Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: PENGALAMAN BERSALIN DI COLUMBIA ASIA PUCHONG

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

20 September 2017

PENGALAMAN BERSALIN DI COLUMBIA ASIA PUCHONG

kos bersalin di columbia asia


Hai semua...harini baru sempat nak share pengalaman AR bersalin kan Haris di Columbia Asia Puchong awal bulan November lepas..hehe. Haris dah nak masuk 9 bulan dah pun. Tapi takpe lah sekurang2 tercoret juga kenangan dan pengalaman yang paling indah untuk kami berdua. eh family. 

Alhamdulillah...Malam tu 8hb November AR dah rasa lain macam..contraction tak kuat tapi regular. so dah bagitau husband standby lah rasa nak kena pergi hospital dah ni. 

sampai je Columbia Asia terus naik ke labour room untuk cek CTG. masa tu pukul 2 pagi. tu pun dah lama baru decide pergi hospital je lah kang tak lena tidur duk kira berapa kali baby mengeras. hehe. 



Sempat selfie ek sambil ber CTG. Lepak di Labour room terus dari 2 pagi sampai la baby keluar jam 2 petang. haha. 

bersalin di columbia asia

Pukul 5 pagi kalau tak silap AR ni. mula tu suruh suami balik je tidur kat rumah lagi selesa. lagipun nurse kata esok pagi baru bersalin ni. Baru 2 cm kot masa sampai tu. Tapi dia nak tido situ jugak ikut awak lah.  


Tak kenyang sarapan yang hospital sediakan...sampai la suam AR tapaukan nasi lemak special ni. kena makan banyak2 kumpul tenaga. haha

Lepas je baby keluar. AR di transfer ke wad. Memandang single room dah full amik double room. So malam nya suami AR tak dapat teman kan. huhu. Layan la AR sorang2 baby. Mula nya nurse offer nak jaga baby kat nursery dan bagi baby susu fm. AR taknak...AR nak susu kan sendiri dengan susu badan. Kata nya nak bagi AR rehat maklum la penat lagi baru lepas bersalin. "takpe nurse harini je saya penat" ayat sedapkan hati sendiri. haha. Nekad nak breastfeed punya pasal. 


bersalin di columbia asia puchong

Wad double room...ok la kurang privacy skit sebab ada orang kat sebelah kan. . tv tak share yang penting..haha


Masa untuk pulang...1 hari bermalam dekat sini. petang nya pkul 4 petang dah boleh discharge. Alhamdulillah. semua nya sihat.



Lunch tengahari lepas bersalin tu AR minta bubur ayam je..sedapppp. lapar punya pasal tak cukup. kuikui

Sebenarnya tak plan pun nak bersalin kat columbia Asia Puchong ni..Tapi memandangkan Doktor Haslinda yang AR follow up di KPMC tu pindah ke sini. So AR dan husband decide untuk follow dia. Lagipun dekat je kpmc dengan columbia. hehe. So sempat la 2 kali check up kat sana..and then terus bersalin. 



Nenek Haris aka Mak Mertua ku. datang melawat. saje letak gambar dorang kat sini. untuk kenang-kenangan bila Haris dah besar nanti.

Kos bersalin di Columbia Asia haritu lebih kurang Rm3600.00 mula2 masa AR tanya doktor kos bersalin kat sini doktor kata ada diskaun. Kalau tak mungkin cecah Rm5,000.00. Kos masa tu November 2016 ye..So skarang ni tak tau berapa. 

Alhamdulillah baby keempat bersalin secara normal di Columbia Asia Puchong, layanan yang sangat mesra dan baik dari staff nurse dan juga Doc Haslinda. 


SET PANTANG SHAKLEE

SET HAMIL SHAKLEE


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.

Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




1 comment:

  1. Alhamdulillah...Assalammualaikum Haris..dah 9 bulan ya awak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign