04 November 2021

Resepi Ayam Bakar BBQ Guna Rempah Diet Paparoger

Seronok ye semua lepas dapat rentas negeri, sakan update Sana sini pergi bercuti. Tak kurang juga yang pergi berkelah dan buat BBQ dengan family. Kakya pun sempat la 2 trip bawa anak-anak mandi kolam. Hehe kena pandai pilih tempat percutian yang tak ramai orang musim-musim ni. Alhamdulillah sekurang-kurang nya dapat juga keluar sekejap ambil angin luar kan. 

Rempah Diet Paparoger

Siapa pernah dengar rempah diet Paparoger ni. Sebenarnya rempah ni abang ipar Kakya punya resepi perapan untuk menu diet dia. Sebab tu nama dia rempah diet. Dia turun 20kg kau diet guna rempah ni. Kita tak diet ni pun boleh je nak makan, tapi boleh la tambah garam sikit dan lemon. Kalau nak bagi basah sikit boleh tambah minyak. Kalau orang yang diet guna minyak zaitun. Gaul dan perap selama 1 jam boleh la nak ber bbq. Masuk air fryer pun boleh lagi la senang kalau kat rumah.

Rempah diet paparoger

Haa, happy je customer ni siap share gambar ber BBQ. Yang best nya siap repeat order 2 pack sebab ada family dia nak juga rempah paparoger ni. 

Antara bahan-bahan yang kita gunakan di dalam adunan rempah diet paparoger ni ialah

  • Paprika
  • Oregano
  • Lada hitam
  • Bawang Putih
  • Serbuk Cili
dan beberapa rempah lain yang premium dan melazatkan. 


Rempah perap paparoger

Ada juga yang bagi feedback perap tak sampai setengah jam pun dah sedap. Kalau perap semalaman lagi la power rasa dia eh. 

Resepi dan cara masak ayam BBQ menggunakan rempah diet paparoger ni ialah :
  • Ayam / daging / kambing / seafood / ubi kentang / sosej 
  • Garam secukup rasa
  • Perahan lemon
  • Minyak masak / Minyak zaitun
Perap selama 1 jam, dan boleh di bakar mengguna kan air fryer atau non stick pan. Boleh juga di goreng menjadi ayam berempah. Rempah paparoger juga boleh digunakan sebagai tambahan masakan di dalam telur, cendawan goreng celup tepung atau mengikut kreativiti masing-masing.

Serbuk perap untuk diet
Rempah diet paparoger
Rempah paparoger

Seronok baca cerita Puan Atul ni... Husband dia suka betul dengan rempah paparoger. Boleh baca cerita beliau kat sini https://www.atulhamid.com/2021/09/resipi-ayam-bakar-diet-sedap-dan-mudah-dengan-rempah-diet-paparoger.html?m=1

Nak tengok lagi banyak review dan feedback boleh tengok kat shopee.. search je paparoger kat shopee. Keluar semua agen dan dropship yang jual rempah paparoger. Dan pengambilan agen dan dropship juga masih dibuka. 

So korang yang ada plan nak pergi berkelah, pergi holiday nanti ada sesi BBQ boleh la cuba Rempah Paparoger ni. Tak payah dah pening-pening nak fikir nak perap dengan apa kan. Tabur je rempah paparoger, garam sikit, perah lemon, masukkan sedikit minyak..Gaul dan perap. Sampai masa boleh la ber BBQ dan rasa macam profesional. Pekena dengan sos black pepper lagi la padu rasa dia eh. Hehe.


Untuk dapatkan Rempah Diet Paproger ni korang boleh ke website paparoger www.paparogerhq.com ni atau social media paparoger :-
 

Atau boleh terus ke Shopee https://shp.ee/gmp93it
Continue Reading

03 November 2021

Percutian Menarik Di Nawawi's Cottage

 


Seronok ye bawa anak-anak mandi kolam musim-musim ni. hehe..dah lama tak keluar rumah, tak tau nak bawa anak-anak jalan kemana boleh la cuba ke Nawawi's Cottage ni. Minggu lepas husband Kakya ikut kawan dia ke Nawawi's Cottage ni. Kebetulan takde pergi mana-mana weekend tu jadi la percutian yang menarik untuk kami sekeluarga di Nawawi's Cottage. Kata nya dekat je iaitu di Rembau (tapikan Kakya tengok alamat di di Kampung Sri Kendong, Melaka) haha..tak tau kenapa jadi confuse yang tu. Tak sampai 1 jam dari KL. So tak penat sangat perjalanan tu kan. 

Tak sabar dah nak terjun, suka la dapat check in awal boleh mandi kolam puas-puas

Lepak-lepak dalam bilik pun boleh tengok anak-anak mandi kolam. Hehe
Apa yang best Nawawi;s Cottage ni bagi Kakya ialah kedudukan kolam dia betul-betul depan bilik kita. Haa itu kalau 5 bilik yang bertuah tu dapat la kolam depan bilik. Anak-anak mandi kolam mak-mak boleh landing kat katil sambil berehat tengok anak-anak mandi kolam. Tapi kalau orang lalu-lalang kat depan segan juga nak baring-baring kan. Tapi ok la dari kita nak berehat kat bilik anak-anak takde depan mata. Lagipun Kakya lebih suka lepak kat kerusi atau balkoni depan tu je sambil makan kuaci tengok anak-anak mandi. 

Nawawi cottage rembau
View waktu malam.
Malam-malam pun ada yang mandi tau. Kakya saja je buat-buat tanya anak-anak nak mandi tak. Hehe..Nasib baik taknak. Sejuk kot. Baik bagi dorang tidur awal dan bangun awal esok hari untuk mandi lagi. Tepat jam 10 malam air cendawan tu di tutup. Anak dara melepak layan wifi kat luar kuat sikit. Hehe

Nak keluar sarapan sempat snap sikit view dari bawah

Memang dalam kampung ye, dalam sikit. Tapi sangat tenang. 
Nawawi's Cottage terletak betul-betul dalam kampung gais, memang jalan nak masuk pun macam balik kampung. Terkagum sekejap hebat nya idea pemilik ni buat chalet kat dalam ni. sekeliling kawasan memang suasana kampung. Seronok pagi-pagi tengok view. Kiri kanan pokok. 

Guest House Nawawi cottage
Kat bawah ni ada guest house juga tau, macam best je rumah kampung ada kolam kanak-kanak dan juga dewasa size sederhana. Sebelah kanan dan depan adalah rumah orang kampung kot. hehe

Mee Bandung 2 kali repeat, Lunch dan dinner. Nasi Goreng udang untuk anak-anak
Dalam pukul 1 kita orang sampai terus ke Zain' Cafe di Nawawi Cottage untuk makan tengahari. Nak tau tak Mee Bandung dia sedap gila. Haha..Dengan udang dia yang sangat fresh, tak pernah lagi jumpa mee bandung yang sedap macam ni. Udang dia di goreng dulu sebelum dihias atas mee bandung. Walaupun sedikit pedas tapi Kakya layan je, Rasa macam nak menangis haa sebab pedas tapi sedap lepastu makan panas-panas ha siapa boleh bayang rasa tu macam mana. Sedap macam nak nangis. hehe. Masa tu tengah lapar pulak sebab tak sempat makan pun dari KL. 

Nawawi's Cottage
Dinner, Mee bandung dan Nasi Goreng Udang jugak. hehe

Nawawi cottage
Lepas sarapan singgah bergambar kat sini

sarapan di rembau
Keluar sarapan kat sini. Tak sampai 10 minit dari Nawawi's Cottage sebab Zain's Cafe kat situ tak buka pagi. Kita cari sarapan kat luar.

sarapan di rembau
Anak-anak menambah makan. Hehe sebanar nya umi yang tak cukup sepinggan share dengan 2 orang budak. Nasi Lemak ayam goreng tepung + telur mata. Ahaks. Dah kenyang balik sambung mandi kolam 
Haa..itu sahaja lah perkongsian Kakya kali ni bermalam ni Nawawi's Cottage 2hari 1 malam. Anak banyak lagi gambar, tapi cukup l yang tu kang bosan pulak banyak2 gambar. Ahaks. Kakya ambil 2 bilik maklum la anak ramai ( 1 bilik queen, 1 bilik 2 katil singgle). Untuk info lebih lanjut korang layari facebook Nawawi's Cottage sendiri ye. Selamat bercuti Nah Kakya tempek facebook Nawawi's Cottage ==> https://www.facebook.com/nawawiscottage


Continue Reading

02 November 2021

Promosi Shaklee November 2021

Korang, best gila Promosi Shaklee untuk bulan November 2021 ni.  Bulan November ni Shakle berbesar hati nak bagi keahlian percuma gais. Korang boleh daftar ahli shaklee secara percuma dengan pembelian minimum Rm100 sahaja. 

Ada dua promo tau untuk bulan November ni

Promosi Shaklee November

1. Shaklee Defence Trio - Set ini adalah sempena negara kita sudah beralih ke fasa andemik. Dan sudah pasti selain dari mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak covid 19 kita juga harus la menjaga diri sendiri dengan menguatkan serta meningkatkan sistem imun badan bagi melawan penyakit berjangkit. Dengan set ini bukan la sepenuhnya untuk mencegah dari dijangkiti tetapi ia dapat mengurangkan risiko jangkitan dan juga mengurangkan risiko simptom yang lebih berat jika dijangkiti penyakit berjangkit. 

Apa yang anda dapat dari promo set ini ialah : -

1. ESP 
2. Sustained Release Vitamin C
3. Nutriferon
4. PERCUMA ESP Sachet

Antara manfaat yang anda akan dapat dari Set Defence Trio ini pula:-

set defence shaklee


Secara ringkas nya 
  • Membantu menguatkan tulang dan gigi 
  • Membantu mengurangkan kolesterol
  • Mengurangkan risiko diserang selsema, batuk dan demam
  • Membantu meningkatkan sistem imun
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan banyak lagi.

daftar ahli shaklee percuma

Promosi 2 : Beli Produk Shaklee Minimum Rm100 percuma pendaftaran ahli shaklee (Bernilai Rm35,00) dan juga percuma penghantaran. Best kan tu

Antara produk yang bernilai RM100 dan anda layak untuk dapatkan penjimatan untuk daftar ahli shaklee ialah :-

promosi shaklee November

Beli mana produk di bawah anda akan dapat percuma keahlian Shaklee dan penghantaran. Jimat sangat banyak Rm35 + Rm10..terus enjoy harga ahli .

Supplemen 
  1. Cinch Tea 105.00
  2. Omega Guard Rm109.00
  3. CoQ Trol Rm119.00
  4. Performance Drinks Lime Rm119.00
  5. ESP - Rm129.00
  6. Hero Kiddo - Rm129.00
  7. Nutriferon - Rm152.00
  8. Life Shake Elderberry - Rm165.00
daftar ahli shaklee percuma

Youth Skincare
  1. Hydrating Gel Rm119.00
  2. Clay Mask Rm119.00
  3. Cleanser Rm155.00
  4. Toner Rm160.00
  5. Moisturizer Rm165.00
  6. Eye Treatment - Rm195.00
  7. Day Cream - Rm198.00

Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Putra Heights
Hp/whatsapp : 012-6102263




Continue Reading

01 September 2021

PG Mall X Grab Express Instant Delivery With Rm12 Off

 

Pgmall x grab express

PG Mall adalah platform perdagangan (E-Commerce) No 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd PG Group. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. PG Mall adalah satu-satunya "e-commerce tempatan” di Malaysia.

Merujuk kepada “Mapping Malaysia Leading e-commerce Players - 2020 Quarter 1 Report” di Iprice Insights PG Mall berada di tangga ke 3 platform e-dagang utama pilihan rakyat Malaysia. Manakala PG Mall adalah platform e-dagang No.1 keluaran Malaysia. 


Promo grab express

PG Mall adalah platform e-dagang tempatan yang pertama yang bekerjasama dan disatukan dengan Grab Express untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspress. Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama meningkat terutamanya di bandar-bandar utama negara dengan keadaan pandemik yang tidak menentu menjadikannya gelombang ke-3.

Untuk fasa pertama kolaborasi, penghantaran GrabExpress akan disediakan untuk pembeli dan penjual lembah Klang. Pembeli boleh membuat pesanan dan menghantar bungkusannya dalam hari yang sama hanya hujung jari sahaja. 

Pembeli dan penjual dari negeri lain boleh menjangkakan pilihan yang sama dilancarkan pada tahun 2022(penghantaran DISKAUN RM12)

Beli sekarang!

Untuk maklumat lanjut 
Website: www.pgmall.my 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Grabexpress 















Continue Reading

06 August 2021

HARGA, KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN HERBALAX SHAKLEE

Herbalax Shaklee

Herb-lax atau Herbalax Shaklee membantu di dalam kesihatan penghadaman. Rangkaian kesihatan Shaklee menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semulajadi, dan melindungi daripada masalah sembelit.

Pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat. Untuk melegakan masalah sembelit yang kadang-kala berlaku, Herb-Lax™ melegakan masalah sembelit.

Bahan utama herbalax shaklee


Herb-Lax™ Untuk Pelawasan Campuran proprietari Herb-Lax™ termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

Manfaat Herbalax Shaklee

manfaat herbalax shaklee

  1. Menjadikan badan lebih cergas dan ringan 
  2. Berfungsi sebagai pelawas
  3. Mencuci usus secara lembut dan semulajadi 
  4. Membantu mengempiskan perut
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Membantu mengurangkan masalah bau mulut
  7. Membantu mengurangkan masalah sembelit
  8. Membantu membuangkan lemak dan toksin dalam badan (Detox)

Testimoni Herbalax Shaklee


Herbalax shaklee untuk sembelit


Keistimewaan Herbalax Shaklee


Campuran proprietari Herb-Lax™ termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi.

Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.


Saranan penggunaan Herbalax Shaklee 


Dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas: 4 tablet sekali sehari selepas makan.
Kanak-kanak bawah 12 tahun: Rujuk doktor anda.


Harga Herbalax Shaklee 


Harga Runcit : Rm 57.50
Harga Ahli : Rm46.00 ( Daftar ahli Rm35.00 anda layak nikmati harga ahli seumur hidup), ( Belian Rm380.00 keatas percuma keahlian)


Baca juga : Testimoni Herbalax Shaklee Untuk Melawaskan masalah sembelit


Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading