02 August 2019

VIVIX SHAKLEE MURAH!

Harga Vivix Shaklee

Hai...ada berita gembira untuk peminat Vivix Shaklee ni tau, kalau korang nak tau sepanjang bulan Ogos ni Vivix Shaklee harga murah gilerr. mana tak nya beli 6 botol dapat percuma sebotol (bernilar Rm475 secara percuma). Buat belian untuk 2 botol pula korang akan dapat diskaun sebanyak 5%.

Haa meh kita kira harga sebenar Vivix ni. Dari harga ahli hingga lah harga diskaun ye. 

HARGA VIVIX
VIVIX : BUY 6 FREE 1 @ RM2280.00

Beli 6 percuma 1. Retail Price Rm2850 (kalau nak borong yang ni..Kakya cadangkan korang terus la daftar keahlian sebab dah tentu layak daftar ahli dengan belian ni tau) so harga untuk 7 botol Vivix hanya lah Rm 2280.00. Nampak tak berapa jimat dengan belian promo buy 6 free 1 ni. 

VIVIX
VIVIX : BUY 2 @ 5% DISKAUN RM722.00

Uih banyak sangat la nak beli 6 botol + 1 botol Vivix...Takpe boleh order yang set twin pack. Beli 2 botol Vivix dapat diskaun 5%. So dari Rm902.50 harga retail. Korang boleh dapat dengan harga Rm722.00 layak juga untuk daftar keahlian. sangat la jimat kan. Time macam ni boleh la orang macam Kakya ni nak order Vivix. Hehe

Bila lagi nak merasa minum minuman ajaib ni dengan harga murah. Sini Kakya share sedikit sebanyak kebaikan produk Vivix ni. 

Banyak sangat khasiat dia.. Kalau nak cuba ikhtiar boleh la cuba dengan Vivix ni. In Shaa Allah dapat membantu menstabilkan serta memperbaharui sel-sel badan. 




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil




Continue Reading

01 August 2019

PENGALAMAN BERSALIN DI ANDORRA WOMEN & CHILDREN HOSPITAL SERI KEMBANGAN



Hai semua, memandangkan ramai yang tanya tentang bersalin di Andorra tempoh hari. Kakya share kat sini ye. Jangan jemu untuk baca. Hehe..Maklum lah anak yang kelima dah. Tapi pengalaman yang berbeza disetiap kelahiran. Tambah-tambah dapat peluang bersalin dekat Andorra pulak.

Malam tu pukul 3 pagi Kakya start contraction 5 minit sekali. Rasa boleh tahan lagi ni, tak kuat sangat pun. So tunggu la lepas subuh, lepas selesai anak2 pergi sekolah baru la husband hantar ke hospital.

Sesampai je kat Andorra Kakya disambut oleh mak guard (guard wanita). Hehe..husband drop je di pintu utama. lepastu pergi cari parking. Mak guard tanya sakit ke? Boleh jalan tak?.. Boleh.. (sengaja nak jalan bagi bukaan cepat). Lagipun dekat je registration counter dengan pintu utama.

Lepas register tak sampai 2 minit terus ditolak masuk ke emergency room untuk cek. Alhamdulilah pukul 7.50am bukaan 3cm. Contraction pun agak kuat. Terus hantar ke labour room.


Masuk je labour room.. Tenang je. Kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-quran di speaker. Lepas dah setup semua. Brifting untuk suami isteri. Semasa dan selepas bersalin (1st time.. Walaupun anak kelima). Nurse membaca kan doa untuk permudahkan urusan. Dibekalkan juga makanan sunnah seperti kurma dan kismis. Sempat la jamah kurma sebiji, dan kismis.

Sambil cek CTG selamber je ketik2 handphone update kat family. Siap family suruh fokus untuk push. Masa sampai ke labour room nurse cek progress dah 4cm. Pukul 9.45 pop air ketuban pecah. Terus semua bersiap sedia sebab dah 7cm. Nurse sentiasa ingatkan cara bernafas, bacakan doa Nabi Yunus.. Biasa la kita bila tengah sakit memang tak ingat dah semua tu. Tau nak push je 😂

Baby di tempat di bawah warmer 

Doktor datang je terus push..nurse tunjuk jantina baby..dan ingatkan ucap Alhamdulilah. Kalau tak memang nak tidur terus. Masa tengah jahit luka episiotomy pun nurse sentiasa tenangkan. Sambil tu nurse bantu suami untuk azankan dan tahnik baby.


Proses transfer ke wad.. On the way ke wad..mata terpegun je tengok. Aku kat hospital ke hotel ni. 😂. Ayat suci Al-quran kedengaran di wad juga.

Gambar Google : 4 bedded ward

Kakya ambil package 4 bedded punya. Ini gambaran nya..dan Kakya di katil A, berhampiran dengan tandas. Alhamdulillah senang dan dekat untuk proses ke tandas.




Disediakan 1 kerusi boleh laras untuk tidur, haa sempat beliau melelapkan mata sekejap maklum lah penat jadi tukang sorak kat sebelah orang bersalin..hehe. lepas tu balik rumah jaga anak 4 orang pulak.haha. 


Semua pun nak naik atas katil umi..ye la nak..umi taknak cakap apa-apa, maklum lah baru dapat adik baru takut terasa kang kita marah-marah. hehe...Troli baby pun tak nampak dah.


Maaf la ini je gambar katil sebenar yang sempat snap. hehe baju salin pun campak situ, masa ni tengah bersiap nak discharge. Kakya dah salin baju untuk balik.

Masuk je wad rasa macam kat rumah je. selimut patchwork kot lapis atas selimut hospital. Feel macam kat rumah.

Kakya masuk wad pukul 12. Ngam waktu lunch.. Terus dihidangkan dengan hidangan dari team chef Zubir. Makan tak ingat pantang dah. Lapar kot baru lepas bertarung. Hehe... Dah la sarapan ESP dengan kurma je sebelum admit. Tak sempat nak sarapan contraction dah makin kuat.

Menu : Ikan + sayur campur + kek choclate moist

Alahai teringat choclate moist dia, actually tak ingat nama sebenar dia. haha. Tapi rasa sesudu terus bersudu2 Kakya ceduk sampai habis. 

Petang nya nurse assist untuk ketandas buat pertama kalinya selepas bersalin. Walaupun suami ada kita dinasihatkan untuk panggil nurse. Takut tumpah darah ke apa..dan semua nurse yang buat kan. Sambil ajar jaga luka dan kebersihan di kawasan luka.

Baju dan selimut baby guna hospital punya je..baju kita pun boleh nak tukar banyak mana pun. Ada staff nurse nama Mak Yam selalu datang peluk cium. Bagi info breastfeeding dan bacakan doa kat dada kita.


Makyam sedang ajar cara menyusu dengan betul, ala-ala tok nenek kita. walaupun anak kelima kadang Kakya rasa ish ada lagi yang aku tak tahu rupa nya. Thanks a lot untuk tunjuk ajar Staf nurse semua.



Tidur lena malam tu.. Pukul 5 pagi baru baby bangun menyusu. Pukul 8 ada nurse datang nak mandikan dan urut. Mula2 macam xnak tapi nurse pujuk jugak suruh mandi. Haha. Malas nak bangun sebenarnya. Plan nak mandi kat rumah je balik nanti.

Masa mandi semua nurse buatkan.. Siap urut-urut belakang badan. Dan ajarkan cara letak ubat luka. Itupun dorang buat tau. Segan jugak tapi kalau tak taktau pun sebelum ni main hentam je. Nasib baik sembuh juga luka kan. Lepas mandi pun diurut lagi dari kepala, perut dan kaki. Fuuhh segar sikit rasa pagi tu. (ada disediakan juga fullbody massage, sediakan fulus je, untuk yang free ni sikit-sikit sudah..hehe). Walau apa pun first time juga ni dapat urut kat katil hospital, kalau tak tunggu la tukang urut datang rumah.

Fresh flower sampai dulu dari sarapan. 

sarapan bubur + choclate panas + jus oren by chef zubir
Sarapan bubur ikan, nurse yang urut tadi sediakan air suam untuk telan zinc complex. siap cakap makan zinc dulu kan sebelum sarapan. sebab zinc ni kena telan sebelum makan. eh eh tahu pulak dia. haha.  

Lepas mandi dan urut sambung tidur sambil tunggu doktor datang cek. Alhamdulilah xde bengkak ke apa. Dah boleh balik. Tunggu baby pulak untuk disahkan oleh doktor boleh balik ke tak.

Ini menu dinner, kakya request ikan, maaf la lupa nama menu


Kek tiramisu, erghh layan gak


salad sedappp..hehe

Lepas je makan tengahari, proses discharge. 



Menu makan tenghari nak check out, request ikan juga, repeat order kek choclate moist. 2 beradik hantu choclate bagi dorang lak rasa.



Sibuk nya nak bawa umi dengan baby balik rumah.



Sambil tunggu papa ambil kereta sempat bergambar kenangan dengan nurse, hantar sampai ke pintu kereta dan lambaian terima kasih. hehe. 

Antara cenderamata yang dapat semasa discharge, beg purple dengan isi kandungan yang sarat. hehe



Flusk air, mandian baby, stokin ibu, selimut baby, mandian ibu 

dan towel kuning tu..Al Quran dan baju persalinan tak termasuk ye. hehe



Sekian lah serba sedikit PENGALAMAN BERSALIN DI ANDORRA WOMEN & CHILDREN HOSPITAL DI SERI KEMBANGAN dari Kakya. Jutaan terima kasih buat semua staff Nurse Andorra. 

oh ya Kakya juga ada menerima lawatan dari team Home Visit Andorra, mereka datang pada hari ke 8 kat rumah. Cek luka dan pastikan semua dalam keadaan baik. Tunjuk ajar cara menyusu dengan betul juga cara pam susu dengan betul. Sangat mesra.






Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil





Continue Reading