Ajuya Rashid: CHAR KOAY TEOW SG. DUA TELUR AYAM DIBASUH, TAMAN PUNCAK JALIL

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

16 September 2015

CHAR KOAY TEOW SG. DUA TELUR AYAM DIBASUH, TAMAN PUNCAK JALIL


Assalamualaikum uolls..semalam punya citer AR bawa mak dan adik2 makan di Char Koay Teow Sg,Dua. Katanya Telur Ayam Dibasuh. Dekat je dengan rumah mak dekat Taman Puncak Jalil. Kalau orang Puncak Jalil kalau tau Mymydin haa senang la nak cari belakang Mymydin tu je. Husband balik lambat kerja AR pun alang2 dah ada kat rumah mak siang tu uruskan pengeposan stok Shaklee terus la dinner dulu sebelum balik rumah. Balik rumah tak payah nak fikir makan dah kan. hehe. amik untung maaaa


Ini baru tak sampai separuh tau family AR. adik beradik 10 orang haa kira sendiri la kalau termasuk ipar duai. sebab separuh la AR berani bawa. hahaha. 


Teh Tarik @ Teh ais dia memang buat AR teringat2 tu yang ada peluang je mesti nak pergi. tapi malam tadi AR order teh tarik dan orderkan untuk Tina Teh ais...Boleh la rasa 2 3 sedut. sedut pun panjang tu. hehe..Konon diet ambil yang kecil je. dorang semua order pinggan besar. padahal tak banyak beza pun. Tapi dorang ni dah order yang besar pun siap nak tambah lagi. suruh order lagi xnak pulak. 



Cili Jeruk dia...memang puas hati. besar2 bila makan dengan koay teow tu mak aih terasa je bila gigit. gulp boleh tak telan air liur masa type ni. hehe.



Senang je menu dia kan...jual Char koay teow je pun. Beza yang kecil dan besar Rm1.00 kalau special tambah telur mata Rm0.50 je. murah kan. kalau tempat lain mana dah nak cas telur sebiji 50 sen.



AR tak pasti kenapa nama dia Char Koay Teow Sg Dua. mungkin tokey dia asal sg dua kot. atau sg dua memang terkenal dengan char koay teow kot. hehe boleh lak main kot kot. nak tanya maluuu. Tapi dorang ada gantung keratan akhbar pasal dorang. Tak sempat nak baca sempat snap je. Masa kitrg dtg memang xramai orang lagi sebab lepas je azan maghrib semua terus solat dan datang ke sini. so mungkin sebab tu kot. Masa nak balik baru la dah sedikit penuh. 

Wajib pergi cuba bagi peminat char koay teow ok..memang terangkat. hehe.pekena dengan teh tarik @ teh ais. 





4 comments:

  1. cili jeruk tu makan dengan char keu teow mmg sedp..hehe

    ReplyDelete
  2. muka happy jer semua dapat mkn char kuey tiaw yer

    ReplyDelete
  3. Boleh singgah nanti ni...favorite food

    Salam kenalan sis,

    Jemput singgah blog kita :)

    ReplyDelete
  4. wah...dh smpai sana dh CKT Sg. Dua ni ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign