Pengedar Shaklee Putra Heights dan Puchong: HATI-HATI DENGAN SCAMMER JUAL HANDPHONE PALSU!!

DISCLAIMER:-
*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi diblog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

16 November 2015

HATI-HATI DENGAN SCAMMER JUAL HANDPHONE PALSU!!




Kejadian ni berlaku pada pkul 12.00 tengahari di Giant Bandar Kinrara pada 13 Nov 2015. AR dan suami didatangi oleh seorang lelaki cina untuk menjual handphone di tangan nya. Iphone 6 katanya nak jual Rm1000.00. Tengok punya tengok, tilik habis2 sebab dia kata nak jual. Tak ada duit mau makan kalah judi. Huhu. Curiga memang ada..tipu ni. Husband AR pun tolak. 

Lepas kita orang xnak beli tu nampak dia cuba approach orang lain. Di takdirkan Husband dah jalan ke depan sikit dengan anak2. AR kat belakang sorang2. Dia kata ada berapa wang. Berapa boleh angkat. 700.00 boleh ke dia cakap. AR pun jawab Sy tak ada wang kena tanya husband dulu. Dia pun laju suruh tanya jalan depan sikit laju2. 

AR ni pk husband memang tengah survey handphone nak tukar handphone dia tu. Alang2 dah ada orang nak jual ni gitu la kan boleh consider.huhu. Mana nak dapat handphone macam ni kan dengan Rm1000.00. AR cuba cakap abg dia nak jual 700.00. Ish 800.00 la bos. Husband pun kuar kan 800.00. Maka berlaku la pertukaran antara duit dan handphone tu.

Orang tu cepat2 suruh Husband simpan. Jangan belek2 yela mungkin dia jual secara haram murah2 la konon. Lepas je husband dpt handphone pas la dekat AR. Sekali on tak dapat. Aik tadi ada je bateri masa tengok2 masa dia tunjuk awal2 tadi. Cuba tekan button kiri kanan on off apa2 button kat tepi kan. Whatt??? Plastikk? Perghhhh berderau darah orang nya dah hilang dah. Apa nak buat. 

Cuba gak cari kat parking dan kawasan sekitar. Memang la hilang kan. Cuba pergi dekat security Giant bandar kinrara tu. Apa je dorang boleh buat. Malas nak citer. Buat sakit hati je. Report pun sebab nak suruh dorang alert klau nampak org yg mcm ni tengah cari mangsa nak jual handphone lagi. Tolong perati. Dann tujuan AR buat entry ni pun nak minta sangat uolls kat luar sana jangan jadi macam AR.huhu beli handphone dikedai2 yang sah sahaja. Apa2 pun lepas belian kita boleh refer balik kan. AR anggap kejadian ni ada hikmah nya. Mungkin bukan rezeki kami duit 800 tu.

Dan petang lepas kejadian AR cerita kan pada kakak AR yang no.2. Rupanya abang ipar AR pernah kena sebiji macam AR. Tapi dekat The Mines. Uwaaaa lagi tak boleh nak terima. Maksudnya orang ni memang masih menjalankan aktiviti ni. Please and tolong jangan ulangi kesilapan kita orang. 





Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263





3 comments:

  1. Penipu mcm ni mmg licik. Guna alasan sedih nk suh kita bg diorg peluang. Anggaplah xde rezeki yg tu. Inshaallah entry dpt bantu org lain pula supaya berhati2.

    ReplyDelete
  2. Penipu mcm ni mmg licik. Guna alasan sedih nk suh kita bg diorg peluang. Anggaplah xde rezeki yg tu. Inshaallah entry dpt bantu org lain pula supaya berhati2.

    ReplyDelete
  3. Kena ati2 jugak lepas ni..
    Sbrlah ye kak,

    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ajuya Rashid Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign