Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: March 2018

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

13 March 2018

KELAS MAKE UP ZERO TO GOJES BY CHE GU JUE DI PUCHONG DAN SEKITAR LEMBAH KLANG

Bersama che gu jue dapat sijil uolls

Hai uolls, saje nak share haritu AR ada join satu kelas Make up ni di Puchong Perdana bertempat di Mai Home Spa. Kelas tu diberi nama Kelas Make Up Zero To Gojes By Che Gu Jue. Ha ha gedik tak nak belajar make up padahal bukan duk make up pun. Ye la kena la belajar mana tahu lepas ni boleh make up sendiri. apa2 pun memang best kelas ni. Cikgu dia ialah kenalan AR juga. Kami kenal asbab Shaklee lah...beliau adalah salah seorang downline AR. Beliau memang ada buat kelas2 macam ni. Alang2 dekat dengan AR dan kebetulan AR nak shoot produk baru Shaklee terus la join. Sambil tu boleh belajar make up kan.

Che Gu Jue sangat cantik haritu dengan make up dia yang simple and natural. eh...haha. Anak 4 orang kot. Tapi badan slim melim comel. Sangat mesra dan profesional cara dia mengajar. Best...Suka nyakat orang. AR la selalu kena. huh.



Kelas ni bermula jam 10 pagi sampai 4.30 petang. sesi pagi kami didedahkan dengan maklumat tentang wajah dulu la kan. serta demo make up. Lepas makan tengahari (Makan nasi ayam sedap..hehe) dan solat baru start make up 


Belajar kenal bentuk muka dulu ye


Belajar bentuk dan cara bentukkan kening.


Che Gu Jue tunjukkan demo macam mana nak make up dan gunakan alatan make up. Tips yang Che Gu Jue share juga adalah kena la miliki kulit yang sihat dan cantik baru la make up pun cantik kan. Kalau nak tutup dengan make up tak semua kecacatan pada wajah boleh ditutup. Kalau dah tebal sangat tak cantik jugak uolls. Sikit-sikit setakat parut jerawat dan jeragat boleh lagi. kannn. 


Haa...pakat test dulu nanti tengok la jadi apa muka masing-masing. Che Gu Jue akan pergi pada one to one untuk bantu para peserta. Seronok sebab semua nya zero kan. So kita pun tak malu nak conteng-conteng.


Gaya je lebih ni..Tapi takut2 nak conteng muka sendiri. Kening pun atas bantuan Che Gu Jue. hehe tak konfiden la kan..tak tau senget ke tak sama ke tak. Last2 give up panggil Che Gu buat. AR memang tak pernah ada alatan make up. Memang zero sebab tu kena pergi kelas ni kot. 


First time pegang dan kenal concealer ke pebenda dah. Nampak tu pun dah tak ingat. Nak bagi nampak bentuk muka tu kan. Lepas belajar ni baru la tau kenapa sebelum-sebelum ni duk tengok dalam facebook duk viral kenapa la dorang conteng-conteng muka lepas tu jadi cantik. ahakss...ape la kan. 



Alatan yang disediakan oleh che gu Jue... Koleksi peribadi beliau. Nanti nampak AR masuk Sephora terkial2 jangan tanya kenapa. hehe. Ada lagi yang tak masuk gambar. Tak sempat nak snap banyak-banyak. Tengah fokus kelas...poyo kan tu. hehe


sebelum make up...Kami diberi rawatan oxsigen infusion dulu dan guna serum dermashine by Mai Home Spa...Best lepas pekena tu rasa fresh je muka. tak sampai 10 minit pun. Kak Mai pemilik spa tu buat facial lepas tu guna mesin ni untuk oxsigen tu. sejuk je muka.


Dah kenapa budak Ruby ni posing camtu. hehe...cantik Ruby make up...terus jadi Linda Rafar. Ruby adalah salah sorang downline AR. Saje ajak dia join sekali. Alhamdulillah dua2 suri rumah ni dapat join kelas ni. hikhik




Tadaaa....ini lah hasil main make up - make up dengan Che Gu Jue haritu. hehe. Cantik tak. Keras je rasa nak posing. iolls tak biasa uolls. harap maaf la ye. Nak senyum pun dah tak tau macam mana nak senyum. Janji masuk gambar. Boleh la guna gambar-gambar ni untuk bisnes AR ni. kannn...Dapat la dua dalam satu pergi kelas ni. Suka tak?


Sempat posing kat bath tub spa ni..hehe. tumpang ye kak.


Tepat jam 4.30 petang bergambar dengan semua peserta. yang baju merah tu la owner spa dan yang buat kan facial kat iolls. Lepas bergambar AR sambung photoshoot..Pukul 5 baru balik. hikhik. maaf kan hamba.

Alhamdulillah...best. satu pengalaman baru untuk AR ni. Lepas ni jumpa alat mekap tak de la kaku tak tau nak buat apa kan. AR pun dah boleh belajar2 nak make over kan. kata nak jadi orang bisnes. Penampilan kena la jaga. Kulit sihat, badan sihat, penampilan pun cantik baru la orang nak bisnes dengan kita. betul tak?

Kalau uolls berminat boleh je kita jemput che gu jue buat kelas sekali dengan demo facial by Youth by Shaklee. produk baru ni dah di kaji 8 tahun tau baru la dapat di pasarkan. 8 patern dan 8 patern pending...Memang ekslusif sangat. Setakat AR guna ni dah rasa sangat improve kulit AR terutama skali bab liang pori dan parut-parut degil tu. eh kesitu pulak. next time k kita citer pasal Youth. hikhik. Bye!



Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.


Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign