Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: SEKITAR DI SHAKLEE BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE 2018

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

06 February 2018

SEKITAR DI SHAKLEE BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE 2018



Hai korang..Harini AR nak share dengan korang pengalaman AR ke Shaklee Business Leader National Conference 2018 yang AR hadir pada hari sabtu lepas iaitu 3hb Februari. Setiap tahun Shaklee akan adakan event ni untuk memanggil semua leader yang aktif dan effective sepanjang tahun untuk menyampai kan dan membentangkan amanat mereka serta planning untuk tahun cycle yang akan datang. Biasa nya bulan Februari lah. Alhamdulillah tahun ni adalah tahun kelima AR di barisan leader. atau pemimpin Shaklee yang layak dan income 4 angka.

So korang yang suri rumah tu jangan pernah menyerah. Kita kat rumah tak semestinya kena duduk rumah je tau. Do something for your future. eh eh kesitu pulak. Ok sambung. 


Pagi tu ada light breaksfast di luar convention centre. Sambil beratur untuk pendaftaran boleh jamah sikit untuk ber conference kan. Sedap pulak kuih lapis ni. AR hampir 6 7 ketul jugak habis. haha. Bihun goreng tak pandang pun. sabor je lah


Masing-masing sedang sarapan dan menunggu rakan-rakan pemimpin yang lain sampai sempat la posing. Alhamdulillah ini lah group yang selalu support AR tak kira macam mana keadaan pasti ada yang bagi semangat. Dalam 7 orang ni. 5 orang daripadanya adalah suri rumah yang memegang bonus 4 angka tau. 1 orang adalah doktor dan lagi sorang masih bekerja juga. ada ramai lagi tak sampai atau tengah busy untuk pendaftaran. hehe


Masuk je convention centre..dah sarapan telan Bcomplex 1 biji, Omega Guard 3 biji dan Coq Trol Plus yang dibekalkan oleh pihak Shaklee masa daftar tadi. Dengan tujuan untuk bagi tenaga sepanjang hari nak conference kan. Hehe apa pun AR memang salute sebab memang tak rasa mengantuk langsung. cergas lagi ada sampai ke malam. 

Bayangkan AR sampai rumah dengan anak2 4 orang (singgah rumah mak dulu ambil anak2) tak rasa macam baru balik conference pun. Haih tak boleh jadi ni. Nak kena beli Coq Trol Plus jugak untuk diri sendiri. Pandai Shaklee buat marketing. haha


Sepanjang conference banyak yang Shaklee dah sediakan dan beri pada pengedar2 nya. plan untuk tahun 2018/2019 dan Shaklee juga umumkan reward yang bakal pengedar nya dapat jika capai stage tertentu. Antara nya..haha kena ke cakap ek. Cakap satu je lah ye...Percutian percuma ke Phuket dan Ke San Francisco secara percuma macam AR tahun lepas layak percutian percuma star cruise libra

So tahun ni kena la fight untuk ke Phuket atau ke US. waaa best nya. Sebenarnya tiket2 ni akan datang sendiri bila kita share share dan buat je apa yang mentor ajar. In shaa Allah. 


Lepas dah dengar amanat untuk cycle 2018/2019 rehat dulu dan Shaklee dah sediakan lunch untuk semua. Makanan dia MasyaAllah sedap sangat. AR tak jamah nasi pun sebab tengok lauk2 dia sedap sangat. So ratah lauk je lah. Haha. Lunch dengan leader di bawah ZNZ Empire. 

Dua orang ni lah yang tak pernah putus semangat untuk ikut AR dalam Shaklee ni. Mereka juga penerima bonus 4 angka. Dan kami adalah suri rumah yang menjana pendapatan dari rumah dengan Shaklee. Eh ada ke orang nak jemput suri rumah makan macam kat hotel secara percuma macam ni? ish..Shaklee ni. hehe.


Ini pinggan kedua dah tau. hehe..Makan banyak tak risau sebab dah telan omega guard pagi tadi. Ahakss




Hidangan dia memang ala2 hotel. Hotel 5 bintang ok. Sedap sangat. baby octopus tu 2 kali AR tambah. haha. Asam pedas pun marbeles. hik. citer pasal makanan pun panjang jugak ke. ahakss


Masa lunch tu kita wajib bergambar dekat sini. Bersama barisan pemimpin AR dan upline AR. Jacky. beliau datang dari jauh Terengganu tu sanggup turun tau. Memang sangat komited dengan bisnes Shaklee ni. Mana AR tak terpaut nak buat Shaklee bila tengok dia. Duk rumah pun income kepuk2 sape taknak kan. 


Sempena Business Leader National Conference ni juga la Shaklee memperkenalkan produk skin care terbaru YOUTH. Waahh yang best nya. Shaklee bagi eksclusive purchase untuk semua pemimpin yang hadir hari tu tau. Diskaun sehingga 47%. ada banyak free gift lagi. So AR harus la tak lepas kan peluang nak grab skin care ni. Nak juga feel "Look Younger Longer" kan. (Nampak gemuk la pakai baju nih..haha. abaikan ye. yang sebenarnya AR kurus je. haha 



Ada pameran dan tester kat sudut YOUTH. So sempat la test dari cleanser sampai la ke serum dan vitamin c dan e Youth. kat tangan je tau. tu pun dah rasa lain kat tempat test tu. terus tak sabar AR ni nak unboxing beg Youth sendiri. 

Eksklusif untuk semua pemimpin yang hadir National Conference dapat payung YOUTH!! harus la posing bersama set Youth hakak. hehe


Ada nampak mummy happy tak? haha gila tak happy dah ku sambar 1 set untuk diri sendiri. Tak salah kot untuk reward diri sendiri kan walaupun harga nya sangat lah cun. hehe.

Yang pasti stok yang Shaklee pada hari conference tu sangat limited. Jadi semua pemimpin yang cuma layak beli 3 set seorang sahaja. Apa lagi kita penuh kan lah quota tu kan. Alhamdulillah ada yang berminat untuk beli. hehe So AR 1, dia satu, dia satu. haha

Nanti AR buat entry khas untuk produk Youth ni tau. Best sangat. tak sabar!!!!

Itu saje lah untuk Shaklee Business Leadear National Conference 2018 tempoh hari. Alhamdulillah dapat banyak manfaat untuk AR dan menambahkan lagi keyakinan bisness dengan Shaklee. Siap bawa turun saintis yang buat Youth ni tau. Motivasi juga dah meningkat. kalau tak tak tau la masuk blog ke tak event ni nih.hahaha. 


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

21 comments:

  1. Meriah!! Suka event Shaklee rasa exclusive sangat kan

    ReplyDelete
  2. Memang bes event Shaklee ni. Dapat jumpa ramai orang dan banyak info terbaru dari Shaklee utk cycle depan

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Orang kuat shaklee ni. Produk hebat dan terbaik,setakat hari ini.

    ReplyDelete
  4. tahniah. semoga terus berjaya.
    few of my friends ada attend juga ni, ada diorang update di fb.
    shaklee produk bagus. utk kesihatan.

    ReplyDelete
  5. wow last time i dah pernah pergi event shaklee ni memang meletop je event nya ! Sekarang pun meletop lagi, eh macam menarik je skincare youth tu alamak ruginye tak pergi grabb promosi hampir 50% -3% LAK TU

    ReplyDelete
  6. meriahnya event shaklee..lagi meriah tengok hadiah2 yang memberi semangat kat ahli2nya..wow p phuket dan US plak kali ni ye..all the best ok

    ReplyDelete
  7. Menarik ada skin care jugak. Semoga berjaya dalam bidang shaklee.

    ReplyDelete
  8. Wow.. tahniah.. coming soon kita akan ikut jejak awak.. hehehe.. baru nak mulaa

    ReplyDelete
  9. Wahhhhh! Shaklee makin maju selangkah kerana adanya produk skincare terbaharu dari Shaklee. Satu oencapaian yg baik. Onie respek pada ibu2 yang pandai cari peluang untuk berniaga dan moga dengan perniagaan ini, akak terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya ya.

    ReplyDelete
  10. banyak rupanya event shaklee ni. bertuah ahli2 mereka

    ReplyDelete
  11. Meriah majlis.. Semoga terus sukses sis dalam perniagaan.

    ReplyDelete
  12. Meriahnya event. Tapi I is tertatik dengan makanan-makanan tu. Semua nampak sedap. Perut ang kenyang pon jadi lapar balik ☺

    ReplyDelete
  13. Bisness shakler ni sebenarnya blh perginjauh. Since produk dia mmg org kenal dan tabu. Dan dia mmg dah ada pengguna tetap

    ReplyDelete
  14. wah besnya...saya suka jgk shaklee sebab ramai kawan buat shaklee dan nampak positif testimoninya. event ni nampak meriah sgt dan lisa believe banyak ilmu tentang product dpt di sini kan.

    ReplyDelete
  15. wah, bestnya diiktiraf dan dihargai dalam event mcam ni. Bukan saja produk Shaklee ni bagus, dapat pula kembangkan networking dengan event-event macam ni

    ReplyDelete
  16. Wah meriahnya event shaklee.makanan pun sedap dan meriah.semogs terus maju dan berjaya di dalam Shaklee. Ramai orang yang hebat hebat di Shaklee ni

    ReplyDelete
  17. Wah shaklee dah ada skincare baru ye. Tahniah shaklee dan tahniah kepada semua team leader yang bertungkus lumus untuk shaklee. Bestnya event you all. Gempak tu

    ReplyDelete
  18. Tahniah usahawan2 hebat Shaklee..lama Shaklee bertahan..produk baru pun makin banyak dikeluarkan kan..semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
  19. Ramai betul usahawan shaklee sekarang. Bagusnya masa convention pun pihak penganjur bagi makan supplement dulu. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  20. wah bestnya dapat pi event macam ni.. selain dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan dapat juga enjoy dengan hidangan yang lazat-lazat.. eh.. makan lauk je? nasi tak makan ke? hehe.. apa-apa pun shaklee memang dah dikenali ramai..

    ReplyDelete
  21. Sedapnya baby octopus.. favourite tu.. tapi biasa makan kat restoren jepun je. Tapi ada jugak kat majlis ni. Memang terbaik la majlis ni. suasana pun meriah dan membangkitkan semangat. apepun, all the best utk AR.. ramai jugak kawan2 sy yg jd usahawan shaklee ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign