28 July 2021

KEPENTINGAN PREBIOTIK DAN PROBIOTIK KEPADA TUBUH BADAN

Prebiotik


Prebiotik adalah kelas serat makanan yang terdapat di dalam sesetengah makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang tertentu. Prebiotik bertindak sebagai baja kepada bakteria baik di dalam usus anda iaitu Probiotik.

Sumber Prebiotik (Contoh Makanan yang baik dan mengandungi Prebiotik)

  • Pisang
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Kekacang 
  • Bijirin
  • Akar chicory
  • Asparagus 
  • Buah Beri

Probiotik


Probiotik adalah bakteria hidup yang baik untuk sistem pencernaan anda dan boleh membantu anda mengekstrak nutrien dari makanan anda. Penyelidikan mengenai probiotik menunjukkan bahawa bakteria ini dapat membantu menjaga sistem kekebalan tubuh yang kuat dan mengurangkan keradangan kronik. Keradangan kronik dikaitkan dengan penyakit seperti diabetes, barah, dan penyakit jantung.

Sumber Probiotik 

  • Yogurt
  • Kimchi (Makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa)
  • Tempe
  • Tapai
  • Produk Susu Kultur
  • Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kobis yang difermentasi

Secara ringkasnya prebiotik dan probiotik sangat penting kepada tubuh badan kita kerana Probiotik merupakan bakteria baik yang bagus untuk kesihatan usus manakala prebiotik pula merupakan makanan kepada probiotik yang membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik. 

Prebiotik dan probiotik berfungsi bersama, prebiotik mendorong kelangsungan hidup bakteria sihat, yang akhirnya menjadikan probiotik (bakteria sihat) lebih berkesan pada kesihatan usus. Apabila usus kita sihat sistem imuniti badan kita juga menjadi lebih kuat.

Kebaikan dan manfaat Prebiotik

Meningkatkan kesihatan pencernaan
Melawan keradangan dan penyakit kronik
Meningkatkan imuniti
Membantu beri rasa kenyang
Membantu menurunkan berat badan

Prebiotik Shaklee
Probiotik dan Prebiotik Sumber Public Health Malaysia



Supplemen / Produk Shaklee yang mengandungi Prebiotik, Baca Sini ==> Life Shake Elderberry Shaklee 



Jika anda ingin mendapatkan produk ini dengan harga ahli yuran keahlian hanya lah Rm35.00. Belian seterusnya anda juga layak untuk mendapatkan nya dengan harga ahli. Baca Kelebihan Dan Cara Daftar Ahli Shaklee 


Untuk Order atau pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya Ajuya di www.wasap.my/60126102263

Baca juga 


Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading

12 July 2021

BISNES SHAKLEE DARI RUMAH SALES CECAH RM 14,000 SEBULAN

 

Bisnes Shaklee dari rumah

Alhamdulillah, pencapaian bulan Jun lepas, Kakya telah berjaya meraih jumlah jualan kumpulan Rm14,000. Buat bisnes Shaklee dari rumah sahaja. Jualan ini adalah dari jualan Kakya sendiri dan juga ahli-ahli dibawah Kakya. 

Sebenarnya bukan mudah, di musim PKP ni kita kena la cari alternative untuk menambah pendapatan. Musim ni pula susah nak bergerak kan. Kebanyakan kena melalui Online lah. Sebab tu Kakya bersyukur sangat di pertemukan dengan bisnes Shaklee ni. Walaupun dalam keadaan pandemic. Produk Shaklee tetap laku keras. 

Orang kata kalau nak buat bisnes, buat bisnes produk yang tinggi repeat order, produk yang evergreen ( orang ambil atau makan sepanjang hayat) . Produk Shaklee ni pandemic ni makin ramai orang cari. Ye lah orang tengah jaga kesihatan nak tingkatkan sistem imun sekeluarga. Produk nya pun sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Jadi mudah lah untuk membuat jualan. Yang penting kita tahu teknik dan jadi lah orang aktif menjual. Baru la orang percaya kita sebagai penjual.

Eh nak cerita apa sebenar nya ni. Haha...Takpe la nak bagitau je. Kalau korang sedang cari bisnes online yang boleh dibuat dari rumah di musim PKP ni. Boleh la pertimbangkan bisnes Shaklee ni ye. Kakya sudi bantu. In Shaa Allah. 


Bisnes dari rumah
Recognition Dari Founder Maestro

Jika anda berminat dan berniat untuk menjalankan bisnes Shaklee ni boleh la terus berhubung dengan Kakya di Whatsapp untuk maklumat lanjut. Kakya akan ajar cara nya, dan kami mempunyai support group yang kuat. Baca kelebihan menjadi Ahli Shaklee disini

Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263



Continue Reading

BIRTHDAY YAYA KE 10 TAHUN TEMA KEK BLACKPINK

Tanggal 24 haribulan Jun haritu birthday anak Kakya yang ke 10 tahun. Nama panggilan nya kat rumah Yaya. Dah lama duk teringin nak kek blackpink ni ha. So dah cakap kat dia PKP ni macam mana nak buat birthday. Tak boleh nak jemput orang datang. Biasa nya kalau birthday Kakya akan buat kecil-kecilan jemput saudara terdekat je. Itu pun mak dan adik beradik Kakya lah. Lagi pun dorang dekat je. Senang nak datang kan. Malang nya PKP ni buat kita-kita je la umi. Kata yaya. Hehe..Berharap jugak la tu nak Kek Blackpink tu.

Kek Blackpink

Umi punya la survey bakers kat area rumah di Bandar Kinrara ni. Ada 2 bakers, tapi dua-dua pun tak buat kek Blackpink. eh pelik jugak kita. Haha.. Takpe la terus teringat kat sahabat Kakya yang buka kedai Biskut dan Kek di Desa Mentari, Taman Medan. Terus la contact dia Puan Neo Lofa nama facebook nya . Tak pe la jauh sikit pun kita upah runner pergi ambil. Alhamdulillah mudah urusan dengan beliau. Siap juga akhirnya Kek Tema Blackpink untuk Yaya. Korang yang cari biskut ke, kek murah2 boleh la hubungi beliau ye. 


Kek Blackpink
Muka kena surprise, kata nya pedih mata. Hehe, mesti sebak la tu.


Kisahnya umi lupa nak bagi tau papa bahawasanya umi dah order kek. Haha..Papa pun tak tanya nak beli kek apa. Haha.

Bungkusan Kek yang sampai, Sangat kemas, Kek pun naik motor dengan runner Alhamdulillah selamat sampai. Hehe

Bergambar dengan cousin Yaya datang petang nya nak surprise kan Yaya. Bagi hadiah baju BTS (Kpop lagi)

Kek Mamasab ni umi la yang suka...Muahaha.

Petang nya makan Pizza Hut, Malam nya umi goreng bihun goreng je. Hehe..Jadi lah birthday musim PKP kan.Simple2 je.

Semoga Yaya panjang umur dan di murah kan rezeki. Jadi anak Solehah untuk umi dan Papa. 


Continue Reading

09 July 2021

TIPS MENJAGA BAYI DEMAM KUNING @ JAUNDICE | AJUYA RASHID

bayi kuning
Amyra kena kuning @ jaundice ketika berumur 8hari

Demam kuning atau dikenali sebagai jaundice adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru lahir. Baby Amyra juga tak terlepas dari terkena demam kuning ni. Seingat Kakya anak-anak yang lain tak lama macam Amyra. Paling kuat pun umur seminggu tu memang ada tapi tak tinggi dan sekejap je dah turun. Jadi Kakya tak banyak la amalkan tips yang bukan-bukan macam sesetengah orang buat tu kan. Tinggal menyusukan anak-anak dengan susu badan Kakya banyak-banyak je. Kalau tidur je lebih 2 jam mak selalu ingatkan suruh kejut menyusukan baby kalau baby tido. Lepas je beberapa hari terus hilang macam tu je kuning tu.

Tapi Amyra lama pulak hingga hari ke 14 baru la nampak ada perubahan. Itupun lepas pergi check tengok-tengok bacaan dah turun.

Bayi kuning
Bacaan Bilirubin dari 259 turun 174

Masa ni Amyra umur 7hari kuning tinggi bacaan cecah 259. Risau hati maktang masa tu. Muka dan mata pun nampak sangat kekuningan. Masa tu belum on Vivix. Ambil set pantang shaklee yang biasa.

Balik je dari check up terus on vivix, bagi susu badan sepenuh nya. Akak Confinement Lady (CL) bagi petua macam-macam. Makan sengkuang cina lah, bagi baby air sengkuang cina, susu kambing apa lagi tak ingat.

Vivix Shaklee lepas bersalin
Testimoni Ambil Vivix Selepas Bersalin

Tapi kakya degil. Tetap je bagi susu ibu, kakya yakin dengan susu sendiri. Bagi baby nyusu banyak-banyak In Shaa Allah. Lagipun susu badan banyak cukup malah lebih2 untuk baby. Boleh buat stok ebm lagi. Malam-malam CL guna stok ebm untuk pastikan baby minum 2 jam sekali.

Hari ke 10 pergi check lagi kat Andorra..Turun banyakkkk 174 dari 259. Alhamdulilah..Doktor nak bacaan bawah 150 pada hari ke 14. Alhamdulilah Amyra bebas dari kuning. Lega hati seorang ibu kan. Kalau gi hospital lain mau tiap-tiap hari kena ambil darah check kuning. Lagi la kesian kat baby, kat diri sendiri jugak yang sedang berpantang.

Lama dah simpan citer ni. Tapi nak share jugak buat ibu-ibu yang cari ikhtiar untuk bayi kuning. Jangan sesekali bagi baby makan atau minum selain susu ibu atau susu formula ye. Sebaik2 nya susu ibu lah. Ikut nasihat doktor. Jangan cuba-cuba nak guna petua yang bukan-bukan. Paling penting ikhtiar untuk banyakkan susu badan dan jaga kesihatan ibu-ibu untuk beri susu yang terbaik untuk anak kita. 

Baca juga 




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm35.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading

08 July 2021

KHASIAT BUAH ELDERBERRI YANG SANGAT MENGAGUMKAN | AJUYA RASHID

khasiat buah elderberri


Buah Elderberri ialah buah beri yang luar biasa. Saiznya kecil. Kuasanya besar. Elderberi adalah Makanan Luar Biasa (superfood), penjana nutrien, kaya dengan fitonutrien. Selama berabad-abad, Elderberi terkenal kerana mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang mengagumkan, termasuk kesihatan imun.

Elderberry tinggi antioksidan


Manfaat Menakjubkan Elderberri


  1. Tinggi Kandungan Antioksidan Sumber asid fenolik, flavonol, Vitamin A dan C yang bagus, iaitu antioksidan utama untuk membantu melawan radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  2. Kaya dengan Polifenol-Antosianin Nutrien utama dalam Elderberi, antosianin adalah sebatian yang bertanggungjawab memberikan buah ini warna ungu gelap dan ia popular dengan sifat antikeradangan dan antikarsinogenik, manfaat kesihatan kardiovaskular dan kesihatan imun.
  3. Elderberi mengandungi lebih banyak antosianin berbanding beri yang lain. Secara tradisional digunakan untuk melegakan simptom demam dan selsema Makanan perubatan dan penawar semulajadi dalam perubatan tradisi rakyat Eropah untuk membantu melegakan demam, selsema, sakit-sakit badan, batuk, hidung tersumbat dan sinus.
  4. Meningkatkan Pertahanan Badan Mengandungi ciri antibakteria dan antivirus semulajadi, yang boleh membantu badan anda melawan jangkitan.
  5. Mempercepatkan penyembuhan, Mengurangkan demam dan selsema yang berpanjangan. Kajian mendapati bahawa penghidap selsema mengalami tempoh serangan yang lebih pendek dan simptom yang kurang teruk apabila mengambil ekstrak elderberi pada permulaan kemunculan simptom. Sebatian dalam elderberi didapati menyekat protein dalam virus selsema daripada melekat kepada sel perumah. Ini dapat menjelaskan mengapa ia kelihatan boleh melawan selsema.

Elderberri Mempunyai Nilai ORAC Yang Paling TInggi 



ORAC ialah singkatan daripada Oxygen Radical Absorbance Capacity. Dalam setiap 100 gramnya, terkandung skor ORAC sekitar 4.873. Skor tersebut adalah tolak ukur untuk mengetahui berapa kadar antioksidan dalam makanan yang dapat diserap tubuh. Semakin tinggi skornya, semakin besar efek antioksidan yang diserap dalam tubuh.

Di Dalam jadual di atas, Buah Elderberri mempunyai skor ORAC 14,700 yang sangat tinggi berbanding buah beri yang kaya antioksidan lain seperti beribiru dan cranberi.

Bagaimana Elderberri Meningkatkan Kesihatan Imun?


  1. Menghalang keupayaan virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat
  2. Meningkatkan pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tindak balas imun terhadap jangkitan virus
  3. Melindungi Sel-sel imun dari kerosakan terhadap radikal bebas
  4. Merangsang tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku.

Power betul si kecil ni ye. Orang kata kecil-kecil cili padi, Tapi sangat mengagumkan khasiat dia. Sebab tu la terhasilnya Life Shake Elderberry Shaklee ni. Di campur dengan soy protein untuk meningkat kan rasa dan juga khasiat nya, bagi mereka yang ingin meningkatkan sistem imun dan menjaga berat badan boleh la cuba kan. 

Info lanjut mengenai Life Shake Elderberry boleh baca kat SINI

Baca juga 
Produk Vivix yang mempunyai khasiat buah Elderberri ==> Vivix Shaklee 


Jika anda ingin mendapatkan produk ini dengan harga ahli yuran keahlian hanya lah Rm35.00. Belian seterusnya anda juga layak untuk mendapatkan nya dengan harga ahli. Baca Kelebihan Dan Cara Daftar Ahli Shaklee 

Untuk Order atau pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya Ajuya di www.wasap.my/60126102263


Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263


Continue Reading

06 July 2021

PROMOSI SHAKLEE JULAI 2021

Promosi Vivix Shaklee
Promosi ResV dan Vivix Shaklee

Promosi Shaklee bulan Julai 2021 ini jatuh kepada produk ResV dan Vivix . Lebih dikenali sebagai ResVivix. Sebab kedua2 produk ni mempunyai bahan utama yang lebih kurang sama cuma ianya berbeza dari segi bentuk nya sahaja. ResV di dalam bentuk kapsul manakala Vivix dalam bentuk liquid. Jadi untuk promosi kali ini belian 2 botol ResV anda akan dapat beg D'Daun Exclusive dari Shaklee. Dan belian 1 botol ResV bersama 1 botol Vivix juga anda akan dapat beg sama. Cantik kan beg tu. Hehe.

Harga untuk set ResV 2 botol Rm 816.00
Harga untuk ser ResVivix Rm 788.00

Dengan belian set ini juga anda layak untuk daftar keahlian Shaklee secara percuma yang bernilai Rm35.00. Juga percuma penghantaran. Haa ada cash rebate 5% tau. Terus masuk ke akaun bank anda. 

Skincare Youth Shaklee

Pembelian Youth Skincare Set dan mana-mana "add on" produk Youth anda akan dapat percuma Shaklee D'Daun Beg yang sangat Exclusive. Boleh la bawa pergi jalan-jalan. Hehe

Kelebihan dan Kebaikan Youth Skincare yang anda bakal dapat ialah :-

  • Kulit kelihatan lebih muda
  • Memperbaharui tekstur kulit
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengurangkan kedut wajah 
  • Menegangkan wajah 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • 100% vegan 
2.1 Belian set basic Youth anda layak membeli D'daun beg dengan harga Rm30.00. Set basic mengandungi (Rm510.00 percuma keahlian Shaklee)
  • Youth Luminous Gel Cleanser
  • Youth Perfecting Skin Toner
  • Youth Age Defense Moisturiser SPF 50

2.1 Belian Set Starter Light Youth Skincare anda akan dapat Beg D'Daun secara percuma. Set Starter Light mengandungi

  • Youth Luminous Gel Cleanser
  • Youth Perfecting Skin Toner
  • Youth Age Defense Moisturiser SPF 50
  • Youth Night Cream 

Dan juga "add on" mana-mana produk Youth anda akan dapat percuma D'Daun beg.

Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading

05 July 2021

LIFE SHAKE ELDERBERRY PROTEIN SHAKE TERBARU SHAKLEE | AJUYA RASHID

Life Shake Elderberry Shaklee
Life Shake Elderberry Shaklee
Harga Ahli : Rm 165.00
Harga Runcit : Rm 181.25

LIFE SHAKE ELDERBERRY adalah produk protein Shake Shaklee yang terbaru. Shaklee baru sahaja melancarkan penjualan pertama nya pada awal bulan Julai ni. Jadi jika anda adalah orang ingin meningkatkan sistem imun badan anda secara semulajadi dan ingin menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan ini lah masa nya. Jom cuba Life Shake Elderberry sekarang. 

Life Shake merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan tambahan ekstrak Elderberi untuk meningkatkan perlindungan.

Kaya, berkrim dan sangat lazat dengan sistem pemanis baharu kami, Reb M, Life Shake meningkatkan tenaga, memberi rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyokong kesihatan secara menyeluruh. 

Manfaat Buah Elderberry 

life shake elderberry
  • Tinggi Kandungan Antioksidan 
  • Kaya dengan Polifenol - Antosianin 
  • Secara tradisional digunakan untuk melegakan simptom demam dan selsema.
  • Meningkatkan pertahanan badan 
  • Mempercepatkan  penyembuhan, mengurangkan demam dan selsema yang berpanjangan 

Kebaikan Life Shake Elderberry

Manfaat Life Shake Eldeberry Shaklee

  • Sarapan berkhasiat - Hidangan lengkap 20g protein Non GMO dengan nisbah tepat bagi semua 9 asid amino perlu.
  • Perlindungan dan kesihatan pencernaan - Ditambah denga nekstrak elderberri untuk meningkatkan perlindungan, 6g serat, enzim pencernaan dan juga prebiotik proprietari bagi membantu kesihatan usus anda.
  • Snek Sihat - Padat dengan 24 vitamin dan mineral harian yang penting, dengan hanya 150Kcal.
  • Pengurusan berat badan yang sihat - Hidangan rendah glisemik yang dimaniskan secara sempurna dengan Reb M, untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan berat badan yang sihat. Sangat bagus sebagai pengganti makanan.
  • Tenaga sebelum dan selepas bersenam - Leusina membantu mengekal dan membina otot tanpa lemak untuk meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak.
  • Tenaga dan rasa kenyang yang lama - Membantu anda kekal bertenaga, berasa puas dan mengurangkan keinginan untuk makan.

Manfaat Lain Life Shake Elderberry Shaklee


Kandungan Nutrisi Life Shake Elderberry


Saranan Penggunaan Life Shake Elderberry 

2 Scoop sehari boleh dicampurkan bersama 1 cawan susu rendah lemak atau air kosong dan air sejuk. Elakkan menggunakan air panas mendidih.

Harga Life Shake Elderberry Shaklee 

Harga ahli : Rm165.00
Harga Runcit Rm181.25 


Jika anda ingin mendapatkan produk ini dengan harga ahli yuran keahlian hanya lah Rm35.00. Belian seterusnya anda juga layak untuk mendapatkan nya dengan harga ahli. Baca Kelebihan Dan Cara Daftar Ahli Shaklee 


Untuk Order atau pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya Ajuya di www.wasap.my/60126102263

Baca juga 


Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263
Continue Reading

17 June 2021

ESP SHAKLEE IN SACHET AVAILABLE FOR SALE

ESP Shaklee Sachet

Korang, Kakya excited giler nak update ni. haha...Serius mesti ramai yang tertanya-tanya dan ternanti-nanti ESP ni takde dalam bentuk sachet ke, takde dalam bentuk sample atau trial ke, maklum la tak semua orang minum soya ni. Tapi ESP ni Soya berperisa vanila, So korang kena cuba. Walaupun rasa dia ermmm sikit tapi khasiat sangat la debom. 

Antara Kebaikan ESP Shaklee 

  • Memberikan tenaga berterusan
  • Membantu dalam penurunan berat badan yang berlebihan 
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama 
  • Menguatkan otot rahim dan mengelakkan keguguran 
  • Membantu mengatasi Gastrik
  • Meningkatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu
  • Menyokong pertumbuhan bayi di dalam rahim
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit
  • Mencantikkan rambut dan kuku
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

ESP Shaklee trial


Harga ESP Dalam Sachet 

1 Kotak Rm99.00 mengandungi 10 sachet 

Harga Promosi Pengenalan 

Beli 3 kotak percuma 1 kotak. Jadi korang jimat RM99.00 dengan hanya Rm297.00.

Oh ya, Jangan lupa daftar ahli Shaklee sekarang dengan Rm35.00 terus nikmati harga ahli yang jauh lebih murah. Saya kirakan hanya dengan Rm272.00 anda layak untuk daftar keahlian dan dapat ESP Sachet 4 Kotak. Jimat kan. 


Baca Juga







Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading

16 June 2021

PROMOSI SHAKLEE JUN 2021

Salam sejahtera semua, dah masuk pertengahan bulan Jun baru nak update promosi bulan ni. Hehe...Biasa la PKP semua ada kat rumah mak mak busy terlebih la sikit. Walau apa pun masih belum terlambat untuk anda dapatkan set promosi ni tau. 

Promosi Shaklee untuk bulan Jun 2021 ni ialah Set Best Seller 

1. Shaklee Best Seller Set 

Promosi Shaklee Jun 2021

Set Best Seller ni la yang paling laku keras di Shaklee sebab tu ianya di panggil "Best Seller" Sangat sesuai untuk anda yang nak mula mengambil supplement.  Kebaikan yang anda dapat jika mengamalkan Set Best Seller ni ialah 
  • Meningkatkan imun sistem 
  • Melengkapkan nutrisi harian
  • Mencantikkan kulit
  • Mengelakkan dari stress
  • Mengurangkan kolesterol dan darah tinggi
  • Memberi berat badan yang ideal 
  • Mengelakkan osteoporosis
1.1 Harga Set Best Seller Shaklee (ESP) Rm412.00 dan mengandungi 
  • ESP
  • Omega Guard
  • Bcomplex
  • Ostematrix
  • Vitamin C
1.2 Harga Set Best Seller Shaklee (Cinch Shake Vanilla) Rm428.00 dan mengandungi 
  • Cinch Shake Vanilla
  • Omega Guard
  • Bcomplex
  • Ostematrix
  • Vitamin C
Pembelian Set Best Seller ni anda akan menikmati 
  • Keahlian Shaklee secara percuma (Jimat Rm35.00)
  • Penghantaran percuma (Bernilai Rm10.00)
  • Shaker Exclusive secara percuma (Bernilai Rm19.00)

2. Youth Skincare

Promosi Youth Skincare Shaklee

Pembelian Youth Skincare Set dan mana-mana "add on" produk Youth anda akan dapat percuma Shaklee D'Daun Beg yang sangat Exclusive. Boleh la bawa pergi jalan-jalan. Hehe

Kelebihan dan Kebaikan Youth Skincare yang anda bakal dapat ialah :-

  • Kulit kelihatan lebih muda
  • Memperbaharui tekstur kulit
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengurangkan kedut wajah 
  • Menegangkan wajah 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • 100% vegan 
2.1 Belian set basic Youth anda layak membeli D'daun beg dengan harga Rm30.00. Set basic mengandungi (Rm510.00 percuma keahlian Shaklee)
  • Youth Luminous Gel Cleanser
  • Youth Perfecting Skin Toner
  • Youth Age Defense Moisturiser SPF 50

2.1 Belian Set Starter Light Youth Skincare anda akan dapat Beg D'Daun secara percuma. Set Starter Light mengandungi

  • Youth Luminous Gel Cleanser
  • Youth Perfecting Skin Toner
  • Youth Age Defense Moisturiser SPF 50
  • Youth Night Cream 
Dan juga "add on" mana-mana produk Youth anda akan dapat percuma D'Daun beg.

Promosi Sah sehingga 30 Jun 2021




Baca juga 

Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading

22 March 2021

CARA MERAWAT GASTRIK KETIKA HAMIL

Wanita berisiko mengalami gastrik lebih teruk ketika hamil. Gastrik ketika mengandung berlaku disebabkan oleh kesan hormon reproduktif yang menyebabkan otot sempadan antara saluran pemakanan esofagus dengan perut menjadi sedikit longgar. 

cara merawat gastrik ketika hamil

Ia akan menyebabkan asid melimpah keluar dari perut dan naik semula ke dalam esofagus. Asid inilah yang menyebabkan gastrik dan rasa pedih ulu hati. Saiz bayi dalam rahim yang semakin membesar juga akan menyebabkan perut gagal menjalankan proses penghadaman dengan baik.

Gejala Gastrik ketika hamil 

  • Perut kembung
  • Pedih ulu hati 
  • Sembelit 
  • Badan rasa tidak selesa
  • Banyak angin dalam badan 

Cara Mengatasi Gastrik Ketika Hamil

  1. Elakkan makanan yang menyebabkan angin 
  2. Ambil makanan sedikit demi sedikit tetapi kerap 
  3. Baring dengan postur yang betul (tinggi kan bantal untuk elakkan gas naik keatas)
  4. Pakai pakaian yang selesa
  5. Buat senaman ringan seperti berjalan dan pernafasan
Ibu hamil berhati-hati jika ingin mengambil ubat. Berjumpa lah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat untuk merawat masalah gastrik ketika hamil anda. 

ESP Shaklee selamat untuk ibu hamil 


gastrik ketika hamil


ESP Shaklee untuk kehamilan dan kelahiran yang lebih sihat. 

  • ESP / Protein sangat penting dalam perkembangan tisu dan organ janin bagi menyokong pertumbuhan pesat bayi untuk asas kesihatan yang lebih baik.
  • Mengggalakkan penghasilan susu badan dan pengurusan berat badan untuk ibu yang menyusukan anak 
  • Memberikan tenaga berterusan untuk menjadikan anda lebih aktif sepanjang kehamilan anda.

ESP Shaklee untuk gastrik ketika hamil

  • ESP Shaklee adalah sumber protein yang dihasilkan daripada kacang soya NON GMO.kacang soya sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkali - dapat meneutralkan keasidan di dalam perut yang dirembeskan oleh kelenjar perut.
  • ESP Shaklee ada kandungan protein yang tinggi - dapat membantu dalam sistem pencernaan bekerja dengan lebih baik kerana sistem pencernaan kita mula bekerja apabila wujudnya unsur protein dalam perut.
  • ESP Shaklee boleh menggantikan susu - dimana bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak dengan sel-sel baru di lapisan mukosa perut yang rosak dan menipis akibat hakisan asid.
  • Minuman ESP Shaklee ini juga boleh memberikan tenaga kepada pesakit gastrik yang sering keletihan dan lesu. Selain itu, ia buatkan rasa kenyang yang lebih lama!



Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263


Continue Reading