bayi pun sihat kalau untuk menyusu hanya tambah beberapa produk sahaja. sebab nutrien yang diambil ini akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. kalau yang tak boleh nak telan jamu yang macam-macam bentuk...Shaklee hanya berbentuk pil dan bau nya tidak menjejaskan selera kita. 


untuk info lanjut atau pesanan
 pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

sms / whatsapp : 012-610 2263


19 January 2013

Supplement Untuk Bakal Ibu

Assalamualaikum....


Petang-petang ni best tido kan...tapi anak-anak je tido.saya jarang tido petang...so boleh la buat entri sikit..harini teringat ofismate tadi, masa meeting terpandang muka dia. memang pucat je muka. Sebenarnya dia sedang mengandung anak kembar. waah..best kan..tapi tu la yang kesian nya...tengok muka dia memang tak bermaya, selalu je MC, tak larat katanya... So saya cuba mendekati dia untuk suggest kat dia supplement untuk ibu-ibu mengandung. Shaklee ada semua supplement...tu yang best shaklee ni...nak tau apa saya suggest kat dia....


B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vit B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat lemak & protein, Anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu ibu-ibu sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.

Vitalea Iron formula - sumber iron
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi, Mempunyai patented Sisten Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal. Membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

OsteMatrix - Kalsium 
Sumber kalsium mencukupi bagi memastikan bayi yang bakal lahir mempunyai tulang dan gigi yang sihat. Kalsium membantu mencegah kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Selain itu ia juga dapat membantu pelawasan dan penyusuan susu ibu. 


Omega guard - Kaya Dengan DHA dan EPA
Membantu pembentukan sel otak bayi. pengambilan omega guard ialah selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke 2). Anak-anak yang ibunya mengambil supplemen Omega-3 mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan. Kemampuan berbicara yang lebih cepat dan penguasaan kosa kata lebih banyak berbanding ibu yang tidak mengambil omega-3.



ESP - Sumber protein 
Protein merupakan nutrien yang diperlukan oleh bayi, asid-amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan. Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat. Kebaikan untuk ibu, menambah darah, menguatkan sistem ketahanan badan, mencegah komplikasi kehamilan. Manakala untuk bayi pula untuk membina sel darah merah dan tisu otot, membina iru yang menyalurkan khasiat dari ibu, menyokong perkembangan sempurna otak bayi terutama semasa trimester ke-3.

Kakak tadi dah order 1 set.tapi omega guard dia tak ambil..omega guard untuk trimester ke 2 dan keatas sahaja..hehe...semoga dia beroleh kesihatan dan baby pun baik-baik saja. Kalau kembar lagi la perlu double triple supplement nak kena ambil kan...In Shaa Allah Shaklee dapat membantu.

Yang lain-lain kalau nak order boleh la contact saya. Di atas cadangan sahaja. dan boleh diambil ikut keperluan dan budget. Jangan risau...boleh contact saya untuk maklumat lanjut.





untuk info lanjut atau pesanan 
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263



Sustained Release Vita-C 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



untuk info lanjut atau pesanan
 pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263



18 January 2013

"Hadiah Untuk Kulit Cantik"



Bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman, semestinya pengambilan Vitamin E tidak akan diabaikan dan tidak hairan kalau dikatakan bahawa Vitamin E merupakan vitamin wajib yang perlu diambil. Namun haruslah berhati2 dengan Vitamin E yang dipilih kerana terdapat pelbagai jenis, jenama Vitamin E dipasaran yang sedia ada. Semestinya Vitamin E semulajadi dan berkualiti adalah pilihan yang terbaik berbanding Vitamin E sintetik. Haa...kat sini kita tengok kenapa vitamin E ni sesuai di"hadiah"kan untuk kulit:-

**Melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

**Mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. 

**Membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

**Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

**Membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

**Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

**Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.







untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263

Vita - E Complex



Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263

17 January 2013

Shaklee Collagen Powder





Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg
proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



* Berat molekul diukur dalam unit Dalton



untuk info lanjut atau pesanan
 pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263






16 January 2013

Vita-Lea Iron Formula




Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





untuk info lanjut atau pesanan 
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263

B-Complex



Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik


Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.




Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




untuk info lanjut atau pesanan
 pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-610 2263


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign