Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: PERCUTIAN PERCUMA STAR CRUISE LIBRA DAY 1

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

14 December 2017

PERCUTIAN PERCUMA STAR CRUISE LIBRA DAY 1

shaklee incentive trip 2017



Hai uolls...Alhamdulillah harini baru berkesempatan share pengalaman AR semasa percutian percuma star cruise libra tajaan sepenuhnya dari Shaklee pada 22 November - 26 November yang lepas. 

Untuk kali ni AR layak 1 tiket..Alhamdulillah dapat peluang untuk join trip ni. sebelum ni AR pernah hadiah kan untuk mak percutian ni ke Langkawi. sebab masa tu AR dalam pantang. hehe best tak shaklee boleh transfer tiket untuk famili. So Kalau uolls sudi baca pengalaman AR In Shaa Allah AR kongsikan disini 


Pagi 22 November baru siap packing hehe..Berat hati nak tinggal budak kecik yang baru berusia 1 tahun 12 hari tu. Haris masih menyusu badan kan. 

Memandangkan cabin di cruise nanti kecil je so kita dinasihatkan untuk bawa luggage kecil je. AR decide untuk bawa Medium Size dengan back pack yang Shaklee bagi. Cukup la sorang2 kan. Kalau ada anak2 lain pulak cara packing nya. haha. Yang penting Vitamin Shaklee dan penjagaan kulit wajah jangan di lupa ye. 



Di HQ Shaklee Sunway kami diminta untuk berkumpul bermula jam 4 petang pada hari rabu 22 Nov. 


Masa pendaftaran dapat Luggage Tag, kad nama shaklee dan duit belanja dari shaklee. (untuk makan tengahari di Penang) selama 5 hari 4 malam semua shaklee taja. Memandangkan di penang nanti kami akan shopping2 di sekitar penang jadi kena cari sendiri lunch. So pandai2 la guna duit yang Shaklee bagi tu kan. hehe


Shaklee sediakan bas dari HQ Shaklee Sunway ke Port Klang. Lebih kurang jam 6 sampai di Port Klang 





Berkumpul di tempat berkumpul untuk menunggu urusan check in. sebelum check in kami di sediakan kad electronik sebagai kad access sepanjang berada di dalam cruise. Kad ini juga untuk kunci cabin, shopping atau sebarang urusan di dalam cruise nanti. shopping pun tak perlu guna duit. Nak check out nanti baru kira cas di dalam kad.

Photo copy passport di sediakan oleh pihak shaklee untuk turun di Phuket. Passport original di simpan oleh pihak Star Cruise.

Drink Voucher untuk di tuntut bila2 masa sepanjang berada di dalam cruise. free...Sebelum balik kita habis kan la. haha









Selepas melalui kastam terus berjalan ke cruise lebih kurang 100m sambil2 menikmati pemandangan waktu senja di port klang.

Disambut oleh banner Shaklee. kembang semangkuk la hehe.



Roomate aka upline AR..tengah check in. dah masuk kapal kena swipe access card tadi untuk record kita dah masuk kapal kan. 


Tengah keluar cari roommate nampak sideline tengah turun tangga..kesian kena angkat beg sendiri. hehe. Mungkin dia tak sempat nak letak luggage untuk di angkut oleh crew kapal. AR pulak sempat letak sebelum check in tadi. 


Kecil je ruang bilik dia...sangat wow bagi AR. tak pernah bayang macam mana la duduk dalam kapal. hehe kesian kan. so nampak seketul2 beg luggage yang sudah dihantar oleh crew 



tadaa beg dah sampai dulu dari tuan badan...tercongok depan bilik sorang2 ye. ahaks.


Ruang bilik ada 2 katil single..ikutkan ada lagi 1 kat atas. dia lipat.sebab tu life jacket ada 3. Tapi Shaklee bagi iolls 2 orang je sebilik. Best.


Nampak pintu tandas dan pintu keluar..ruang sebelah kiri. TV tu kita boleh tengok kedudukan kapal dan info tentang cruise. 


Ruang sebelah kanan meja mekap. hehe..dengan kabinet baju. 


Ada surat welcome dari shaklee...Best! Terima kasih Shaklee. Siap bagi shaker botol sorang 1


Bilik air yang tersangat comel..boleh masuk sorang2 je tau. hehe. bila pam tandas tu sebijik macam dalam kapal terbang. haha terkojut sokmo AR






Memandangkan kita check in pukul 6 dan dah tiba waktu dinner...pukul 7 terus naik deck 9 tingkat atas sekali untuk menikmati makan malam. waaa...naik atas je dah bau seafood. Rasa lapar sesangat. haha. Memang superb makanan dan masakan depa. Yang paling teringat asam laksa tu lah. Nasi sepanjang atas kapal AR tak sentuh sebutir nasi pun. Nampak tak permainan dia..boleh rasa lauk banyak2 kan. 



Lepas makan masuk bilik untuk ambil life jacket. Pihak cruise mewajibkan untuk semua penumpang yang baru naik haritu untuk hadir ke taklimat emergency drill. Assemble area boleh tengok di kad access kita tadi. lepas tu semua akan dibawa ke tempat untuk keluar dari kapal jika berlaku sebarang kecemasan. Dapat tengok bot-bot kecil kat atas tu tak perasan pulak ada berapa ketoi. hehe. dah cukup untuk semua penumpang dan anak kapal. 

Selesai je taklimat ni. Terus masuk cabin dan berehat untuk DAY 2






Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com


Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

2 comments:

  1. Seronoknya dapat pengalaman naik star cruise..best la...SA ada sedikit seriau kalau sentuh bab kapal..takut tu ada..tapi insyaallah selamat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dah lama teringin tapi memang xpergi la kalau org xbw. hehe. Alhamdulillah ok je SA. boleh la pergi untuk release tu kan. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign