22 October 2019

MEE GORENG EXPRESS DENGAN PERENCAH ADABI

perencah mee goreng adabi
Bahan-bahan Mee Goreng Express Perencah Adabi
Malam tadi anak-anak Kakya yang bersekolah request nak sarapan mee. Umi ni tak fikir panjang dah terus terlintas stok mee dalam peti ais. Ok la esok pagi Umi masak Mee Goreng Express. Hehe kenapa panggil mee goreng express? Sebab mudah dan cepat sangat bila guna perencah mee goreng Adabi ni. Tak payah susah-susah nak kupas bawang dan blend cili pagi-pagi buta. Terus je Umi capai bahan-bahan ni untuk masak mee goreng express kegemaran anak-anak ni.

Bahan-bahan mee goreng express adalah :-
Mee kuning 1 bungkus
Perencah mee goreng
Telur 2 biji
Sos cili
Kicap
Sos tomato
Udang (jika mahu, Kakya ambil 4 ekor je buat ubat rasa manis udang. hehe)

Cara Masak
Panaskan minyak masak
Tumis perencah mee goreng adabi
Masukkan Sos cili, kicap 
Masukkan udang 
Bila udang dah separuh masak masukkan telur satu persatu, kacau telur bagi hancur dan masak
Masukkan mee kuning
Kacau hingga sebati dan mee kuning masak
Last sekali baru masukkan sedikit sos tomato untuk lembapkan mee goreng kita. 

Tak ada sayur ke? itu la masalah anak-anak Kakya ni susah nak makan sayur, bila masak khas untuk dorang memang Kakya tak letak sayur nanti lagi tambah kerja Kakya pulak nak kena asingkan sayur untuk dorang. Makan pun lambat nanti nak pergi sekolah.

Nampak ringkas tapi sedap, anak-anak suka 
Itu lah dia resepi Kakya masakkan mee goreng untuk anak-anak. Sebungkus memang ngam-ngam je itupun Umi kena makan last-last baru cukup untuk anak-anak. Haha...tak pe janji anak-anak kenyang. Esok semua dah besar-besar nampak nya kena goreng 2 bungkus la kan. Perencah Adabi pun kena la double jugak. Kadang-kadang siap pesan tak boleh tambah tau dah habis. Hehe.



Continue Reading

20 October 2019

FAMILY DAY KELUARGA RASHID 3D2N DI HOMESTAY VILLA SAKEENAH, ALOR GAJAH, MELAKA


Baru-baru ni Kakya dan family ada buat family day keluarga Rashid 3D2N di Homestay Villa Sakeenah, Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya berjaya juga keluarga Kakya mengadakan family day ini. 

Sebelum mengadakan hari keluarga ini dah banyak tempat yang kami pantau. Dan sudah tentu banyak faktor yang diambil kira sebelum menentukan tempat untuk ber hari keluarga. Maklum lah rakyat jelata ramai sangat. hehe.. Bayangkan lah adik-beradik nya dah 10 orang, campur menantu yang dah berkahwin 6 orang. Masing-masing pun dah mempunyai anak. Jadi bila di kira-kira jumlah semua sekali ahli keluarga adalah 32 orang dan memerlukan ruang yang luas untuk beraktiviti.

Kenapa kami memilih Homestay Villa Sakeenah Alor Gajah sebagai lokasi hari keluarga.


Besar & Privacy
Homestay Villa Sakeenah adalah rumah banglo dua tingkat yang mempunyai kelengkapan seperti ;- 
>4 bilik tidur + 1, 5 bilik air. 
>Semua bilik berhawa dingin & kipas utk open bedroom. 
>Bilik utama 2 Queen bed,
>Bilik 2, 1 Queen bed & 1 Super single bed, 
>Bilik 3 & 4, 1 Queen bed + 1 open bedroom Queen bed & 1 Super single bed. 
>2 Tilam angin queen dan bantal tambahan.
>Ruang tamu & laman yang luas. 

Kemudahan yang sesuai
Kemudahan yang disediakan sangat la sesuai untuk kami sekeluarga bersantai selama 3 hari 2 malam tersebut. Antaranya adalah;-
>Kolam mandi persendirian
>BBQ pit
>Mesin basuh, kipas, cerek air, pinggan mangkuk, peti ais, dapur masak, televisyen & njoi, set kerusi ruang tamu, set kerusi makan, selimut, tuala, bantal tambahan, sejadah dan sterika.


Tempat Strategik
Paling utama sebab ianya sangat la dekat dengan lokasi kami iaitu Kuala Lumpur. Majoriti adik-adik beradik Kakya menetap di Kuala Lumpur. Dan seorang sahaja yang menetap di Johor. Jadi Melaka adalah tempat yang sangat adil bagi kedua-dua belah pihak. Perjalanan masing-masing tidak melebihi 2 jam perjalanan. Jadi tak ada lah penat sangat kan. Masa pun tak banyak terbuang atas jalan sahaja. 
Tarikan lain yang berdekatan termasuklah :-
~Masjid ~400M , Surau 100M
~5 minit - Pekan Tampin tempat membeli belah.
~5 minit – Tol Simpang Ampat Alor Gajah.
~10 minit - A'Famosa Resort Water World Alor Gajah Melaka
~10 minit - Freeport A'Famosa Outlet Village
~15 minit – Hutan Lipur Gunung Dato’
~20 minit - Gadek Hot Spring Alor Gajah Melaka
~20 minit - Tol Air Keroh Melaka

Murah & Under Bajet 
Kadar Bayaran Homestay Villa Sakeenah selama 3hari 2 malam ini adalah Rm2,200.00 tidak termasuk bayaran tempahan/security booking yang berjumlah RM300. Kami dikehendaki untuk membuat bayaran penuh semasa masuk (check in). Semasa dalam perjalanan kami terus transfer ke akaun pemilik Villa Sakeenah. 

Aktiviti sepanjang hari keluarga di Villa sakeenah


Membawang kat dapur

Membawang eh minum teh cicah biskut pingpong kat beranda rumah layan angin. sejukkk

Aktiviti malam hari dengan kekanak (Ruang tamu yang luas)

Sukaneka pada hari kedua (Laman Luas)

Happy je semua dapat bersukaneka

Husband Kakya belanja makan durian sebab dia hantu durian. rupanya ramai jugak hantu. hehe

View kolam dari arah belakang rumah

View kolam dari arah pondok 
View laman dari pondok 

Nenek pun geram ke tengok cucu mandi kolam

Pak Ucu jaga BBQ malam ni..hehe
Kami sekeluarga check in pada jam 2 petang ikutkan waktu check in yang tuan rumah bagi adalah pada jam 3petang, memandangkan ada dikalangan ahli keluarga yang tersampai awal Alhamdulillah atas budi bicara tuan rumah dapat la kunci awal. Lagipun tak ada penghuni sebelum kami masuk. Tetapi di nasihatkan untuk check out pada jam 12 tengah hari pada hari terakhir.

Baju family day kita orang pula ditempah dengan abang ipar Kakya sendiri. Dapat la murah sikit kan. Dah ramai-ramai ni nak kena bajet ke baju pulak..Hehe. Kalau korang nak order pun murah juga kot. Boleh tengok facebook beliau kalau nak order Ijal 

Sesi penyampaian hadiah dan bergambar sebelum check out.
Dapat hadiah yeah!

Hadiah yang dimenangi oleh family Kakya termasuk anak-anak. Menang grand prize tu


Umi dengan anak dara je termasuk anak dara dalam perut..hehe. 
Haris dan Yusuff 3 tahun beza sebulan je 2 orang cousin ni

Mak dan adik-beradik Kakya (10 beradik, 2 lelaki 8 perempuan)
Mak yong cubaan melarikan diri dari melompat 
Begitu lah kenangan "Family Day Keluarga Rashid 3D2N Di Villa Sakeenah". Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Missing arwah abah (Rashid Bin Ramli). Semoga roh nya dicucuri rahmat dan tenang dengan hubungan yang kami sekeluarga bina. Al-Fatihah.

P/S : Entry ni dah lama draft, tapi baru siap dan publish baby nya dah keluar dah 6 bulan usia nya. Nama di beri Amyra. Sebab tu korang tengok Kakya comel je gemuk gedempol tu. Hehe
Continue Reading

18 October 2019

YOUTH PURIFYING CLAY MASK & HYDRATING GEL MASK


Purifying Clay Mask (Untuk kulit berminyak / Mudah Berjerawat)

Rawatan wajah segera - Detoks dan membersihkan Secara semulajadi menyahtoksin dan membersihkan kulit dengan campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

Rumusan ini menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran, dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan penampilan liang pori, untuk kulit yang lebih licin tanpa menghakis atau mengeringkan kulit.


Hydrating Gel Mask (Untuk Kulit Kering)

Rawatan Wajah segera - Mengembalikan Seri Wajah

Manjakan kulit dengan kelembapan yang mendalam serta melegakan, untuk kulit yang segar dan terhidrat. Gel emas ini padat dengan asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang memberikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan untuk kulit yang lebih berseri.


Cara menggunakan Mask Youth 




Untuk Kulit Berminyak 
Selepas seharian terdedah kepada pelbagai kotoran, kulit memerlukan detoks yang menyeluruh. Gunakan Puryfying Clay Mask untuk detoks dan pembersihan kulit. Juga bagus untuk penggunaan sebagai rawatan tompokan untuk kulit berminyak atau bahagian kulit mudah berjerawat.

Untuk Kulit Kombinasi 
Manfaatkan kedua-duanya! gunakan Purifying Clay Mask pada zon-T anda dan Hydrating Gel Mask pada pipi anda.

Untuk Kulit Berusia 
Guna keduanya secara berturutan. Gunakan Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask secara bertuturan pada hari yang sama untuk spa wajah segera dirumah.
Atau guna secara berselang seli hari Purifyinng Clay Mask dan Hydrating Gel Mask untuk menambah nutrien dan kelembapan


Harga Youth Mask rm297.50 per set (2 mask, mana-mana set)


Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara






Continue Reading

15 October 2019

BUAT PASSPORT BABY AMYRA DI JABATAN IMIGRESEN PUCHONG

Nak buat passport baby ke umi.
Pagi tadi punya cerita, AR dan suami bawa Baby Amyra untuk buat passport. Nak pergi mana? eh tak tau lagi nak pergi mana. Buat je dulu sampai masa nanti senang terus pergi je kan. In Shaa Allah doakan lah ye kita orang dipermudahkan rezeki untuk ke luar negara. 

Alhamdulillah masa AR sampai jam 10.30 pagi tu tak ada orang sangat kat jabatan Imigresen Puchong ni. Ingat masa pergi buat passport Nayli 3 ke 4 tahun lepas..sampai habis nombor lah. dah pergi awal tu. ke sebab bukan musim orang pergi bercuti. atau bukan waktu puncak kan. Jadi masa pun tak ada la lama sangat menunggu. 

Cara-cara buat passport baby senang je. Bawa sahaja surat beranak asal dan kad pengenalan Ibu (kita sendiri lah. kalau bapa budak yang bawa, bapa budak punya IC lah). Ambil nombor dan isi borang yang diberi. Borang pun kecil je. Kalau boleh pastikan ketinggian baby tu dulu sebab perlukan maklumat ketinggian. Kalau tak tahu boleh je ukur kat situ ada disediakan tempat ukur ketinggian. Tunggu sehingga nombor giliran di panggil. kalau kat Puchong ni dia panggil tak pakai nombor dah..Kat tempat kaunter nombor tu juga dorang panggil nama Amyra. Baby kan special lane. Hehe

Bawa maklumat dari kaunter maklumat ke tingkat 1 untuk proses pembayaran

Lepas dah siap urusan dikaunter tentang maklumat passport dan proses ambil gambar boleh buat bayaran di tingkat 1. Passport akan siap selepas 1 jam pembayaran dibuat. Macam AR saje je datang lepas 45minit sebab tak pergi mana-mana pun masa tu. Tunggu kat bawah je sebab tak ramai orang. Selesa juga untuk anak-anak ruang menunggu tu. Aircond pun rasa kan..tu yang penting. hehe. Kalau kat atas sedikit sesak.
Simpan resit untuk pengambilan passport nanti.

Pergi je terus ke kaunter 12 untuk pengambilan passport tak payah ambil nombor dah. Jangan lupa bawa resit, surat beranak dan Kad pengenalan tadi untuk pengesahan. Terus je dapat Passport baby Amyra. hehe Tak sampai 2 jam dah siap buat passport baby. kalau orang dewasa mau setengah hari juga tu kalau dah ramai-ramai kan. Oh ye, Bayaran untuk passport baby Rm100.00 untuk 5 tahun.



Berpeluh juga nak ambil gambar ni, Haha..husband pegang Amyra, AR pegang handphone buka youtube kat atas lense kamera. Tak tau la berapa kali snap baru dapat yang betul-betul tengok kamera. Mulut ternganga pun biar lah. Janji pandang kamera. hehe

Taraa siap la passport nya. Hehe..Dari pukul 10.30 sampai pukul 12 tengahari bertapa di Jabatan Imigresen Puchong.  



Salam Sayang, 
Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara


Continue Reading

PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN CONFINEMENT LADY PART 2


Sambungan dari Pengalaman berpantang dengan confinement lady part 1

Antara Menu Masakan untuk orang pantang ialah :



Sarapan pagi AR senang je Kak Anda akan bancuhkan ESP + Performance drinks untuk memperbanyakkan susu badan dan tidak terhidrat ketika dalam pantang. Dalam pantang kena banyakkan minum air dan protein untuk penyembuhan luka dalaman dan bertenaga. 

Lempeng Oat + Kismis

Nasi goreng ikan bilis dan lada hitam 

Nasi Goreng Kerabu pegaga
Kadang-kadang ada juga Kak Anda buatkan lempeng oat dan nasi goreng. Kalau tak nak makan AR minta Kak Anda bancuhkan horlicks panas je. Sekadar alas perut sebab Kak Anda taknak kita tahan lapar atau perut masuk angin. sedangkan AR tak rasa lapar pun sebab dah minum ESP. Tapi layankan aje lah. dah orang dah buat. hehe..alasan kan.


Antara menu masakan berpantang untuk makan tengahari dan makan malam. Untuk makan malam makan je lauk sama yang tengahari. kadang-kadang ada juga anak-anak dah habiskan lauk tengahari terpaksa la AR buat-buat taknak makan nasi malam tu. Bancuh je ESP. hehe..Taknak menyusahkan Kak Anda. 


Kerabu pegaga + Ikan selar rebus

Sup ayam kampung + Sayur pak choy 

Ikan Selar + sayur campur



ayam kampung masak halia + kerabu pegaga


Ikan tenggiri masak halia + sayur brocoli campur


Singgang Ikan tenggiri + kerabu pegaga



Ayam kampung masak halia + sayur sawi campur

Ikan selar bakar + sayur campur

Ikan selar singgang + sayur campur

Lepas makan tengahari Kak Anda akan ingatkan untuk ambil set pantang shaklee ni. Terima kasih kak. hehe. tetiba sebak pulak ingat ni. sebab Kak Anda jaga kita macam jaga anak sendiri. Kalau dia rasa ada yang tak kena mesti dia akan tanya sampai kita luahkan. Dia taknak ibu berpantang ni susah hati atau stress. Semua benda boleh bercerita untuk kosongkan fikiran orang pantang.


Vivix untuk cepat sembuh luka dalaman dan beri tenaga

Set Pantang Shaklee untuk banyakkan susu badan, pulih luka dan bertenaga
Boleh dikatakan rutin harian Confinement Lady ni sangatla padat. Lepas masak untuk makan tengahari Kak Anda akan mengurut dan bertungku Mak Tang. Siap urut, tungku dan pakai kan bengkung baru makan. Lepas dah makan tengahari dah kemas-kemas semua. Biasa nya AR akan berehat, tidur sebelah petang. Baby Kak Anda jaga sambil angkat jemuran dan melipat baju. Pukul 6 rebus air mandian untuk baby dan AR. Anak-anak yang lain pun Kak Anda uruskan untuk mandi.

Bila malam kalau tak ada apa-apa kita orang akan tengok tv. Layan drama hehe...Masa AR pantang haritu tengah On drama Nur 2. haa tak pernah miss tau. Maklum lah viral tu. Kak Anda pula suka tengok drama-drama melayu. 

Kadang-kadang tu ajak mengurut kat ruang tamu boleh tengok tv kata nya. AR dengar je la dia bercerita tentang artis-artis atau cerita melayu ni. Nampak nya dia lagi tahu dari kita ni. hehe. Kak Anda juga ada menjaga artis-artis atau kenalan artis. Sebab mesti la ramai yang rekemen dia kan. Servis bagus, siapa tak rekemen. AR sendiri pun kawan yang rekemen. 


Bila dah nak masuk tidur Kak Anda akan ingatkan sentiasa untuk collect susu..senang untuk dia bangun malam susukan baby. Ini yang paling best pantang dengan CL ni. hehe...malam-malam tak payah bangun susukan baby. Lepas je Kak Anda balik, rasakan lah. ahakss

Alhamdulillah setiap hari mesti banyak susu untuk baby..siap boleh buat stok EBM dalam peti ais. AR kumpul stok EBM hanya dengan menggunakan silicone pump tu je. Tadah je sebelah lagi bila baby menyusu. Senang sangat tak de la nak kena basuh-basuh part electric pump tu kan. Sambil menyusu baby, susu pun keluar tanpa paksa untuk lagi sebelah. Badan pun tak penat sangat nak mengepam susu.

Kak Anda cukurkan rambut baby Amyra hari ke 7

Hari ke 8 bawa baby check kuning. Kak Anda dah siapkan susu sekali. hehe
Itu sahaja lah kenangan AR berpantang dengan confinement lady Kak Anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak korang yang nak cari khidmat confinement lady lepas bersalin nanti. Nak survey tu biar lah menepati keperluan kita sekeluarga. Macam AR suami sibuk nak uruskan setiap masa. Kalau ada pun weekend dan lewat malam baru balik. Tak banyak yang dia boleh bantu. Dari kita makan hati dengan kesibukan dia tu baiklah kita minta dia sediakan pembantu atau confinement lady ni kan. 



Salam Sayang, 
Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara



Continue Reading

14 October 2019

PENGALAMAN BERPANTANG MENGGUNAKAN KHIDMAT CONFINEMENT LADY PART 1

Add caption
Berikutan dari Pengalaman Bersalin di Andorra, harini AR nak share pengalaman berpantang menggunakan khidmat confinement lady pula. 

Zaman sekarang ni AR percaya ramai yang menggunakan khidmat confinement lady untuk selepas bersalin kan.Mungkin ramai juga diluar sana sedang mencari-cari confinement lady untuk persediaan bersalin nanti. Buat pengetahuan semua AR ambil khidmat confinement lady ni untuk 14 hari sahaja. 

Sebelum tu AR perkenalkan nama confinement lady AR yang lebih mesra di panggil Kak Anda. beliau berasal dari Surabaya. Buat masa sekarang ni beliau menjalankan khidmat confinement lady ni secara personal. Maksudnya bukan dibawah mana-mana company macam natalyst ke apa benda tu kan. Apa-apa terus je contact beliau secara langsung. Kak Anda adalah bekas confinement lady Mustika Ratu. 

Sebenarnya kali ni ialah kali kedua AR menggunakan khidmat Kak Anda ni iaitu masa berpantang Haris pada tahun 2016. Disebabkan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi harus lah repeat order kan. Lepas ni kalau boleh taknak repeat order dah. hehe. Tak repeat order pun tak pe la kot. Ahakss.

Jadi, masuk je hospital terus la AR roger Kak Anda, inform AR akan bersalin dah ni. Dan kena booking awal tau Kak Anda ni kadang-kadang penuh juga. Tapi kata nya AR kan regular customer harus la dia free kan diri pada tarikh tersebut. kebetulan pula beliau baru je habis kan tempoh perkhidmatan di salah sebuah rumah customer dia.

Apa yang confinement Lady ni buat kat rumah ye? 

Tugas Kak Anda setiap hari bermula pukul 5.30 - 6.00 pagi Kak Anda dah bangun start dari menyapu dan mengemop lantai. Lepas tu mandi dan solat Subuh. Basuh baju, sidai baju, mandikan baby, sediakan mandian untuk orang pantang ni. Anak-anak yang lain pun beliau uruskan. 

Air mandian daun herba




DIY kerusi tanggas..hehe

Contoh macam anak AR, Haris 3 tahun, Nayli 4 tahun pun Kak Anda uruskan dengan layanan yang sangat baik. Kalau boleh Kak Anda tak nak anak-anak kacau Umi dia. Awal-awal tu Haris taknak juga dengan Kak Anda Alhamdulillah makin lama makin ok. Bila nak mandi ke basuh berak ke kena main kejar-kejar dulu tu biasalah. hehe..Umi dia pun selalu kena. Nayli ok je sebab dah boleh faham kan. 

Kak Anda sangat mesra dan anak-anak pun senang nak dekat dengan Kak Anda. Penyayang pada kanak-kanak. Sepanjang tempoh berpantang dengan Kak Anda, Anak-anak AR panggil Kak Anda nenek..Kak Anda pun bahasakan diri nya Nenek. So anak-anak jadi lebih rapat dan selesa dengan dia. Kalau ikutkan penat kan nak urus semua sekali termasuk anak-anak kecil yang lain. Tapi Kak Anda nampak sangat ikhlas melayan kerenah anak-anak AR. 

Lepas dah siap urusan pagi-pagi tu Kak Anda akan memasak lauk pantang  untuk AR. Untuk anak-anak pun Kak Anda masakkan. Husband AR biasa nya tak makan kat rumah. Anak-anak ok je makan sama dengan umi dorang. Hehe paling tidak makan dengan kicap dan telur. Kak Anda la yang melayan. 

Macam dah panjang sangat je..hehe..Kita sambung next entry ye...banyak lagi nak kongsi dengan korang tentang pengalaman berpantang menggunakan khidmat confinement lady ni....PART 2








Salam Sayang, 
Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara





Continue Reading