Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: SINGGAH DI TOK AMAN BALI BEACH RESORT

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

09 January 2018

SINGGAH DI TOK AMAN BALI BEACH RESORT


Cuti sekolah bulan 12 lepas AR and family balik kampung. Singgah la di Tok Aman Bali beach Resort ni semalaman. Haha sempat singgah ek padahal kampung tak sampai 30km dah dari Tok Bali. Nak balik Bachok je pun. Tu la husband titew kalau tak menyinggah tak sah. 



Papa tengah berurusan Check in dorang posing kat lobby..ada la ala2 bali skit, Muka tak sabar dah nampak kolam. 


Masa ni nak keluar makan malam. 


Bilik ni dilengkapi 1 katil king..dan sofa panjang tu boleh tina tidur situ. hehe. Malam nya rapat kan ke katil boleh la 2 orang tidur. lain2 susun la kita orang atas katil tu. haha. 


View dari bath tub. boleh tengok tv sambil berendam ek. hehe


View belakang bilik mengadap tasik. Tak pasti tasik apa.


Luas sangat bilik ni. senang haris nak pusing2 test kaki. maklum la baru boleh berjalan. 


Peti ais. takde apa pun letak air mineral bagi sejuk je. hehe..jarang jumpa hotel yang sediakan bakul baju kotor kat bawah tu. yeke bakul baju kotor. ahakss. Buka pintu..jalan sikit ke depan dah nampak pool dia. 




Bilik air pun luas. Kakak pergi mandi kolam..2 beradik ni berendam kat bilik je lah. sambil tengok tv.


Masa nak pergi breakfast jumpa pulak buaian ni. haaa menyinggah la dulu. umi dah lapar ni. 


Menu sarapan pagi tu nasi minyak. pelik jugak AR nasi minyak makan dengan gulai ikan tongkol. ingatkan nasi dagang. Budak2 makan koteow goreng dan koko krunch.


Lepas sarapan pergi main taman sekejap sebelum terjun kolam 



Malang nya gelongsor air tutup. huhu baru nak main gelongsor2 masuk air ek kakak. Kakak la muka frust. tapi ok je janji boleh berendam.



Umi mandi sekejap je, sejuk..masa ni musim hujan kat pantai timur so cuaca pun mendung je air kolam lagi la sejuk. ngeee...budak2 apa heran. 



Lepas mandi kolam kelaparan. order chicken chop. Kakak tina suka sampai nak tambah. agak murah kalau kelas hotel. Japgi papa balik beli nasi makan tengahari dah. so alas perut je lah.


Dah petang sikit ajak pergi play room. Hmmm macam hidup segan mati tak mau je. hehe. Tapi boleh la untuk isi masa lapang kita orang. papa keluar jumpa kawan. haih.

Papa balik jumpa kawan.turn umi pulak nak "me time". ahakss

TOK AMAN BALI SPA


Orang pompuan kalau dapat masuk bilik ni mesti suka sangat2 kan. hehe. Sementara ada masa petang tu. AR sempat la amik pakej "aromatherapi massage" seingat AR rate dia Rm140 untuk 1 jam. 


Masuk spa terus rasa suasana relax dan bau aromatherapy.


Laluan ke bilik urut. 


Jacuzi dan sauna pun ada..Kalau duduk sini lama2 mesti AR dah try ni jugak. haha. Berangan..Tapi cik abang bagi masa 1 jam je. haha..Si kecik tu tak boleh tinggal lama2 masih menyusu badan kan. 


Alhamdulillah..Best manjakan diri di Tok Aman Bali Spa ni. In shaa Allah kalau ada masa nak datang lagi. hehe. Kalau balik kampung dan boleh singgah lagi kan. 







Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.





16 comments:

  1. Bilik dia nampak mewah. Besar pulak tu. Memang sesuai untuk duduk satu family dalam bilik tu.

    ReplyDelete
  2. menariknya tempat dia.. dah lamaa tak datang kelantan.. rasa dah puluh tahun kot..hahaha.. boleh masuk dalam list ni kalau tetibe nak ke pantai timur..anyway, thanks for the info.

    ReplyDelete
  3. Nampak cantik & menarik. Berapa harga ye? Mcm tak jumpa pulak kat entry ni, ke tak perasan ntah. Mmg tgh tercari2 tmpt best kat kelantan utk family day.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view tasik tu. Kolam pun besar. Menarik sangat tempat ni.

    ReplyDelete
  5. lama dah tak jalan kat area Kelantan .. ada rezeki nak gak berjalan ke sana

    ReplyDelete
  6. cantiklah tempat ni teringin nak bermalam situ! oklah tu suka singgah singgah sebab abah sha kalau nak pergi mana mana jenis tak suka menyinggah huhu.

    ReplyDelete
  7. Menarik juga!Bilik ia pun besar. View bilik mengadap kolam tu pun cantik tapi kita hanya pernah lalu je kawasan ni tak pernah singgah huhu

    ReplyDelete
  8. Kalau saya ada tempat macam ni walaupun dekat sebelah rumah mesti pergi sebab apa ada swimming pool yang besar. Tengok dalam kemas menarik best lak.....

    ReplyDelete
  9. menarik juga bercuti disini bersama famili. Budak2 memang suka lah dapat main air ye. Dah ada tempat urut aromaterapi tu memang kena menyinggah lah.

    ReplyDelete
  10. Tempat menarik, pemandangan pun cantik..bilik pun nampak mewah sgt..SA x pernah ke sini..boleh la masuk dlm wishlist ni..

    ReplyDelete
  11. Ingatkan gi Bali lah tadi..hehehe. Nampak menarik gak tempat dia ya. Kalau ke area sana dah tahu lah mana nak stay nanti

    ReplyDelete
  12. Teringin nak ke Bali... belum pernah sampai, bilik ni nampak sangat selesa dan besar... sesuai dengan family Bonde

    ReplyDelete
  13. Tak dapat pergi Bali pergi sini pon jadilah.... he he he

    ReplyDelete
  14. good place for whole family. so relaxing sana

    ReplyDelete
  15. the place looks good, i always prefer hotel room with bathtub! then that's the only time we can pamper ourselves with a soak. haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  16. nampak mewahhhh.. tp ok la.. best.. spend masa dengan keluarga kan. sesekali.. part spa tu mesti best kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign