19 April 2018

7 VITAMIN PENTING SEMASA HAMIL JIKA NAK BAYI YANG SIHAT DAN BIJAK

set hamil shaklee

Assalamualaikum bakal ibu dan mommy sekalian..harini AR nak share 7 vitamin penting semasa hamil jika nak bayi sihat dan bijak. So kena jaga2 tau aspek pemakanan semasa hamil amat perlu dijaga kerana ia membekalkan sumber nutrien yang bakal diserap tubuh untuk membantu proses perkembangan diri bayi dalam kandungan. Bukan itu sahaja ye...ia juga diperlukan untuk penjagaan kesihatan diri uolls sendiri yang bakal melalui proses kehamilan dan seterusnya melahirkan bayi dalam masa terdekat. Jadi nya badan dan fizikal kena la sihat dan cukup nutrien.

Pertumbuhan dan perkembangan otak bayi bermula seawal usia dalam kandungan bermula dengan pembentukan neural plate embrio sekitar hari ke 16 selepas disenyawakan. Hari demi hari proses pembentukan saraf dan otak bayi akan berkembang pesat sehingga ia menjadi lengkap hingga lah ia dilahirkan.

Oleh sebab itu, kita bakal ibu dan mommy yang bijak ni perlu lah ambil berat soal pemakanan. Ini penting bagi memastikan proses perkembangan otak bayi berjalan dengan lancar dan sempurna. Semasa hamil anda perlu mengambil vitamin tambahan seperti yang disarankan oleh doktor. AR sendiri memang dipantau oleh doktor akan pengambilan vitamin Shaklee. Doktor akan bagi nasihat berkenaan dose dan pengambilan nya. Alhamdulillah beliau tak ada masalah dengan pilihan AR.

Antara vitamin penting semasa hamil ialah

1. Asid folik adalah nutrian penting dalam pembentukan sel otak dan untuk memastikan bahagian saraf tunjang bayi terbentuk dengan sempurna. Asid folik perlu diambil seawal tiga bulan sebelum hamil hingga lah bulan ketiga kehamilan. Dose yang diperlukan sekitar 400mcg sehari

2. Multivitamin
Kebiasaannya vitamin ini diambil selepas kandungan berumur tiga bulan. ia adalah vitamin lengkap yang bakal membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Juga sesuai untuk ibu hamil yang mengalami HB Low

3. Zat Besi 
Zat besi adalah nutrisi yang sangat penting semasa kehamilan. Ia diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian tubuh bayi termasuk otaknya. kekurangan oksigen pada bayi boleh memberi kesan negatif kepada IQ bayi. Dan juga mengelakkan dari gejala HB Low.

4. Omega 3

Omega 3 pula sangat penting dalam penghasilan grey matter dan pembentukan neuron. sel neuron ini berfungsi sebagai penghubung dan penghantar maklumat daripada otak kepada sel saraf yang lain. Antara sumber utama Omega 3 ialah Minyak Ikan Omega 3. Oleh itu doktor sangat menyarankan ibu hamil menambahsuplemen minyak ikan semsa hamil. Ia sesuai diambil selepas kandungan berusia tujuh bulan.

5.Vitamin C 

Vitamin C sangat penting untuk merangsang penyerapan zat besi dan asid folic, Membantu penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan. meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan dan penyakit 


6. Kalsium

Pengambilan kalsium bukan sekadar penting untuk kesihatan tulang dan gigi bayi tetapi juga kepada otak. Kalsium memainkan peranan penting dalam penghantaran isyarat kepada sistem saraf terutama di bahagian otak. kalsium yang mencukupi diperlukan untuk otak berfungsi dengan baik disamping mengelakkan gangguan kepada sistem saraf. jadi anda kena pastikan diri sentiasa menjaga pemakanan dengan baik. Jika tidak, kena tambah suplemen kalsium.

7. Protein

Protein amat penting untuk menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat. Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat. Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.


Walau apa pun vitamin pilihan mommy sekalian pastikan ianya selamat untuk mommy dan baby tau. Semak kualiti dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak cuba Shaklee In Shaa Allah ianya 100% dijamin selamat untuk ibu hamil. 


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )
Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid 
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

13 April 2018

3 PUNCA HB RENDAH @ ANEMIA PADA IBU HAMIL

Hb rendah dan anemia ketika hamil



HB rendah (hemoglobin) atau anemia sangat familiar untuk ibu hamil terutama sekali bila kandungan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga.

Yang pasti masalah anemia atau hb rendah jangan di pandang rendah ye mommy sekalian takut-takut memberi kesan kepada mommy dan anak je nanti. Setakat 4 orang anak ni Alhamdulillah AR tak pernah lagi mengalami hb rendah ni. Seingat AR paling rendah pun 11  Doctor nak bacaan normal untuk ibu hamil ialah 12 kan.

So..AR nak share 3 punca yang menyebabkan HB rendah @ anemia pada ibu hamil antaranya ialah


1. Kurangan Zat Besi

Wanita hamil kerap mengalami anemia jenis ini iaitu kekurangan zat besi (iron). hemoglobin adalah protein dalam sel darah marah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan. Apabila badan anda tidak mencukupi zat besi ia tiada sumber nutrien untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

2. Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk anda mengamalkan diet yang seimbang supaya badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Sekiranya tidak makan daging, produk tenusu dan telur, anda berisiko tinggi kekurangan vitamin B12. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pramatang.

3. Kekurangan asid folik

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Tubuh perlukannya untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat Semasa hamil anda perlukan lebih asid folic

Kekurangan asid folik akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. kekurangan nya menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan berat badan bayi kurang semasa dilahirkan.

7 Punca masalah anemia yang lain

Kekurang zat besi akibat dari pemakanan tidak seimbang

kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh

kesan sampingan akibat kaedah perubatan tetentu

Pembawakan faktor genetik contohnya talasemia

Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan

Masalah hemoglobinopathy  (keganjilan hemoglobin dalam darah)

Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

Cara Mengatasi Masalah Hb Low @ anemia ketika hamil 

Set Hamil Basic Shaklee mengandungi Vitalea Iron Formula yang kaya dengan zat besi dan multivitamin untuk kehamilan, Bcomplex yang mengandungi asid folic dan juga Vitamin B12. 

Vitamin C yang membantu penyerapan iron yang lebih baik. Disokong oleh Protein yang membantuk tumbesaran bayi dengan lebih baik dan omega guard untuk kesihatan otak dan mata bayi. 



Testimoni Set hamil shaklee untuk HB low






Kat sini AR ada share makanan untuk mengatasi masalah hb low. http://www.ajuyarashid.com/2017/09/14-makanan-tambah-darah-dan-naikkan-hb.html




Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

11 April 2018

TINA DI PERTANDINGAN ACTION SONG


Alhamdulillah..Baru2 ni anak AR yang sulung iaitu Tina join pertandingan Action Song peringkat sekolah. Berlangsung di Pesta buku di Shah Alam Convention Centre. Suka sangat dia excited nak pergi bertanding. So umi simpan sini la untuk kenang-kenangan nanti kan.


Kata nya pukul 7 dah kena ada kat sekolah. kalau lambat 1 saat teacher tinggal. hehe. Semangat bangun pagi2 mandi dan bersiap sempat sarapan roti coklat sekeping. Nak dijadikan cerita malam nya Tina sakit gigi. Gigi dia macam ada yang nak tumbuh kat geraham tu. so bila gigi dari dalam tolak nak naik akan kena la gigi yang sedia ada sebab tu akan sakit bila gigi kat dalam bergerak.

 AR pun dah tak tau nak tolong macam mana. Klinik gigi yang biasa pergi tu dah tutup malam kan. Pergi la klinik biasa ambil ubat tahan sakit. Siap menangis meraung2 lagi ha...sakit la umi. bertambah sedih bila dia bayangkan dia tak dapat pergi pertandingan tu. Tak nak hampakan kawan-kawan dan teacher yang dah berlatih sama2. huhu. Dan..Alhamdulillah pagi nya Tina dah sihat dan bersemangat nak pergi.


Tina yang paling depan sekali ni haa...mula2 umi tengok pun tak kenal mana satu anak umi. hehe


Tengah siap2 untuk buat persembahan. Terima kasih semua teacher yang terlibat. AR ingat nak pergi tengok jugak kat SACC tu. Tapi kata nya habis pukul 3 petang so tak dapat la nak pergi sebab ada lagi sorang budak sekolah nak kena ambil dan hantar ke sekolah agama pulak.



Semasa persembahan..Tina di barisan depan dan paling kanan. Bukan main tegak lagi dia haa...penuh konfiden di dada. haha. Sebenarnya AR pun tak sangka dia seberani itu. hehe. Sokong je la apa yang dia minat dan suka. Asalkan dia aktif.

            

AR tak dapat video penuh. Ini je yang mampu ihsan dari ibu bapa yang pergi ke sana. hehe. Ok la daripada tak de kan. In Shaa Allah 

Lagu yang mereka persembahkan ialah Havana, Action Song dan i Feel Good.


Gambar ketika menunggu keputusan.




 Alhamdulillah..Sekolah Tina Juara zone MBSA PPD Petaling Perdana...dan layak ke peringkat Daerah yang akan diadakan pada 19 April nanti. Kalah atau menang tak penting. Yang penting semangat dan keberanian serta anak-anak enjoy dengan persembahan mereka.

Terima kasih untuk Teacher dan ibu-bapa yang hadir dan share gambar anak2 ni. dapat la juga AR simpan kat sini sebagai kenangan. In Shaa Allah semoga anak2 ini sentiasa di dalam lindungan Allah dan maju jaya. 





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




Continue Reading

06 April 2018

PROMOSI SHAKLEE APRIL ~ ESP SHAKLEE


Ni haa..untuk korang yang suka kan ESP Shaklee ni. Ada promosi beli 5 dapat voucher Rm50.00 untuk next purchase tau. 

Tapi kan.memandangkan dengan belian 5 ESP ni sikit je lagi uolls nak layak untuk dapat free membership. Alang2 tu baiklah uolls tambah 1 botol vitamin C ke untuk dapatkan keahlian percuma sekali gus dapat harga 5 esp ni dengan harga ahli + Voucher Rm50.00 + Free Membership + Cash bonus + Free Pos...waaaa best sangat ni 

ESP ni kalau semua dah biasa minum dah tau dah khasiat dia untuk apa kan..untuk yang belum tahu meh AR share serba ringkas ye. Mana tahu rasa nak cuba kan
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  • Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

AR sendiri dah masuk tahun ke 6 mengamalkan ESP. Alhamdulillah sangat membantu AR sebagai seorang suri rumah yang bekerja dari rumah sambil menguruskan 4 orang anak. 2 sekolah dan 2 orang lagi masih 3 dan 2 tahun...juga masih menyusu badan. 

Kalau tak minum ESP pagi2 mesti akan rasa cepat lapar, tengah masak ke sebelum makan ke mesti dah ketar menggigil kalau lambat makan. Susu badan maintain untuk di boboy yang kuat menyusu tu. hehe

Uolls jangan lepas kan peluang ni tau. Grab ESP Shaklee ni yang super duper murah dan jimat sepanjang april. jangan lupa whatsapp AR untuk order.



Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading