12 November 2019

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU HARIS!!




Selamat hari lahir Haris my only son...paling hensem dihati Umi dan Papa. Hari lahir Haris yang ketiga tahun. Simple celebration je, Papa kata takde bajet. Haha..Kebetulan baru balik dari kampung pagi tu. Umi nya pun malas nak fikir nak buat apa. Dengan keadaan mental dan fizikal yang masih penat travel, beg balik kampung pun duk tepi dinding lagi. Takde mood nak buat majlis keramaian. Last-last kita orang dinner beli kek dan KFC je. Hehe muncung tak leh blah, gigih nak tiup lilin. Keesokannya baru la pergi cari hadiah untuk Haris. 


Muka happy ke apa taktau dapat surprise..hehe (diapit oleh 4 dara)

Tapi budak-budak kan, macam mana pun tetap meriah dan happy. Asalkan ada juga la sesuatu untuk Birthday Boy. 


Comel tak kek Haris? hehe..dah last minit malam tu nak makan baru nak gi cari kan tak ada rezeki nak beli kek kegemaran anak-anak. Kek coklat Indulgence Secret Resepi tak ada yang whole. Untuk kek coklat yang anak-anak makan tinggal la coklat au lait ni. Itupun dah tinggal separuh dah. Umi pun dengan kreatif nya ambil je la 6 slice. hehe. Jadi la kek petak yang comel untuk makan sekeluarga. Dah kecik comel tu memang sekali hadap je la jawab dia. Semua nya suka kek coklat. Yang best nya harga pun jadi murah lah dari bajet. hehe. 

Apa-apa pun Umi nak ucapkan selamat hari lahir untuk satu-satu nya anak lelaki Umi yang ke 3 tahun, Semoga membesar menjadi anak yang Soleh. Semoga Allah melimpahkan Rahmat kepadamu. Semoga dicukupkan usia untuk beribadah dan tercapai apa yang dicintakan dan dicitakan. Amin, Doa Umi sentiasa mengiringi disetiap langkahmu. 


Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment