Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: REVIEW TUNA BAY ISLAND RESORT, PULAU PERHENTIAN

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

04 October 2017

REVIEW TUNA BAY ISLAND RESORT, PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian


Hai semua..Harini AR nak share pengalaman AR di Tuna Bay Island Resort, Pulau Perhentian pada hujung minggu yang lepas. Boleh la buat review untuk uolls yang akan kesana nanti kan. Mudah-mudahan kan. hehe. Sambil tu boleh la AR pahat kan kenangan disana kat blog ni. Mana tau boleh repeat kan. 

Pulau Perhentian

Pemandangan chalet yang mengadap ke pantai ( Seaview)

pulau perhentian

Dari bilik sebelah dalam 

pulau perhentian

Haa chalet AR dalam sikit..tak jauh pun jalan nak ke pantai. kira nya sebelah kanan pandang pantai dah nampak dah. 

pulau perhentian

Masa di Tuna Bay Island Resort tu AR ambil 2 bilik connecting room..so depan dan belakang boleh connect antara satu sama lain. Ini bilik anak dara 3 orang ada queen bed dan single bed.

pulau perhentian

Bilik AR dan saumi dan sikecil tu King Bed 

pulau perhentian

Pandangan dari bilik AR ke bilik anak-anak.

pulau perhentian

Almari dan pantry. Macam2 boleh letak..siap ada towel beach. kalau nak ke pantai guna la towel tu ye. hehe

pulau perhentian

Tandas..ok la tak sempit dan tak luas sangat. hehe

pulau perhentian

Breakfast untuk 2 hari kat Tuna Bay Island resort Restaurant dah termasuk dalam harga bilik 

pulau perhentian

Menu untuk dua hari akan tukar2 la sikit. 

pulau perhentian

 Pemandangan dari restaurant Tuna Bay Island Resort 

pulau perhentian

Makan tengahari Ala Carte je. harga boleh tahan ...Nasi goreng kampung Rm18.00, Tomyam Rm28.00. Untuk 2 hari ok la. duk lama2 kopak jugak kan 


Kedai runcit ada kat sebelah kanan Tuna Bay Island Resort tu. AR tak sempat nak shopping kat sini pun sebab dah bawa bekal makanan ringan untuk anak-anak. Biasa la mak anak 4 ni kalau kemana2 mesti kena ada bekal. umpan diam. ahaks..


Sebelah kiri resort ada 1 gerai kecil kat situ ok juga harga. so kalau nak makan tengahari yang lebih murah dari hotel boleh cuba kat sebelah kiri resort. pun AR tak sempat pergi. Nasi goreng kampung RM10.00 je. Boleh la gilir2 dengan hidangan kat hotel tu. 


Malam nya kita makan dekat sebelah kanannnn lagi dari resort dekat restoren Coconut And Cozy Chalet.Jalan sikit lagi melepasi kedai runcit tadi...seafood restaurant. Kawan husband AR belanja. Memang sedap.Harga tak pasti sebab orang belanja kan. hehe.


Pemandangan waktu malam..cantikkk...nak pergi dinner kena lalu atas ni hehe.

Alhamdulillah...puas hati ambil angin 3 hari 2 malam di sana. terima kasih Tuna Bay Island Resort, Pulau Perhentian. In shaa Allah AR datang lagi. haha kalau sudi bagi diskaun untuk repeat order confirm datang bawa lagi ramai kawan atau family. 


Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



4 comments:

  1. Seronok dpt rehatkan minda ditepi pantai..
    Dah lama akak tak ke pantai..
    InsyaAllah nov ni gi langkawi..

    P/s tq follow dan singgah blog akak.. akak follow back..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..seronok saya pun dah lama dah ke pulau

      Delete
  2. Org dekat ni pon x sampai lagi P.perhentian. adui jeles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi tu lagi best xyah drive jauh2 pun boleh makan angin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign