Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: CARI PASAL DI HOMESTAY SAUJANA JANDA BAIK

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

19 November 2015

CARI PASAL DI HOMESTAY SAUJANA JANDA BAIK

saujana janda baik

Jumaat lepas, hari kejadian terbeli handphone palsu tu kan singgah Giant Bandar Kinrara nak beli bahan-bahan BBQ nak gi cari pasal di Homestay Janda Baik ni lah huhu. Dalam duk tergesa2 tu ada plak orang ambil kesempatan ye. Alhamdulillah walaupun ujian di awal percutian tidak mengganggu langsung mood kita orang kat sana. Malah terus lupa kejadian tersebut. Syukur Allah pinjam duit tu sekejap. Sekurang2 nya terasa ada duit untuk ke Janda Baik. Hehe...Gambar terpaksa di gabungkan. sebab terlalu banyak. hehe..

janda baik

Homestay Saujana Janda Baik ni sebuah rumah je..Tapi menggunakan partition macam kat wad hospital tu guna langsir. Bila dah tarik semua langsir yang ada jadi la 5 bilik untuk kita orang sebuah keluarga. Tilam bujang juga disediakan lebih kurng untuk 10 pax.


janda baik

Selesa sangat. dengan kelengkapan yang serba ada dar peralatan dapur sampai la tempat BBQ.  Tak sempat pun nak selfie wefie kat pondok yang tinggi tu. hehe. busy apa pun tak tau lah.


Hari pertama sebelah petang dah rasmi dah mandi sungai..Sejuuuukkk...hujan renyai2 


Budak2 ni dah mandi tu lagi mau kacau orang tengah bbq siap datang tembak air sejuk tu. fuuuhhh menjerit beb




Sambil mandi sambil membakar En.Kambing dan Cik Ayam. hehe...memang layan la makan hujan2 kan. tambah lak tengah sejuk mandi air sungai. Sejuk sampai ke tulang. 

Menu petang dan malam jumaat nya BBQ, pagi sabtu nasi lemak..ho ho baru perasan gambar tak ada. hehe. 


Dan tengahari nya kita orang kena pindah ke chalet yang lebih kecil. Sebab masa book bilik hari pertama tu dah ada orang book untuk hari sabtu ahad so owner tu tolong cari kan tu pun kat sebelah homestay dia jugak. Tapi dapat la dua buah chalet. terpaksa la duduk bersusun. Nasib baik ada spare khemah. Kat sini lagi terasa privasi nya. seronok je macam dunia ni kami yang punya. 


kat sini lagi best suasana cuma nya kelengkapan sedikit kurang. Tapi tak pe kita orang dah bersedia mental dan fizikal pun. janji boleh rasa air yang sejuukk itu kat depan tanggan chalet. kannn.


Makan tengahari, nasi lemak pagi tadi je. haha..cuma tambah la skit ayam goreng. meggi pun ada budak2 ni masak makan kat tepi sungai tak terasa panas nya. huaaa..tengah cerita ni pun terbayang je keseronokan kat dalam sungai tu.

Macam biasa sebelah petang terus on BBQ..bakar En.Kambing dengan Cik Puan Talapia bersama cicah kicap berlada..eceh. 


Pagi ahad..menu nasi goreng dan Sandwich sardin..last pagi tu mandi puas2 sambil2 packing nak balik dah. Pkul 11 kita orang dah siap bergambar semua terus bertolak balik KL. Ambil masa tak sampai 2 jam..lebih kurang 1 jam setengah je. seronok sangat rasa nak datang lagi walaupun 3 hari 2 malam rasa nak tambah lagi 1 malam.hahaha.. In Shaa Allah satu masa nanti kumpulkan keluarga lebih besar untuk bersama. ini baru AR dan kakak no.2 je. Mak dan adik2. 


Tak lupa buat photoshoot untuk produk2 Shaklee..hehe ini pun sebab AR bawa botol2 untuk makan sendiri. Tumpang la sekaki. 





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.









1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign