Ajuya Rashid: SINGGAH DI SWISS GARDEN BEACH RESORT KUANTAN

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

28 July 2017

SINGGAH DI SWISS GARDEN BEACH RESORT KUANTAN


Dari kelantan nak balik KL AR n family singgah di Swiss Garden Beach Resort Kuantan. ini memang cik abe AR nak lalu kuantan kot la boleh makan ikan patin masak tempoyak kan. peberet tu sampai sanggup lalu ikut temerloh haa.

So dari Sutra Beach Resort Terengganu...singgah kemaman terus ke kuantan. sampai je kuantan cik abe suruh waze swiss garden. haa laju la AR kan tekan.haha. sampai je petang tu terus terjun dan pergi pantai






Yang paling happy of kos la 3 anak dara tu kan. bukan main tak sabar nak turun ke kolam ke laut. walaupun baru je check out kat terengganu. 

AR suka bilik air dia. muahaha. bilik air plak yang di sukanya. haha tiba2.


Nak keluar dinner..jauh jugak cari ikan bakar sampai ke teluk cempedak sana. tak sampai kot tapi agak nya 20 minit. niat di hati nak makan dekat ana ikan bakar petai kuantan tepi laut yang besar tu kan. tapi MasyaAllah ramai sangat orang. musim raya kot. so rezeki pakcik kat sebelah ana ikan bakar la malam tu. haha. Alhamdulillah layan jugak ikan bakar dia. 




Pergi hotel mesti AR enjoy breakfast dia. hehe. breakfast like a queen. lupa plak nak snap buffet dia. meriah amat. macam2 ada. 








Haa berendam sampai puas. nampak sangat tak plan sebab umi xbw swim suit. main terjun je dengan baju harian. nasib baik tak ada guard datang halau. haha. 



Dah puas mandi kolam jalan ke pantai pulak main pasir. sampai taknak naik la nayli main pacir. Haris sabar ye. anda tidak dibenarkan kang makan pasir kang.

Cantik sangat pantai kat sini. Nayli pun taknak balik. umi nya lagi la taknak. haha


Check out..tunggu papa ambil kereta posing dulu. 


Staff hotel yang sangat friendly. Siap angkut nayli naik troli. hehe

Alhamdulillah...simpan untuk kenangan. sambil share pengalaman disana. best sangat2. 

1 comment:

  1. bestnyaa lama tak bercuti. pening kepala sesak kerja. perlukan break.. hihi sronok anak2 mandi kolam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign