Ajuya Rashid: SARAPAN BUBUR ASYURA KELANTAN ~ ORE KELATE PANGGIL SUGHO

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

29 October 2015

SARAPAN BUBUR ASYURA KELANTAN ~ ORE KELATE PANGGIL SUGHO


Haaa tu dia..rindu betul nak makan bubur asyura kelantan ni..huhu. dah siap panas kan dalam microwave untuk santapan hamba sebagai sarapan pagi ni. layan la jugak. tapi xboleh makan banyak2 nanti muak. so panas kan skit2 baru la makan.  

Bubur asyura ada banyak versi kan..disebabkan AR org kelantan mesti la biasa dengan versi kelantan je. Untuk versi negeri lain AR pernah rasa bubur asyura versi utara sebab pernah tinggal kat sana lebih kurang 8 9 tahun kot. Form 1 sampai la masuk UUM. Sampai sekarang tak de la nak jumpa versi mana2 dah. Nasib baik jugak mak balik kelantan nak mengacau kan. hehe



Last weekend mak AR balik kampung katanya nak kacau sugho. AR pun kirim la sikit untuk join rewang sebab tak boleh nak balik. Husband kerja. Gambar2 kiriman kakak yang balik dengan mak


Meriah betul orang2 kampung duk mengacau sugho ye. kita yang terima gambar kat wassap pun terasa kemeriahan tersebut. eceh..Memang seronok kalau gotong royong dengan orang kampung macam ni. Sambil kupas bawang gelak2 citer2 kita yang muda2 ni tumpang pasang telinga skali. hehe

waaaa...rindunya nak balik kampung.padahal baru je balik raya haji aritu kan.

sape nak makan sugho kelantan ada lagi separuh tapewe nih meh meh jangan malu jangan segan. hikhik

Sebenarnya kan...AR terfikir juga..yang tahu masak rdan tahu resepi bubur asyura kelantan ni ialah generasi nenek AR. dannnn...kalau generasi mereka dah tak ada tak tahu la sape lagi yang nak buat kan. Mungkin mak AR juga boleh buat tapi tak sama sebab dia pun baru je belajar haritu dan tengok macam mana buat nya. AR ni tau makan sampai ke sudah je. hahaha.. MasyaAllah kesitu pulak. 






Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



3 comments:

  1. Sugho versi kelantan-mula2 dulu bila member tunjuk..mcm tak lalu tengok rupa dia..tapi bila try makan memang sedap..kawan tu ckp terengganu pun ada tapi rasa mungkin lain sikit- hihihi

    ReplyDelete
  2. Cikna biasa dgn asyura manis tapi suka dgn versi kelantan sebab dia berempah tapi kena makan masa panas bila dh sejuk kureng umphhh.....

    ReplyDelete
  3. ooo ada versi lain rupanya... baru tahu ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign