Ajuya Rashid: REVIEW RESORT : VILLA DANIALLA BEACH RESORT

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

07 August 2015

REVIEW RESORT : VILLA DANIALLA BEACH RESORT


Hai semua...serius AR baru teringat nak buat entry ni..awal puasa haritu sempat la menyinggah di VILLA DANIALLA BEACH RESORT. Resort ni terletak di Pantai Kandis, sempadan Tok Bali - Bachok. Alhamdulillah dekat sangat la dengan kampung husband AR. Kebetulan balik kampung awal puasa haritu takde orang dekat rumah. So kitrang decide untuk bermalam di sini. Alang2 dah sampai terus la bercuti kat sini je. Itu pun 1 malam je. 



Masuk je bilik...bising la anak dara AR..katanya macam katil "sofia the first" hehe...Yaya kan fanatic sofia the first. 



Villa yang kitrang ambil ni ada 1 katil queen dan 1 katil bujang. itupun dah kira cukup dah. Tapi jumpa owner yang baik hati dia tambah extra bed for free. so letak la kat sebelah katil bujang untuk kakak tido.


sangat luas...tapi TV nya dapat channel siam je..hehe. Tapi ok la bukan sempat nak tengok tv pun  kan.


Part bilik air memang best...Besar boleh buat tidur jugak..letak 1 tilam bujang kat situ..hehe..nak buat cemana make up kabinet siap ada haa...bilik dia pun berasaskan papan. mandi la kau dalam tub tu. leceh skit la kalau nak ambil air solat. kena panjat masuk dalam tub.



Sebelum sampai resort Villa Danialla ni sempat menyinggah di bazar ramadhan Pasar Jelawat. Biasa la En.Abg AR tu mesti nak jugak pasar ramadhan kat kampung dia.


View dari Villa kitarang..tapi tak nampak pulak pantai dari gambar ni. maklum la gambar dari handphone je. 




Kebetulan yaya demam masa pergi tu..kesian dia main pasir je mampu. 


Kebetulan masa anak2 tengah main pasir mandi kolam tu owner nya Dato' Hamidah..(betul ke eja ek..sebab ingat2 lupa name card yang beliau hulur kat husband. ) turun dari villa sebelah. anak nya ada tengah main valley ball kat sebelah tu. AR tak pasti la betul ke tak. hehe. tak nak citer lebih2 kang salah plak. sebab AR pasang telinga je kat blakang sambil tengok budak2 main. Husband tengah interview. dah borak2 tu Dato' ajak kitrang berbuka sekali kat tempat makan hotel tu. Tapi kitarang dah beli makanan banyak kat bazar. dah tolak dia ajak jugak boleh minum air pun xpe. So bawa la makanan kesana. 


Kolam yang agak besar untuk kita orang..hehe. Kakak tina sorang je yang mandi masalah nya. tingkat atas tak naik pun puasa kot. banyak juga gambar yang miss. Kalau tak boleh tunjuk kat uolls view lain kan. penat kot petang2 puasa dihari pertama. eceh. Tapikan kalau nak buat family day ke, meeting office ke boleh la sangat. Tempat dia memang luas dan privacy. hmm terus berangan nak ada resort sendiri jugak. 



Menurut Dato' pasir dekat situ la yang paling bersih, putih dan bersih. memang betul pun..tengok sempadan orang sebelah..hehe..memang berbeza. pasir ni pun perlukan maintainen tau..nak kena sapu tiap2 hari. daun ke sampah2 yang ombak bawa ke. 



Alhamdulillah..ok la jugak kitrang bawa makanan makan kat sini..xde la susah2 kat bilik tak ada pinggan la mangkuk kan. So boleh pinjam resort punya. Rupanya kitrang je tetamu untuk hari tu. yang lain tengah berbuka Dato' Hamidah dengan anak2 nya je. Boleh la merasa air nenas dan air kelapa. 

Baik sangat owner Resort Villa Danialla...Kebetulan orang kelantan jugak kan. Siap hantarkan air kelapa sebiji sorang. dah la AR pantang lagi air kelapa. orang kata xboleh minum lagi air kelapa. lagipun masa tu baby baru masuk 4bulan. Lepas berbuka beliau jemput lak sahur. Lagipun ada 2 voucher breakfast. 

Bersahur 4 orang je haritu..Dato' Hamidah dengan anak nya sorang. Kalau tak silap AR rumah dia la kot belakang dapur tu. hehe..masa sahur tak bawa handphone kalau tak boleh snap menu. Udang kara kecik goreng mentega + Daging Singgang. Sedap..selera betul makan. Sahur kot. yang special nya ada Dato siap buat kan Royal Jelly + madu + limau nipis. husband pulak tambah menu telur ayam kampung "half boil". 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan. In Shaa Allah kalau berpeluang untuk singgah kitrang xkan lepas kan.  


14 comments:

  1. Bes nya tempat ni. Nak kena g skali la juga bawak family. Lawa bangat kolam dia & pantai yg bersih.

    Berapa rate dia yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sangat la tu dengan besut..bilik yg AR ambil tu Rm400.00 jd 400++ after gst..hehe

      Delete
  2. Bes nya tempat ni. Nak kena g skali la juga bawak family. Lawa bangat kolam dia & pantai yg bersih.

    Berapa rate dia yer?

    ReplyDelete
  3. ehheeh.. angin laut china selatan.. cik en pulak ngdap selat melaka.. klu mai lumut atau pgkor.. roger2 la cik en ye.. ehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah cik en..pangkor pernah pegi sekali je. Pun cantik jgk kan

      Delete
  4. Replies
    1. Suka jugak..nanti jgn lupa singgah ye

      Delete
  5. Takder orang sebab takder orang buat 1st day puasa berjalan.
    nest time bleh buat gini gak so tak sesak.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. eh memang kena pantang air kelapa eh?

    menarik juga tempatnya. cewah, sofia the first gitu. hehehe. nampak cozy la. dengan owner yang baik hati lagi.

    ReplyDelete
  8. Konsep villa ni cantik...singgah sini...:)

    ReplyDelete
  9. macam nak pergi sini.. tak lama lagi kot..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign