Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: JANGAN BAGI UBAT BATUK KEPADA KANAK-KANAK

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

29 October 2017

JANGAN BAGI UBAT BATUK KEPADA KANAK-KANAK

jangan bagi ubat batuk kepada kanak-kanak

UBAT BATUK DAN SELESEMA: PENAWAR ATAU RACUN BAGI KANAK-KANAK?

Batuk dan selesema merupakan satu mekanisme pertahanan diri badan untuk membantu dalam proses pengeluaran kahak secara semula jadi. Kebiasaannya, selesema dan batuk yang dialami adalah ringan dan akan sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan dalam tempoh tertentu. 


Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak. Simptom seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat mungkin mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kanak-kanak. Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan bagi mengembalikan keselesaan dan keceriaan anak-anak.

Ubat yang biasa diberikan dalam rawatan batuk dan selesema adalah antihistamin (seperti chlorpheniramine), antitusif (seperti diphenhydramine) dan dekongestan (seperti pseudoephedrine). Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa banyak kajian telah membuktikan bahawa rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut.

Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan. Kanak-kanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.

Kesilapan dan kecuaian pemberian dos secara berlebihan untuk ubat batuk dan selesema kumpulan antihistamin generasi terdahulu (contoh: diphenhydramine, brompheniramine, promethazine atau chlorpheniramine) kepada kanak-kanak akan menyebabkan kesan advers yang tidak diingini.

Antara kesan advers yang biasa ditemui adalah masalah sistem pernafasan, terlalu mengantuk, sawan, peningkatan kadar denyut jantung dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat juga kombinasi bahan lain yang terkandung dalam ubat selesema dan ubat batuk seperti pseudoephedrine. Bahan ini jika diambil pada dos berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sakit kepala, kekeliruan, masalah jantung dan lain-lain.

Di Malaysia, sebagai langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan pihak syarikat untuk memuatkan amaran keselamatan yang jelas pada label dan sisipan bungkusan pada produk persediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin, antitusif dan dekongestan dalam rawatan batuk dan selesema. Amaran keselamatan tersebut menyatakan bahawa penggunaan ubat batuk dan selesema adalah tidak sesuai dalam kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun.

Alternatif yang boleh digunakan oleh ibu bapa
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dipertimbangkan sebagai alternatif kepada ubat batuk dan selesema sekiranya bayi atau kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah mengalami masalah batuk dan selesema. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah:

1. Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%). Ubat ini boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat dengan mengekalkan kelembapan rongga hidung.
2. Penggunaan alat penyembur kelembapan (Mist Humidifier) juga boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.
3. Menggunakan alat picagari bulb untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.
4. Memastikan pesakit minum air secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan.

Peringatan

Dalam sesetengah keadaan, penggunaan ubat batuk dan selesema amat diperlukan bagi tujuan rawatan untuk pesakit kanak-kanak setelah faedah dan risiko yang berkaitan dipertimbangkan sepenuhnya atas nasihat doktor. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian. Ibu bapa perlu sentiasa peka dan memahami arahan pengambilan ubat pada label ubat dan juga arahan yang disampaikan oleh doktor dan ahli farmasi.

Seterusnya, ibu bapa perlu elak daripada menambah atau mengubah dos yang telah ditetapkan kerana pengiraan dos adalah berdasarkan berat badan kanak-kanak tersebut. Pastikan ubat disukat dengan menggunakan alat penyukat yang tepat seperti picagari. Sukatan dengan menggunakan tudung penyukat, camca atau sudu adalah kurang tepat dan mungkin boleh menyebabkan dos berlebihan.

Selain itu, ibu bapa tidak boleh berkongsi ubat batuk dan selesema kepada pesakit kanak-kanak yang lain walaupun gejala penyakit yang dihadapi adalah sama. Perkara ini adalah kerana jenis dan dos ubat-ubatan dalam rawatan batuk dan selesema adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit.

Ibu bapa haruslah merujuk kepada ahli farmasi jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan penggunaan ubat-ubatan, atau boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Disediakan oleh:

Muhammad Iqbar bin Mohd Aris
Pegawai Farmasi
Hospital Tampin


======================================
Kadang-kadang ada juga doktor yang benarkan makan ubat batuk kalau AR gi klinik. Tapi jarang sangat AR bagi kecuali teruk sangat dan umur anak yang 4 tahun keatas. Semoga ibu bapa sekalian juga dapat berhati-hati dalam memberi ubat pada anak2. 

Sekadar peringatan untuk semua. 


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.

Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign