26 October 2019

SHELL OUT SEMPENA BIRTHDAY MA TERSAYANG

Happy Birthday Ma, Surprise!!
Tanggal 9 Oktober lepas, genapla umur Ma Kakya 60 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1959. Alhamdulillah dengan umur beliau ini sihat walafiat dengan kehadiran 10 cahaya mata. Rezeki Ma juga anak-anak ramai yang tinggal dekat. Jadi sempena hari lahir Ma tempoh hari kami adik beradik sepakat untuk masak Shell Out kat rumah Kakya. Boleh buat meja panjang kat laman. hehe. 

Surprise tau...Kebetulan hari kejadian Ma masak nasi dagang, kat group whatsapp Ma dah jemput kami datang. Tapi tak ramai la yang datang sebab sibuk nak masak ni. Banyak benda nak kena buat. Selalu nya Ma yang masak kalau ada keramaian. Kami tinggal tolong sikit-sikit. Ini dah semua benda kena buat sendiri mendapat la kan. Masing-masing tak biasa masak banyak-banyak macam ni. Kena ada ketua yang berpengalaman macam ma baru la cepat. Hihi alasan kan. 

Macam mana boleh tercetus nak masak Shell out sempena sambutan hari lahir ma ni? 2 3 menjak ni orang tu keluar gi makan shell out. Tokmek Kakya pun datang dari kampung sepupu Kakya bawa gi makan shell out. Yang lain-lain duk cerita tempat masing-masing pergi makan sedap. Pakat la nak ajak pergi makan kat sana Jadi nya Kakya tercetus la idea untuk buat menu Shell Out ni. Buat sendiri lagi murah kan bila ramai-ramai macam ni. 

Bahan Mentah Untuk Shellout
Bermula la Kakda (kakak no 2) pergi beli bahan-bahan sebab dia paling dekat dengan pasar borong selangor. Alhamdulillah segar-segar semua nya..Kakya kat rumah standby je tunggu bahan mentah sampai. Sampai je terus masing-masing sinsing baju untuk masak. Menu shellout yang kami setuju ialah ketam, kerang masak cili. Kakya ditugaskan buat masakkan buttermilk. Udang, ayam dan kupang buttermilk. Manakala lala masak kicap. So tak banyak sangat kerja kan tinggal buat sos dia je then masukkan la semua bahan mentah. 

Kaklong tengan buat apa pun tak tau la tu. rosak gambar I tau. hehe

Siapp
Siap semua masakan kita letak je dulu atas meja sambil menunggu ketibaan birthday girl. Menu Shell out ialah Kupang buttermilk, Sotong goreng tepung, Udang Buttermilk, Ketam masak cili. Tidak kelihatan ayam goreng terpung, ayam buttermilk dan lala masak kicap. Puas hati makan banyak. 

Apahal parking kat dalam ni..nak prank ke terus menyorok. hehe

Dapat tangkap untuk tiup lilin

Nyanyian selamat untuk Tokmek yang melahirkan ibu kami..hehe

Ketibaan Ma dan Tokmek (Mak yang melahirkan ma kami..hehe). Kebetulan Tokmek ada kat rumah ma, usung la dia sekali. Ma dan Tokmek kena kelentong minta ikut teman adik nak ambil barang kat rumah Kakya. Tak payah turun kereta pun kata nya. So masing-masing tak bersiap la main sarung je mana sempat. Sampai je rumah Kakya kami dah buka kan pintu pagar biar VIP parking kat dalam. Kereta tetamu lain semua dah parking jauh tak bagi Ma perasan. Ahakss...teruk punya surprise. Lepas je kereta ma masuk kat dalam kami keluar dari sebelah rumah dengan kek.  

Birthday girl dibawa ke meja makan dan meja kek untuk majlis bergambar. hehe
Kelihatan nenek tengah dukung cucu yang disebut-sebut tak balik minggu ni. rupanya duk tunggu nak jumpa kat sini. Baru lepas tengok video sikecil tu lagi la rindu. 
Bacaan doa oleh 'ustaz Z' adik Kakya

Hidangan oleh abang ipar Kakya

Jom makan. Tukang masak tengok je dulu 

Orang duk sibuk dia gi posing pulak
Budak-budak letak je, boleh makan bersila untuk mak-mak yang ada anak kecil

Tokmek..Semoga panjang umur. Terima kasih melahirkan mak kami.

Birthday Girl..Semoga panjang umur untuk Ma. Maaf la atas surprise ni. hehe
Main chapklicap..ha korang tau tak.

Taktau la apa topik bapak-bapak..


Lepas makan, kemas, kita lepak-lepak. Sengaja buat petang dalam pukul 6.30 dijangka ketibaan VIP. So boleh la balik awal. Kesian pada yang nak balik jauh nanti. Ampang je paling jauh pun dari Bandar Kinrara. Ihik..ye la boleh lepak lama sikit kan. Yang lelaki dah jumpa tikar kat situ automatik pulak buat tempat solat jemaah kat situ ye

Nak balik dah, sempat la ambil gambar dengan gegulz semua. 

Terima kasih semua watak utama yang sporting

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Lagi istimewa dengan kehadiran Tokmek sebab beliau juga la kami ada di dunia ini. Nak resepi Shell out? Nanti Kakya share di lain entry ye. Daaaaaa




0 comments:

Post a comment