19 February 2019

JOM FLY TO PENANG

JOM FLY TO PENANG
Hi korang, sekarang ni ramai orang suka nak melancong kan sebabnya terpengaruh bila guna social media. Macam mana pula boleh terpengaruh? Bila korang buka ja social media, mesti ada ja orang yang post pasal bercuti sana sini, upload gambar and video sewaktu bercuti and banyak lagi. Bila nak bercuti ni mesti korang pilih nak guna pengangkutan apa untuk pergi ke tempat percutian korang. Adakah guna bas? Keretapi? Ataupun kapal terbang? Kalau korang guna bas, untuk tempat yang terdekat boleh lah tapi mesti akan memakan masa juga. Itupun belum termasuk dengan kesesakan lalulintas lagi. And bas bayarannya agak murah tapi masa yang diambil untuk sampai ke destinasi tu agak lambat. Okay macam mana pula kalau guna kapal terbang? Kapal terbang ni servisnya cepat tapi harganya agak mahal. Berpatutanlah dengan servis yang mereka sediakan.
AR nak suggestkan dekat korang kalau korang nak travel, korang gunalah kapal terbang. Masa korang pun jimat. Jadi, korang boleh layari pelbagai pilihan syarikat penerbangan yang ada di Malaysia. Bagi AR korang boleh pilih Firefly airline. Syarikat penerbangan Firefly sangatlah bagus and banyak feedback yang baik dari kebanyakan pelanggannya. Korang buka website Firefly and korang boleh klik firefly airline flight booking untuk tempahan tiket kapal terbang.  Cara nak guna pun sangatlah senang. Korang tak perlu instruction pun. Semuanya dah terpapar depan mata cuma isi dan klik ja.

Economy Class
Untuk korang yang nak bercuti ke Penang, korang boleh masukkan kat bahagian destination tu sebagai Penang.  Lepastu bahagian origin korang letaklah dari mana korang nak naik tu. If korang dari Kuala Lumpur macam AR so korang masukkan Kuala Lumpur as origin korang.  Lepastu korang masukkan tarikh bila yang korang nak bertolak and dekat situ pun korang kena letak tarikh bila korang nak balik. Kalau pergi bercuti mestilah korang nak balik kan? Haha. So lepastu masukkan juga berapa bilangan orang yang akan naik flight tu. Kalau korang pergi dengan family so korang masukkan jumlah family korang. And lepastu korang boleh terus klik search flights to Penang. Nanti akan keluar list seat yang available untuk korang based on tarikh yang korang masukkan. Dekat situ juga akan ada list seat yang murah hinggalah ke mahal. Bergantung pada class yang berlainan. Airline ni sediakan economy class, business class and suite class yang paling mahal.
Bila korang pilih Penang, selalunya airport yang akan korang mendarat adalah Penang International Airport. Penang International Airport terletak di Bayan Lepas. Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu seberang dan pulau. Jadi Bayan Lepas terlepas di sebelah Pulau. Bahagian Pulau ni merupakan bahagian tumpuan pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Once korang dah sampai airport. Korang boleh terus jalan-jalan dekat area pulau tu. Actually, banyak tempat yang korang boleh teroka. Contohnya kalau korang nak pergi tempat yang ada pantai. Korang boleh pergi ke Batu Feringghi. Pantai dengan air yang warna biru memang cantik lah. Tambah pula dengan view bukit dari situ memang lagi best lah untuk korang nak bercuti dekat situ. Selain dari tempat tu, korang juga boleh pergi Padang Kota dimana tempat ni korang boleh lepak and santai dekat situ. Dekat padang kota juga korang boleh isi perut korang dengan makanan simbolik Penang iaitu nasi kandar, pasembor, rojak dan pelbagai lagi. Kiranya kat sini korang jangan risau lah pasal makan semuanya confirm sedap! Lagi satu tempat iaitu Gurney, korang boleh dapat makanan yang sedap jugak. Tambah pula dekat situ, ada juga shopping mall Gurney Plaza yang korang boleh shopping puas-puas.

Jadi korang boleh pergi buka website Firefly ni sekarang and book tiket korang sebelum full. Actually, banyak ja lagi tempat yang best dekat Penang, itu cuma baru sikit. Korang bole discover bila korang pergi Penang nanti. Confirm korang takkan menyesal punya bercuti di Penang. Jangan lupa ajak kawan-kawan and family korang sekali tau.

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment