Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: July 2018

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

27 July 2018

CERITA TAUHU YANG TIDAK TAHU DAN AKHIRNYA TAHU


Hai uoll, lama tak bersiaran kat blog. hehe.tak tau pergi mana mood ber blog. memandangkan harini rasa nak ber blog AR nak share 1 kisah yang menambat hati, menusuk kalbu yang dikongsi di group whatsapp. AR copy paste kat sini. 

"Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan  sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada ALLAH agar tauhunya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah...

Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban !

Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar perniagaannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

Pengajaran.
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh ALLAH dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.

ALLAH Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.

Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika ALLAH menjawab doamu, DIA sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, DIA sedang menambahkan kesabaranmu. Jika DIA tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-NYA."

Sumber: Ustaz Iqbal Zain al Jauhari

Segala Maha Suci lagi Maha Puji hanya bagi ALLAH.

Macam tu lah kita kan...sesungguh nya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua yang terjadi ada hikmah nya. Semoga kisah ini juga dapat memberi pengajaran untuk semua yang membaca. 


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign