05 August 2018

RESEPI MEE GORENG SIMPLE


Alamak kecoh nak share resepi mee goreng dia...hehe. saje la AR kadang faham perasaan orang-orang yang baru nak try goreng menggoreng ni. Dulu-dulu awal kahwin AR suka la search2 resepi yang simple2 macam ni. Ye la masa bujang duk dengan mak jarang masuk dapur. Ahakss...kan dah kantoi. So mana tahu dapat la jadi rujukan anak2 muda di masa akan datang. ecehh

So resepi mee goreng by ajuyarashid..Simple tapi sedap. Anak2 suka hehe. Mula2 nak masak mee goreng bodo je. sekali ada pulak udang secoet dalam peti ais, kangkung pun ada..haaa jadi la mee cerdik. 

Resepi Mee Goreng 

Bahan-bahan 

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering (kalau nak pedas letak lebih)
(kisar 3 bahan di atas)

sos cili secukup rasa
Kicap secukup rasa..kalau nak manis letak lebih sikit
Sos tomato

Telur 1 biji
Udang 5-8 ekor
Kangkung 
Mee kuning


Cara-cara memasak mee goreng 

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau, masukkan sos cili dan kicap secukup rasa. Pecahkan telur ( ada orang dia pecahkan lepas masuk mee kuning..tapi AR suka hancur dengan sos).

Masukkan udang...tunggu udang masak. Masukkan mee kuning. Kacau sehingga rata. Masukkan sayur kangkung dan kacau.  Agak dah masak dan kering sedikit sos boleh la masukkan sos tomato sikit untuk bagi lembap-lembap ala2 mee goreng basah. bagi nampak cantik skit kejadian nya. walaupun dalam gambar tak berapa cantik. hehe..tapi sedap dimakan. eceh..selamat mencuba!



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm75.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


1 comment:

  1. gambar pun nampak cantik, mesti sedap resipi ni hihi

    ReplyDelete