Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: February 2018

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

08 February 2018

YOUTH SKIN CARE TERBARU DARI SHAKLEE

set penjagaan kulit shaklee

Look Younger Longer itu lah tagline untuk YOUTH ni. Maklum lah 100% wanita yang menggunakan Youth ni telah terbukti secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda.

Youth di bangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, indeks usia kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan Youth terhadap penampilan dan usia kulit. keputusan nya adalah luar biasa. 2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan Youth. Wow sangat kan! 10 tahun lebih muda tu. 

Keputusan klinikal tanpa kompromi

Produk Youth terbukti selamat, tulen dan berkesan kerana produk Youth adalah 

 - 100% vegan
 - Hipoalergenik
 - Non-Comedogenic(tidak menyumbatkan liang pori)
 - Diuji oleh ahli dermatologi
 - Diuji oleh ahli oftalmologi 

Juga Bebas dari lebih 1500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh dipersoalkan yang tidak akan ada dalam mana2 produk Youth. Antara nya adalah seperti dalam jadual diatas.


Kuasa Botanikal dan Bahan-bahan yang 100% semulajadi 

Asas kepada kulit cantik dan kelihatan muda adalah pembaharuan sel. Kulit yang muda melakukan ini dengan mudah. Apabila umur meningkat, pembaharuan sel menjadi perlahan dan kurang menghasilkan kolagen serta elastin. Tidak seperti penjagaan kulit biasa. 

Teknologi Youth menangani penuaan bukan sahaja pada permukaan kulit malah menyasarkan pada peringkat sel kulit anda. Youth Complex yang dalam proses patern, dengan mengaktifkan protein Youth untuk menajana sel menghasilakn lebih kolagen dan elastin, membantu kulit anda bertindak lebih muda, supaya anda boleh Kekal Muda, Jelita

Muscadine Grape 
Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan dan elastin

Lotus Japonicus 
Youth Complex yang dalam proses paten digabungkan dengan Lotus Japonicus mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH dihasilkan dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Apple Stem Cell Extract
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelhatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

Schisandra Chinensis Fruit Extract 
Secara traditionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti oksida

Vital Repiar+ Complex
Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.
Step By Step menggunakan produk penjagaan kulit Youth. Next entry AR cerita step terperinci termasuk kegunaan setiap produk ye. tungguuu.



Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.

Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

                     
                                                            

06 February 2018

SEKITAR DI SHAKLEE BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE 2018



Hai korang..Harini AR nak share dengan korang pengalaman AR ke Shaklee Business Leader National Conference 2018 yang AR hadir pada hari sabtu lepas iaitu 3hb Februari. Setiap tahun Shaklee akan adakan event ni untuk memanggil semua leader yang aktif dan effective sepanjang tahun untuk menyampai kan dan membentangkan amanat mereka serta planning untuk tahun cycle yang akan datang. Biasa nya bulan Februari lah. Alhamdulillah tahun ni adalah tahun kelima AR di barisan leader. atau pemimpin Shaklee yang layak dan income 4 angka.

So korang yang suri rumah tu jangan pernah menyerah. Kita kat rumah tak semestinya kena duduk rumah je tau. Do something for your future. eh eh kesitu pulak. Ok sambung. 


Pagi tu ada light breaksfast di luar convention centre. Sambil beratur untuk pendaftaran boleh jamah sikit untuk ber conference kan. Sedap pulak kuih lapis ni. AR hampir 6 7 ketul jugak habis. haha. Bihun goreng tak pandang pun. sabor je lah


Masing-masing sedang sarapan dan menunggu rakan-rakan pemimpin yang lain sampai sempat la posing. Alhamdulillah ini lah group yang selalu support AR tak kira macam mana keadaan pasti ada yang bagi semangat. Dalam 7 orang ni. 5 orang daripadanya adalah suri rumah yang memegang bonus 4 angka tau. 1 orang adalah doktor dan lagi sorang masih bekerja juga. ada ramai lagi tak sampai atau tengah busy untuk pendaftaran. hehe


Masuk je convention centre..dah sarapan telan Bcomplex 1 biji, Omega Guard 3 biji dan Coq Trol Plus yang dibekalkan oleh pihak Shaklee masa daftar tadi. Dengan tujuan untuk bagi tenaga sepanjang hari nak conference kan. Hehe apa pun AR memang salute sebab memang tak rasa mengantuk langsung. cergas lagi ada sampai ke malam. 

Bayangkan AR sampai rumah dengan anak2 4 orang (singgah rumah mak dulu ambil anak2) tak rasa macam baru balik conference pun. Haih tak boleh jadi ni. Nak kena beli Coq Trol Plus jugak untuk diri sendiri. Pandai Shaklee buat marketing. haha


Sepanjang conference banyak yang Shaklee dah sediakan dan beri pada pengedar2 nya. plan untuk tahun 2018/2019 dan Shaklee juga umumkan reward yang bakal pengedar nya dapat jika capai stage tertentu. Antara nya..haha kena ke cakap ek. Cakap satu je lah ye...Percutian percuma ke Phuket dan Ke San Francisco secara percuma macam AR tahun lepas layak percutian percuma star cruise libra

So tahun ni kena la fight untuk ke Phuket atau ke US. waaa best nya. Sebenarnya tiket2 ni akan datang sendiri bila kita share share dan buat je apa yang mentor ajar. In shaa Allah. 


Lepas dah dengar amanat untuk cycle 2018/2019 rehat dulu dan Shaklee dah sediakan lunch untuk semua. Makanan dia MasyaAllah sedap sangat. AR tak jamah nasi pun sebab tengok lauk2 dia sedap sangat. So ratah lauk je lah. Haha. Lunch dengan leader di bawah ZNZ Empire. 

Dua orang ni lah yang tak pernah putus semangat untuk ikut AR dalam Shaklee ni. Mereka juga penerima bonus 4 angka. Dan kami adalah suri rumah yang menjana pendapatan dari rumah dengan Shaklee. Eh ada ke orang nak jemput suri rumah makan macam kat hotel secara percuma macam ni? ish..Shaklee ni. hehe.


Ini pinggan kedua dah tau. hehe..Makan banyak tak risau sebab dah telan omega guard pagi tadi. Ahakss




Hidangan dia memang ala2 hotel. Hotel 5 bintang ok. Sedap sangat. baby octopus tu 2 kali AR tambah. haha. Asam pedas pun marbeles. hik. citer pasal makanan pun panjang jugak ke. ahakss


Masa lunch tu kita wajib bergambar dekat sini. Bersama barisan pemimpin AR dan upline AR. Jacky. beliau datang dari jauh Terengganu tu sanggup turun tau. Memang sangat komited dengan bisnes Shaklee ni. Mana AR tak terpaut nak buat Shaklee bila tengok dia. Duk rumah pun income kepuk2 sape taknak kan. 


Sempena Business Leader National Conference ni juga la Shaklee memperkenalkan produk skin care terbaru YOUTH. Waahh yang best nya. Shaklee bagi eksclusive purchase untuk semua pemimpin yang hadir hari tu tau. Diskaun sehingga 47%. ada banyak free gift lagi. So AR harus la tak lepas kan peluang nak grab skin care ni. Nak juga feel "Look Younger Longer" kan. (Nampak gemuk la pakai baju nih..haha. abaikan ye. yang sebenarnya AR kurus je. haha 



Ada pameran dan tester kat sudut YOUTH. So sempat la test dari cleanser sampai la ke serum dan vitamin c dan e Youth. kat tangan je tau. tu pun dah rasa lain kat tempat test tu. terus tak sabar AR ni nak unboxing beg Youth sendiri. 

Eksklusif untuk semua pemimpin yang hadir National Conference dapat payung YOUTH!! harus la posing bersama set Youth hakak. hehe


Ada nampak mummy happy tak? haha gila tak happy dah ku sambar 1 set untuk diri sendiri. Tak salah kot untuk reward diri sendiri kan walaupun harga nya sangat lah cun. hehe.

Yang pasti stok yang Shaklee pada hari conference tu sangat limited. Jadi semua pemimpin yang cuma layak beli 3 set seorang sahaja. Apa lagi kita penuh kan lah quota tu kan. Alhamdulillah ada yang berminat untuk beli. hehe So AR 1, dia satu, dia satu. haha

Nanti AR buat entry khas untuk produk Youth ni tau. Best sangat. tak sabar!!!!

Itu saje lah untuk Shaklee Business Leadear National Conference 2018 tempoh hari. Alhamdulillah dapat banyak manfaat untuk AR dan menambahkan lagi keyakinan bisness dengan Shaklee. Siap bawa turun saintis yang buat Youth ni tau. Motivasi juga dah meningkat. kalau tak tak tau la masuk blog ke tak event ni nih.hahaha. 


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

05 February 2018

PROMOSI FEBRUARY ~ COLLAGEN POWDER DAN VITAMIN C SHAKLEE

HARGA COLLAGEN SHAKLEE

Promosi best untuk korang yang sangat pentingkan kecantikan dan keremajaan kulit wajah. Iaitu Beli Shaklee Collagen Powder 4 kotak beserta 1 botol Sustained Release Vitamin C korang akan dapat diskaun 10% . Best tak?

Mesti la best sebab kolagen dan vitamin c adalah sahabat baik kulit untuk memastikan kulit kita sentiasa muda dan berseri2. ecehhh tipu la sape tak suka kulit cantik secara semulajadi kan. 

harga kolagen shaklee


Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada anda 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.

Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Kolagen Shaklee mempunyai berat molekul yang rendah untuk penyerapan yang tinggi.

Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja

Tahukan Anda?

Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit. Kolegen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.

Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Untuk menjadi lebih sihat dan muda kena la tingkatkan pengambilan kolagen tau. hehe. So jangan lepaskan peluang untuk order sepanjang promosi ni. AR harus la tak lepaskan peluang ni.

harga vitamin c shaklee

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.

Tahukah Anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Kalau korang berminat untuk dapatkan dua produk ni tersangat AR alu-alukan untuk beli bulan februari tau. Dengan pembelian set promosi ni korang layak untuk dapat percuma keahlian shaklee. maka nya korang akan jimat Rm70.00 dan akan dapat cash bonus balik dalam Rm40.00. Banyak sangat jimat tu kan. apa lagi contact AR terus tau. Kita citer panjang2 lagi nanti. hehe


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign