Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: ICE SKATING DI ICESCAPE, IOI CITY MALL

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

22 October 2015

ICE SKATING DI ICESCAPE, IOI CITY MALL



ioi city mall putrajaya



Semalam punya cerita kami ke icescape di IOI City Mall. Tina la lama dah tak main ice skating kata nya. Cuti sekolah tempoh hari memang tak berpeluang langsung nak pergi  sebab balik kampung raya haji kan. Tak pe la layan kan aje. Nasib baik ada geng yang nak join. 

Ice scape ni terletak di tingkat 1 ioi city mall. So dari umah mak di taman puncak jalil, seri kembangan tu dekat sangat la nak pergi. Walaupun kat luar jerebu tapi kita main indoor kan. paling kuat pun keluar rumah nak kereta je. nanti parking di basement masuk shopping complex terus. hehe alasan nak keluar rumah tu. redah je drive dengan jerebu yang tebal. 



Bayaran masuk ice scape sama ja harga kanak-kanak dan dewasa Rm25.00 pada hari biasa, Rm30.00 untuk hari minggu dan cuti umum termasuk kasut. Tambahan jika tak bawa stokin(Rm6.00) dan glove (Rm10.00) Tina, mak uda dan ciksu dah ada kasut sendiri so xperlu la nak beratur ambil kasut lagi. Tunggu luqman je la di kaunter kasut. 

AR sendiri tak pernah test main pun. Haha tak berani. Haritu baru ada semangat nak try main skali termengandung pulak. Sampai la skarang belum terbuka hati nak cuba.



Tina, luqman (cousin) dan makcik2 dorang. Kalau visitor nak masuk kat ruang menunggu dalam sana kena bayaran Rm5.00. itu pun nak kena bayar ye. terus tak faham. hehe. 


AR dan dua orang anak lagi menunggu je la kat luar. Jalan-jalan cari makan dan window shopping. hehe. Kalau ikut adik AR yang mak uda tu memang tiap-tiap minggu datang dengan kekawan dia. Tapi Tina tak boleh la nak tiap-tiap minggu tunggu cuti sekolah dan umi nya betul-betul free atau bosan sangat2 baru la boleh bawa kan. 





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign