Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: PERCUTIAN PERCUMA STAR CRUISE LIBRA DAY 5

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

23 December 2017

PERCUTIAN PERCUMA STAR CRUISE LIBRA DAY 5


Alhamdulillah..hari kelima Percutian percuma star cruise libra bangun2 je pukul 5.30 tu Cruise dah masuk Klang dah. Pkul 8 tepat dah berada di boston cruise tu. Senang nak tengok kedudukan kapal kat tv bilik. hehe


Muka tak cukup tidur. Tidur lewat bangun awal. pkul 2 pagi kot tido sebab pkul 1 lebih baru landing and chit chat. lepastu bangan pukul 5.


Breaskfat hari kelima...tak sabar nak balik dah. makan ala kadar. eh ye ke ala kadar. hehe. Teringat kat anak2 kat rumah. Tambah Haris yang menyusu badan.


Sepanjang 5 hari 4 malam atas cruise dan keadaan yang menyusukan baby memang senggara la kalau tak pam kan. hehe..AR memang sengaja skip ESP dan Alfafa. Risau bengkak susu ke apa. Bila pam sayang nya la hai nak buang. Ikutkan boleh je simpan EBM dan bawa balik. Tapi rasa leceh pulak. lagipun Haris tak minum susu ebm. So tiap kali pam memang AR buang je. Kekonon sayang nak buang masuk la dalam botol mineral dulu. Dah basi baru buang. huhu. Tiap kali buang teringat kat Haris. Sedih tau. Sedangkan dia tengah rindu susu umi. huhu


Ok dah..Lepas sarapan terus angkut beg tempat berkumpul. Dan Shaklee bagi feedback form untuk kami isi dan komen tentang percutian yang dah disediakn. overall bagi AR sangat2 superb. Semua nya Excellence. hikhik. Bukan bodek ek jujur tau. Memang best. Tak rasa bosan langsung enjoy sangat2. Untung suri rumah ni kan. hehe


Hand luggage. Alhamdulillah takde la beranak banyak sangat beg AR. hehe. Setakat cokelat je 2 beg tangan tu ok je. Tapi boleh tahan jauh jalan tu berat la jugak. Nasib baik tak beli corelle kat langkawi. Kalau tidak mau senget bahu.


Bergambar kenangan dengan Bff AR, ini la upline AR dalam shaklee yang bertanggungjawab semua ni. hehe. Beliau juga kini dah jadi work at home mom buat shaklee fulltime sama macam AR. Syok kongsi kisah hidup sebagai WAHM sambil2 bercuti. 'me time' free uolls. uhuk


Sempat naik ke deck 9 ambil gambar pagi tu. nampak tu kena jalan jauh jugak tu.


Check out time.


Turun tangga dari cruise. tinggi jugak. yang kena bawa luggage sendiri kesian la kan.


Pemandangan dari tangga keluar cruise. sepanjang kapal tu dan tambah lagi 100m kena berjalan. agak terasa la jugak. sepatut nya ada buggy untuk orang yang memerlukan. Tapi AR tak perlu la kot. Bagi kat orang yang memerlukan je. hehe


Last but not least bergambar dengan Star Cruise Libra. Till we meet again. Thank you. Kenangan terindah


Dah jalan 200m tu Luggage dah ada tunggu kat tempat ambil beg. Tunjuk kad cruise kita je nanti crew akan tunjukkan beg kita kat mana. Alhamdulillah lengkap dah beg.


Staff Shaklee dah standby depan pintu untuk tunjuk arah ke bas balik Sunway Geo. Dijangka sampai ke Sunway pukul 11. Pukul 10.30 dah sampai. hehe


Sempat bergambar kenangan dengan one of my sideline dalam shaklee. Beliau juga ibu kepada 4 orang anak macam AR. Buat fulltime Shaklee dari rumah. Layak dapat tiket percuma percutian ni. uwaaaa...bangga pulak rasa. Tahniah untuk diri sendiri. hehe.


Kembali bersatu. Terus lunch di Lan Kedah. Cik abang tengah ambil nasi we olls wefie la. hehe. Rindu serindu2nya ni. Terima kasih kesayangan-kesayangan umi sebab bagi peluang kat umi merasa percutian percuma gi Star Cruise Libra yang diberi oleh shaklee. Umi sangat hargai. Terutama izin suami. i love u olls lah. hehe

Itu saja tamat la Shaklee Incentive Trip 2017. Berharap sangat tahun kehadapan akan dapat tiket lagi lebih2 lagi. Boleh bawa uolls sekali. hehe




Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com


Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



3 comments:

  1. Wah seronoknya bercuti free naik cruise libra. Wishlist ana juga ni tau.

    ReplyDelete
  2. wah syoknya pengalaman naik cruise libra. Free lak tu. terbaik

    ReplyDelete
  3. Memang teringin sangat untuk naik kapal cruise seperti ini. I've heard there was an agent yang provide pengalaman naik kapal yang bertemakan Islam. Might try that!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign