Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: TINA DI PERTANDINGAN ACTION SONG

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

11 April 2018

TINA DI PERTANDINGAN ACTION SONG


Alhamdulillah..Baru2 ni anak AR yang sulung iaitu Tina join pertandingan Action Song peringkat sekolah. Berlangsung di Pesta buku di Shah Alam Convention Centre. Suka sangat dia excited nak pergi bertanding. So umi simpan sini la untuk kenang-kenangan nanti kan.


Kata nya pukul 7 dah kena ada kat sekolah. kalau lambat 1 saat teacher tinggal. hehe. Semangat bangun pagi2 mandi dan bersiap sempat sarapan roti coklat sekeping. Nak dijadikan cerita malam nya Tina sakit gigi. Gigi dia macam ada yang nak tumbuh kat geraham tu. so bila gigi dari dalam tolak nak naik akan kena la gigi yang sedia ada sebab tu akan sakit bila gigi kat dalam bergerak.

 AR pun dah tak tau nak tolong macam mana. Klinik gigi yang biasa pergi tu dah tutup malam kan. Pergi la klinik biasa ambil ubat tahan sakit. Siap menangis meraung2 lagi ha...sakit la umi. bertambah sedih bila dia bayangkan dia tak dapat pergi pertandingan tu. Tak nak hampakan kawan-kawan dan teacher yang dah berlatih sama2. huhu. Dan..Alhamdulillah pagi nya Tina dah sihat dan bersemangat nak pergi.


Tina yang paling depan sekali ni haa...mula2 umi tengok pun tak kenal mana satu anak umi. hehe


Tengah siap2 untuk buat persembahan. Terima kasih semua teacher yang terlibat. AR ingat nak pergi tengok jugak kat SACC tu. Tapi kata nya habis pukul 3 petang so tak dapat la nak pergi sebab ada lagi sorang budak sekolah nak kena ambil dan hantar ke sekolah agama pulak.



Semasa persembahan..Tina di barisan depan dan paling kanan. Bukan main tegak lagi dia haa...penuh konfiden di dada. haha. Sebenarnya AR pun tak sangka dia seberani itu. hehe. Sokong je la apa yang dia minat dan suka. Asalkan dia aktif.

            

AR tak dapat video penuh. Ini je yang mampu ihsan dari ibu bapa yang pergi ke sana. hehe. Ok la daripada tak de kan. In Shaa Allah 

Lagu yang mereka persembahkan ialah Havana, Action Song dan i Feel Good.


Gambar ketika menunggu keputusan.




 Alhamdulillah..Sekolah Tina Juara zone MBSA PPD Petaling Perdana...dan layak ke peringkat Daerah yang akan diadakan pada 19 April nanti. Kalah atau menang tak penting. Yang penting semangat dan keberanian serta anak-anak enjoy dengan persembahan mereka.

Terima kasih untuk Teacher dan ibu-bapa yang hadir dan share gambar anak2 ni. dapat la juga AR simpan kat sini sebagai kenangan. In Shaa Allah semoga anak2 ini sentiasa di dalam lindungan Allah dan maju jaya. 





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




19 comments:

  1. Wow! Well done in participating in pertandingan action song.. great experience..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, comelnya budak-budak tu perform. Tahniah kepada anak, semoga menang lagi nanti! :)

    ReplyDelete
  3. Wah..tahniah anak- anak..seronok tgok video diorang..bukan main lagi lagu Havana..gigih berlatih akhirnya dapat jadi Juara ye...

    ReplyDelete
  4. Bagus Tina ada keyakinan diri dan berani nak join pertandingan. Comel je masing-masing lepas kena make up ye. Tahniah di ucapkan. Mana tahu menang lagi nanti.

    ReplyDelete
  5. comelnya tina...alhamdulillah kan,tak sia-sia dia berlatih...good job sweetie...

    ReplyDelete
  6. bagus betul! program macam ni sememangnya membina keyakinan untuk kanak-kanak selain menambah baik skil sosial mereka. aktiviti berkumpulan juga boleh memberi mereka pendedahan untuk bekerja sebagai satu pasukan. apapun, tahniah dan comelnya persembahan mereka!

    ReplyDelete
  7. bestnya anak-anak jenis boleh bagi kerjasama especially dalam persebmahan.... tengok anak sendiri tak tahu lah dia minat aktiviti macam ni... terasa nya kita :((((( anak kita mesti tak minat join tarian atau nyanyiannnnnn.... mama is ceying..... apa pun good luck tina.....

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah buat Tina dan rakan rakan yang lain. Bagus anak masuk pertandingan macam nk sebab beri dia keyakinan berdepan dengan orang ramai

    ReplyDelete
  9. Tahnia.... untuk anak anak yang manis di Sekolah Tina Juara zone MBSA PPD Petaling Perdana. Semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  10. Alololo comelnyaaaaaaa. Seronok tengok aktiviti anak-anak di sekolah. Barulah aktif dan kreatif. Kita sebagai ibu bapa pula akan berasa bangga. Yelah dekat rumah tak nampak sangat kebolehan anak ni. Bila dekat sekolah, mereka ada satu semangat utk buat semua tugasan pertandingan guru bagi. Tak sabar nak tengok anak saya nanti. Hehe

    ReplyDelete
  11. tahniah.
    yes la, bila semua da pakaian sama, memang tak boleh beza sape.
    sekilas pandang, serupa aje semua anak.
    so, utk yg akan dtg, moga berjaya jugak ye.

    ReplyDelete
  12. Wahhh tahniah buat anak akak sbb jadi juara peringkat zon. Satu pencapaian yg besar tu. Lama dh tak saksikan pertandingan2 mcm nie.

    ReplyDelete
  13. Wah bagusla anak akak kekecik lagi dah join pertandingan macam ini. Boleh meningkatkan keyakinan dan keberanian dalam diri berdepan orang ramai nanti

    ReplyDelete
  14. Eh, mana satu anak umi nie.. x cam la pulak tertiba... kita anak masa tadika dah join aktiviti macam nie, tapi dekat sekolah la... bagus aktiviti seperti ini didedahkan kepada mereka

    ReplyDelete
  15. Bagus galakkan anak-anak masuk pertanding macam ni, tak kiralah apa pertanding pun. Biar mereka ada confident di hadapan orang ramai. Anak sis pun sis galakkan join aktiviti atau pertandingan yg sekolah buat

    ReplyDelete
  16. Wah bagusnya. Tahniah dapat juara. Moga lebih sukses utk peringkat seteruanya

    ReplyDelete
  17. Woww..good girl Tina..sebagai ibu bapa, kenalah sokong apa aktiviti yang anak-anak terlibat. At least dapat latih diorg utk konfiden berada depan audien lain

    ReplyDelete
  18. Tahniah adik hebat kita kagum bila tengok kanak-kanak mudah dah ada bakat macam ni rasa teringin nak jadi muda lak hehehehe seronok tengok orang pandai menari...

    ReplyDelete
  19. bagus bila ibu bapa menggalakkan minat anak-anak dan bukannya memaksa anak-anak hehe. Tahniah Tina! Good job and keep on going doing what you love.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign