Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: KENAPA KENA MINUM AIR GULA KETIKA HAMIL

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

28 September 2016

KENAPA KENA MINUM AIR GULA KETIKA HAMIL



Minum Air Gula? Fahami konsep kenapa perlu minum air gula secara mudah.

"Saya kena minum air gula masa pregnant...."

Biasa kena kan? Kenpa kena minum air gula ni? Manis sangat kan? Rasa nak termuntah kalau minum, tapi kalau muntah kena minum sekali lagi. Aduh,xsanggup.

Meh kita belajar sikit, kenapa kena minum air gula. Fungsi minum air gula ni nak check sama ada puan-puan ada kencing manis ke takde. Tu je. Macam mana boleh check kencing manis dgn minum air gula?

Ok, mula-mula kena puasa kan? Pastu dr/nurse amik darah masa puasa. Pastu puan-paun kena minum air gula. Rest kejap 2 jam, kena amik darah sekali lagi.

Teori disebalik ujian ini adalah macam ni. Kencing manis terjadi bila badan kita tak dpt memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukos. Glukos amat penting sebagai sumber tenaga untuk semua sel dalam badan. 

Tetapi jika glukos berlebihan, hati akan menukar glukos menjadi glikogen untuk disimpan.

Biasa dengarkan insulin? Apa benda ni dan apa fungsi dia? Insulin ni la yang berfungsi menukarkan glukos pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila glukos berlebihan. Insulin juga berfungsi membawa glukos kedalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah.

Jadi, bila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak test insulin tu boleh memainkan peranan dia ke tak. Tu je. Kalau insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan penyakit itu dinamakan kencing manis.

Senangkan nak faham?


sumber : fb - Poliklinik Az-Zaara



Nak bagitau rahsia ni..sepanjang AR hamil 4 kali termasuk sekarang ni..tak pernah lagi rasa air gula..hehe opss. tak tau la pasai pa. tapi orang kata pergi check up kat hospital swasta memang doktor tak bagi air gula. tapi ada juga kawan AR yang check up dan bersalin di klinik swasta kena minum air gula juga. hmmmm apa boleh buat nasib badan. hehe

Alhamdulillah...walaupun AR ni ada keturunan kencing manis (mak AR sendiri) setakat ni tak ada lagi suspect kencing manis masa hamil ni. In Shaa Allah semoga sihat2 saje. nak bawa perut dah satu hal kan. Tak nak la bawa penyakit sekali. Ikhtiar selagi boleh. sebab tu lepas baca banyak2 pengalaman hamil dan bersalin memang AR serik nak skip supplement Shaklee. Rasa sayang sangat kat supplement ni. hehe

Uolls...walaupun bukan vitamin shaklee jadi pilihan sepanjang hamil pastikan jangan lupa ambil tau. untuk uolls dan baby jugak bukan untuk sesiapa pun. Mama sihat baby pun in shaa Allah sihat. 

Nak join AR guna set hamil shaklee pun tak ada masalah.. contact AR ye boleh share pengalaman masing-masing.



untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign