Ajuya Rashid: LAWATAN SEKOLAH KE ZOO NEGARA

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

28 April 2017

LAWATAN SEKOLAH KE ZOO NEGARA




Happy nya budah baju warna kuning tu dapat pergi lawatan sekolah ke zoo negara. hehe..Bagi nama sebulan awal tau. siap je buat bayaran dan dapat izin dari papa terus excited sampai la ke hari kejadian. Sabar je la umi ni...yang jadi tragis nya. sebelum hari kejadian Tina sakit gigi dah 4 hari. nasib baik la hari 5 ni nak pergi zoo dah baik dah demam dan sakit gigi nya. Alhamdulillah happy betul dia. 



so umi pun rajin la nak coretkan kenangan kakak kat sini. nasib baik ada jugak selit muka kakak dari gambar cikgu kan. Kebetulan cikgu kelas dia xjoin lawatan itu yang harap handphone cikgu lain je. hehe. 



Kalau tak silap AR ada 4 buah bas semua nya yang pergi lawatan untuk sekolah ni. Bagus cikgu2 ye rajin juga nak anjurkan lawatan sebesar ni. biasa nya 1 bas dah cukup kan


Oh ye..nak jugak tanya uolls ibu bapa kalau lawatan sekolah macam ni. uolls sendiri bagi kebenaran tak untuk anak2 join? ye lah setengah parents tak harap atau risau dengan anak2 untuk join aktivit macam ni. tahun lepas AR tak bagi pun Tina join sebab rasanya tak perlu kot. hehe maklum la baru darjah 1 risau jugak. itu yang tahun ni dah matang sikit In Shaa Allah dia boleh jaga diri.



Balik je rumah macam2 cerita kakak tengok pertunjukan haiwan, tengok haiwan ni haiwan tu...haa walaupun agak boring haha...ye la tengok binatang je kot. layan je la cerita dia. orang tengah excited tu. siap beli buah tangan untuk adik2 2 ekor penguin. ada la besar tapak tangan je peguin nya. 






Alhamdulillah anak suka..umi pun suka...terima kasih untuk cikgu2 yang menganjurkan lawatan ke zoo negara untuk budak2 sekolah rendah ni. tabik la kat uolls. AR tumpang happy je untuk anak2 kalau kita nak bawa sendiri tak tau bila. haha...rasa nya Tina pernah pergi masa umur 3 tahun. tabah la nak...at least orang tanya pernah pergi zoo negara tak? pernaahhh hehe




1 comment:

  1. masa saya sekolah rendah mak saya risau jugak nak bagi saya join lawatan, tapi yela time budak-budak dapat berjalan-jalan dengan kawan tu kira satu moment yang paling best. so mak saya izinkan juga =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign