Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP / BAYI DARI 6BULAN SEHINGGA 12 BULAN

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

21 September 2015

PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP / BAYI DARI 6BULAN SEHINGGA 12 BULAN

makanan pelengkap bayi
Sumber : Google (untuk panduan sendiri)

Baby Nayli dah masuk 7 bulan lebih dah...7hb Oktober nanti cukup la 8 bulan. umi pun terkedek2 baru nak cari info pemakanan baby. Dulu ikut je beli nestum ke ape ke letak umah pengasuh. Sekarang ni dah ada kat rumah boleh la buat puree untuk Nayli. hehe...Mak dah hoder Baby Bullet dah semangat nak buat solid food Nayli. 

Tapi sebelum tu kena la tengok panduan pemberian makanan pelengkap. Nayli 7 bulan jadi dari 6bulan sehingga 12bulan. Menurut Kementerian Kesihatan

1. Makanan pelengkap hanya perlu diperkenalkan apabila bayi berusia 6 bulan. Penyusuan susu ibu kena teruskan sehingga bayi berumur 2tahun.

2. Perkenalkan makanan kepada bayi dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Setelah bari dapat menerima makanan tersebut dengan baik tingkatkan kuantiti akanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi.

3. Sediakan makanan daripada perlbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan , telur, susu dan produk tenusu perli diberi dengan kerap. Elak menambah garam, gula atau bahan perasa ke dalam makanan bayi.

4. Beri bayi makan mengikut panduan berikut:-

Umur 6 - 8bulan 
Cara penyediaan : Di puri / dilecek / separa pejal
Kekerapan : 2-3 kali sehari

Umur 9-11bulan 
Cara penyediaan : Dicincang / dipotong kecil
Kekerapan : 3-4 kali sehari

Hehe..buat masa skarang dah beberapa kali buat puree untuk Nayli. Alhamdulillah Apple, Brokoli, carrot dia suka dan boleh terima. Lepas ni boleh cuba yang lain2 pula. 






3 comments:

  1. Mula-mula anak taknak makan(umur 8 bulan). Habis bubur yang saya buat kena buang sebab dia reject. Sekarang bila introduce nasi & lauk (umur setahun 3bulan), baru anak nak makan. Taste orang besar barangkali.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa yeke. Alhamdulillah Nayli ok je semua buat masa skrg. Kena variasikan lg ni

      Delete
  2. tahniah baby Nayli, dah boleh mamam... :)
    semoga semua makanan yang mak buat baby Nayli makan... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign