Ajuya Rashid: January 2015

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

20 January 2015

5 KELEBIHAN AIR KELAPA MUDA KETIKA HAMIL

 
Beberapa harini rajin plak AR drive tru air kelapa muda ni..hehe..maklum lah orang kata air kelapa muda banyak kelebihan kalau dah hujung2 kehamilan. Skang ni AR dah masuk 36minggu..tinggal beberapa minggu je lagi..Lagipun cuaca panas letak ais + gula memang sedut x hengat orang sebelah dah...hehe. Kalau kat kawasan umah AR ni sebiji Rm3.50 murah ke mahal xtau la plak AR kat tempat lain harga brapa kan. Tapi yang penting nikmat kesejukan air kelapa tu memang memuaskan tekak yang sedang dahaga...haha...ok lah meh AR share 5 kelebihan air kelapa ni tambah2 diminum ketika hamil.
 
1. Kandungan Elektrolit Semulajadi - Air kelapa muda adalah cairan yang kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Sebagai isotonik semulajadi yang kaya mineral dan memiliki elektrolit cair yang sama dengan kandungan cairan di dalam tubuh, sangat berguna untuk mencegah dehidrasi dan memulihkan stamina. Ibu hamil memerlukan lebih banyak air. Dehidrasi semasa hamil akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kram, bahkan dapat mengurangi kontraksi yang mengakibatkan kelahiran pramatang.
 
2.  Mempunyai Diuretik Semulajadi - Air kelapa juga berfungsi sebagai diuretic semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan urin dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini tentu saja diyakini mengeluarkan zat racun  atau racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah 'infection'  pada saluran kencing yang umum terjadi pada ibu hamil.
 
3.  Sebagai Anti Penyakit - Air kelapa muda mengandungi sebatian asid laurik, sejenis asid yang dapat membantu melawan berbagai penyakit. Asid laurik dalam air kelapa sama dengan yang dijumpai dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, sehingga akan selalu menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan dapat mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.
 
4.  Membantu Pencernaan - Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa maupun anak-anak. Ketika hamil, plasenta akan menghasilkan sejenis hormon progesteron, yang melambat kontraksi otot dan menggangu proses pencernaan. Dan air kelapa terbukti membantu meningkatkan proses pencernaan.
 
5.  Meningkatkan HDL - Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian para ilmuwan, air kelapa dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam tubuh.
 
Menurut orang-orang lama juga mengamalkan air kelapa sebelum kelahiran dapat membersihkan air ketubah (jernih) dan kulit baby pun cantik serta kulit kepala kurang berkerak. Itu yang orang2 dulu kata..Bersalin pun senang nanti. In Shaa Allah..kita x menolak atau menerima sebulat2 nya...yang penting orang dulu2 lebih berpengalaman. Doa kan AR ye...walaupun anak ketiga tapi perasaan tu sama je dengan anak2 sebelum2 ni.
 
 
Dapat kan Set Hamil dan Set Pantang Shaklee di sini
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c84f741b048a0721739ac52c241ba5df
 
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
 

16 January 2015

TESTIMONI AJHT & OSTEMATRIX ~ LUTUT DAH TAK SAKIT DAN PEMBUANGAN LANCAR



"AJHT review First Day (21st June 2012): Saya nak share pengalaman saya makan AJHT, walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan!

 Dah 2-3hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan..memang sakit ya amat. Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu..tu yang makan AJT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi2 dan tulang rawan..and AJHT ni best taken with Ostematrix. So, saya amik both sekaligus. 2 bj AJT, 2 bj Oste before sleep. 

 Wahh! penangan lepas amik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3hari ni pun saya batuk2..lepas makan AJHT n Ostematrix tu, saya tak batuk dah malam tadi. Pergi toilet buang air sekali dengan kahak2 pun keluar (yg ni kena buat study lak apa significant function AJHT n Ostematrix ni boleh buangkan kahak..huhu..). Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti. Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena.
 
Bangun kol 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! Pelipat lutut saya tak sakit langsung!! Serius tak tipu. AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume Oste tetiap malam before this.

 AJHT review after 5 days (26th June 2012):
Woohoo! memang AJHT the best! I konsisten makan AJHT +Ostematrix harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam. 

 Segala2nya lancar..haha..bila cakap pasal segala-galanya lancar. Ya segala-galanyalahh. Kalau you all ada problem sembelit ambil Ostematrix (ni utk sape2 taknak amik alfalfa/herblax kan), amik sekali dgn AJHT ni membantu. 

 Angin satu badan pun hilang. I rasa melayang-layang je badan bangun pagi. Dahla kurus kering. Hahahaha. Memang rasa best badan. Takde lenguh2, pelipat lutut yang sakit haritu after 3 days totally hilang. ALhamduLILLAH. Part badan or sendi2 yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang..inshaALLAH.." - Puan Lia





Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4011b4f479762db72d1fd2c007c57532
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.





Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


15 January 2015

VITA-LEA® CHILDREN CHEWABLE~ MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

 
 
Keistimewaan Vita- Lea® Children Chewable
 
● Untuk kanak kanak 4 tahun ke atas
● Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
● Sumber kalsium untuk Pembinaan tulang
● Baik untuk kesihatan
● Sumber harian tambahan bagi vitamin B

 
Untuk Siapa Vita- Lea® Children Chewable:-
 
 ● Kanak kanak dari usia 4 ahun ke atas
● Anak yang susah makan makanan berkhasiat
● Anak yang aktif
● Sesiapa sahaja
 
 
Fungsi Vita- Lea® Children Chewable:-

● Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian.
● Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
● Menyokong jangka hayat hati,usus dan mata
● Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
● Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
● Melindungi kesihatan jantung ,otot dan fungsi saraf
● Meningkatkan kesihatan paru-paru ,kolon dan prostat
● Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
● Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
● Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
● Mencegah penyakit benguk ( Tiroid )
● Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia ( amat diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan anak )
● Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
● Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
● Membantu meningkatkan kecerdasan minda
● Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
● Membantu penyerapan zat dari makanan


Tahukah anda?
● Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting
● Selepas umur 2 tahun,pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantunh,kegemukkan dan masalah kesihatan yang lain.
● Pada umur lima tahun 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap
● Antara umur 11tahun dan 16 tahun ,satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Set lengkap untuk kesihatan anak2 boleh diambil bersama Mealshakes, Omega Guard dan juga Vitamin C Chewable

 
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a1280bb57e980da66d54eb0f20cbb95e


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.











Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

 

 
 
 

13 January 2015

16 TIPS & PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG BERSALIN


Assalamualaikum semua..AR tengah kumpul kan tips dan pantang larang semasa berpantang bersalin ni..maklum la waktu dah dekat..mesti la duk study2 kan..walaupun dah anak ketiga..bukannya hari2 boleh igt..kalau ada yang nak tambah jangan2 segan2 komen ya.
 
Ada sebab dan logik tertentu mengapa orang tua2 zaman dahulu menyuruh ibu2 berpantang semasa bersalin. Pengalaman mendewasakan mereka. Pengalaman yang sebenarnya ada keterangan saintifik di sebaliknya. Mari kita lihat beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
  1. Dilarang tidur tidak berbantal - Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah
  2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) - Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
  3. Jangan Duduk Mencangkung - Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu tergelungsur atau terturun (uterus prolapse). Antara punca terjadinya tombong dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu dlm pantang tumpah darah.
  4. Mandi Duduk Di Bangku Ketika mandi  - hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
  5. Rapatkan Kaki Bila Tidur - Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena jahit tidak terkoyak semula.Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
  6. Jangan Terlalu Aktif. - Ibu yang baru melahirkan hendaklah tidak terlalu aktif melampau dan bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
  7. Jangan Makan Ubi-Ubian. - Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
  8. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik.  - Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari pagi yg mengandungi vitamin D yg tinggi.
  9. Jangan Tidur Waktu Senja - Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
  10. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca - Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
  11. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja - Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya serta masih kotor dgn darah nifas.
  12. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk - Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
  13. Bertungku - Amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
  14. Cara Mandi - Daun jambu, daun pandan, daun serai wangi, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
  15. Berbedak/berparam - Dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
  16. Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan - Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.Buah anggur dan kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit urat dan lemah badan.Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
 
Kini anda boleh miliki set berpantang Shaklee di SINI

http://www.ajuyarashid.com/2014/08/set-pantang-bersalin-shaklee-premium.html


Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84fbd798e127f7f700c17213662213ce
 
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
m di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
 

 

12 January 2015

PENTING NYA AMALAN BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN

shaklee puchong
 
 
Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
 
Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
 
Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.
 
Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
 
Ketika berurut, tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.
 
Biasanya  amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun, kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersaliln.
 
Oleh itu ibu selepas bersalin, jangan abaikan amalan tradisional ini kerana ia mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign